Friday, December 30, 2011

ombak rindu

Malam nih habiskan air mata

coz tengok Ombak Rindu.

Lelaki selalu camtuh!

selalu pesalah.

pempuan plak selalu jd pemaaf.

ok,agak emo tengok citer nih.

hahahaha.

p/s: dah habis air mata, masa utk tidur! ;p

Thursday, December 29, 2011

merapu



Minggu hati menjadi fragile~

1. Dapat tahu bad news.>.<

2. Malam ahad baru tahu yang result Viva Borderline utk surgery kuar keesokan hari

3. Pagi isnin, memang hati x tenanglah, after round,terus terjah surgery department. Perhati betol2, x ada nama aku. Mula2, tenang, tapi hati x tenang bila tengok list viva tuh sume budak2 terer..tambah plak, Dr cakap confirm 5 student yang akan remedial. Otak memang duk serabut time tuh. Tapi, bila aku duk pikir2, mesti ada hikmah ALLAH buat semua nih. Dan aku redha, kalu nama aku dah ditakdirkan aku akan lulus, aku akan lulus tapi kalu dah memang aku kena remedial, aku redha. Yang penting DOA!





Jasad aku kat USM, otak aku kat lain.

Aku pikir benda2 lain.

Baru aku perasan..

yang aku nih fleksibel.

Mudah terasa hati,

tapi mudah memaafi.

Hati pedih bertahun2 pun,

still boleh maafkan.

Menangis berkali2 pun,

still boleh lupa yang lalu.

Membenci berkali2 pon,

stil .................................

ok.

dah ngantuk, nak tido!



p/s 1: semakin hari, semakin banyak cakap benda merapu ;p

p/s 2: hari nih ade org cakap x suka aku. prisip aku senang. kalu 1 jari anda menunding ke arah org lain, ingat! 4 jari lagi menunding ke arah anda. paham? -peace,no war-

:)








Tuesday, December 27, 2011

...

Tuhan, tolong lembutkan hati dia,
untuk terimaku seadanya,
kerna ku tak sanggup,
kerna ku tak mahu,
hidup tanpa dia di sisiku.

-Ombak Rindu-
:)



p/s:
1. minggu yg memerlukan kekuatan fizikal n mental.
2. air mata cam murah gler skang nih. -_-"







Sunday, December 25, 2011

sabar


Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya :
Jika engkau bersabar, takdir itu juga berlaku ke atas dirimu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak bersabar, takdir tetap berlaku ke atas dirimu dan engkau berdosa.


Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan ALLAH menggugurkan kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon ynag menggugurkan daun-daunnya" (HR Bukhari,Muslim)




Thursday, December 22, 2011

minggu otopedik



ASSALAMUALAIKUM.




1. Pejam celik, pejam celik, hari nih dah hujung minggu ke-2 kitorang posting otopedik (tentang tulang). Setakat nih, posting nih sangat2 best! Dr. best, walaupun x dapat jawab soalan, diorang ajar satu per satu! :)

2. Masuk posting nih, dah mula dapat kenal isi hati orang dengan jelasnya! waa...aku kan ada 6th senses!!!

3. Dr. HO yang aku minat time surgery dulu, ada kat otopedik plak...dr ikut sy eh? hehehe. Tapi, hari tuh agak kecewa coz time kat cafe, aku nampak dia pegang tangan awek dia. Depan mata aku ok! Selera makan aku terus bertambah!! eh, bukan patut berkurang ke? hahaha. Dr. tuh cina, so x frust sangat.hehehe

4. Semalam Dr. tuh pinjam stetoskop aku. Comel jer dia.eh? hahaha ;D

5. Aku dah tau macam mana nak 'simen' tangan/kaki orang patah. Baru aku tau, yang simen tuh bukan kita guna simen buat rumah tuh.hahahaha. Kalu aku x jadi medical student, mati2 aku ingat simen tangan/kaki patah guna simen buat bangunan/rumah tuh. Rupa2nya guna kain je kot. Kain tuh, kena rendam dengan air, then jadi keras la!!!! ;p

6. Posting nih relax..x payah pikir pasal log book sangat. Oncall pun ikut team je. Dr. pun suka mengajar. Nak study pun enjoy. Nak tido pun banyak masa.eh??? hahaha

7. Tiap2 pagi kena keluar dari bilik awal. Coz seminar awal pagi. Before tuh, kena follow up patients. Dah la terpaksa naik turun lif. Ward otopedik merata2~~~~

8. Case write up x siap2. Next week kena hantar ok!!!! -_-"

9. Skang nih banyak tido. Petang tido, malam plak, tido awal! Cik Fana, sila sedarkan diri anda!!!

10. Esok aku balik rumah!!! 2 hari je, tapi x kisah! hahaha. ;p



Wednesday, December 21, 2011

;p

JASAD DI USM,

ROH MELAYANG KE TERENGGANU.



SEKIAN. :p





P/S: sy x suka orang yang kaki bodek.esp bodek doktor.so annoying, ok! ;p

Monday, December 19, 2011

kecewa

Kalau sy suka seseorang,


sy x akan sesekali bagitau kat orang,


sy x akan sesekali mention nama dia kat fb,


sy x akan sesekali tagged dia kat fb,


sy akan jarang2 like status dia kat fb,


sy akan jarang2 comment status dia kat fb,


sy x akan mention nama dia kat blog,


sy x akan cerita tentang dia kat blog,


sy kurang gemar berjumpa dengan dia,


sy akan nafikan yang sy suka dia bila someone provok sy dengan dia,


sebab sy cuba sedaya upaya pelihara maruah sy.













Kalau sy ingin mencari cinta,


sy harap dia x akan buat sy menangis,


sy harap dia terima kekurangan mahupun kelebihan family sy seadanya,


sy harap dia dapat menjadi imam untuk sy setiap solat 5 waktu,


sy harap harap dia dapat bimbing sy ke jalan yang mustaqim,


sy harap dia terima saya seadanya.......

kekurangan sy,

kelebihan sy,

kerjaya sy.


Kalau sy mencari cinta,


sy x akan mencari yang sempurna,


kerana sy perempuan x sempurna.

:)




Berdiam diri lebih baik dari berkata2. Hidup harus diteruskan.



ini post kecewa coz terbaca blog that girl
from newer--> older post..


she's better than me.





















OK2!!!!!


Lupakan kisah jiwang2 itu!


HIDUP HARUS DITERUSKAN.


Jodoh pertemuan semua di tangan ALLAH.



p/s: jom study walaupun hati terluka.eh? :)



Sunday, December 18, 2011

mood ::homesick::

HIDUP HARUS DITERUSKAN

Aku jadi tenang sikit after 2-3 hari menghabiskan air mata dengan jayanya.
Thanx prog MSFT yang aku join hari tuh.
Coz prog tuh, aku dapat semangat balik.
thanx DR2! :)

Tapi, aku x nak cerita pasal MSFT tuh.
Kalu aku rajin, aku cerita ok?

Mood aku sekarang HOMESICK.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Saya rindu mak n ayah saya
:')



Ramai orang ingat dak kecik nih cucu ayah.hahaha
nih sepupu aku=anak sedara ayah aku.
Paling rapat dengan ayah aku.
Dia makin membesar.hehehe.
Tapi paling penakut, padahal anak sulong.
Adik perempuan dia cool jer.hahaha




Nih adik dak kecik tuh. Aina Sofia.
Budak nih suka main2 kira2 math ok!
Umur 5 tahun, dah start belajar darab -_-"




Masa kitorang kecik, mak aku selalu rotan kitorang dengan lidi
kalu sape2 x boleh jawab math dengan jayanya.hahaha
Mak aku terer math.
X payah guna calculator ok!
:)




Ramai orang ingat aku ada kakak je.
Aku ada abang gak la ;p
Tapi x ada sangat pic..beselah dak laki -_-"
Kami bertiga,selaku putri2
Encik Kamaruzaman
yang sentiasa bergosip sana sini bila bertemu.hehehe ;p



p/s: Bila ada masalah, pertama yang harus dituju,
ALLAH
seterusnya,
MAK n AYAH,
seterusnya,
KAKAK/ABANG,
seterusnya,
KAWAN2,
seterusnya,
TIDO.
kalu bangun2, x hilang gak masalah tuh,
KETUK KEPALA KAT DINDING.
ok?

:)




Friday, December 16, 2011

kuat

Air mata mencurah2 macam air paip -_-"

dari semalam hinggalah pagi tadi.

call mak n kakak aku pon still mengalir lagi.

saluran air mata kau bocor ke apa nih?

Ya ALLAH,

aku mohon kekuatan dariMU.

Tenang dan tabahkan hatiku ini.

Skang nih, otak aku x leh pikir apa2.

Pikir nak lari dari USM je.

Nak pergi jauh dari sini.

Tapi,

lari, bukan cara selesaikan masalah aku.

Aku kena kuat, walaupun kadang2 rapuh.

Dan sekarang baru aku tahu,

kenapa ramai senior2 yang lepas

menjadi penghuni kat ward 5.

errrkkk???? aku waras agik! :)

fana budak kuat! :)

Thursday, December 15, 2011

T_T

Kami dah lepas Surgery posting,

tapi kenapa still terperangkap dengan Surgery?

bila kami akan bebas?

kami punya hati dan perasaan

jangan buat kami macam nih

hanya kerana kami seorang

STUDENT.

Kami ingin belajar dan ingin diajar,

Kami ingin belajar dengan hati yang tenang

supaya ilmu mudah masuk..

bukan belajar dengan hati yang rusuh

dengan takut itu dan ini..

Andai aku punyai anak suatu hari nanti,

Andai aku punyai cucu suatu hari nanti,

Akanku ceritakan SEJARAH HIDUP ini kepada mereka

supaya mereka dapat memilih kerjaya dengan sewajarnya..

Aku x kan tetapkan anak aku akan jadi apa,

emak doktor, anak x semestinya akan jadi doktor.

Kepada ALLAH aku memohon,

Kepada ALLAH aku berserah,

Supaya hatinya lembut,

Supaya aku dan rakan2 aku lulus,

Supaya kami semua jauhi VIVA BORDERLINE itu,

Aku pohon Ya ALLAH..

p/s:

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu


Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Lagu nih best.1st time dengar, boleh meleleh air mata. aih? over kot! hahaha. Serius, aku x pernah baca novel Ombak Rindu. Aku hanya baca novel sambungan Ombak Rindu jer, "Cinta...dan akhirnya"..betul ke x tajuk nih? Aku pun dah x ingat. ;p

Pape pun, lagu nih tangkap leleh. Berjaya buat hati aku tersentuh.cewah. Aku bagi 5 bintang!!! yeah!!!

:D

Thursday, December 8, 2011

kenangan


mengimbau kenangan SURGERY.
bajet macam aku bace sume buku nih kan?
tp...x da maknanya aku nak abiskan sume nih.
hahaha.
buku nih hanyalah model2 sambilan di atas meja aku je kot! ;p
tiba2 teringat kata2 Dr. I.
"awak nih degil la.sy suh baca Bailey,awak baca buku nih
(sambil pegang buku aku). Buku yang entah apa2 nih"
ok.Aku kesian kat Hamdan Tahir.
Coz aku pinjam dari dia.
sila tabah Mr. Hamdan Tahir!! ;p


Move on!

:)

Wednesday, December 7, 2011

sy dah habis surgery

ASSALAMUALAIKUM. -tajuk entry panjang giler-

Hari nih, 7hb Disember 2011, tamat sudah posting SURGERY. Fuhhh...lega kot dah habis walaupun soklan tadi......................................................................... -_-"

Posting yang 'terbaik' setakat nih.

Posting yang banyak kena kejar masa.

Lari sana sini nak dapat sign logbook tercinta.

Posting yang banyak kena 'basuh' dengan doktor.

Posting yang banyak kelas tertangguh itu ini..

Posting yang ajar kita suh jadi kuat fizikal dan mental!

Posting yang dapat kenal hati budi rakan2 satu posting. Mana selfish/ tak..tapi alhamdulillah,setakat nih aku sayang group 4. Kami bersatu teguh.yeah! ;)

Posting yang banyak penyakit kena tahu..itu dan ini..

Posting yang membuatkan kita x cukup tido coz terlalu takut nak exam

Dan yang penting, Posting yang banyak keluar air mata! kenapa aku x boleh jadi kuat nih??? Farhana, sila kuatlah! Kata awek shinichi? sila jangan malukan shinichi ok?

OK2..benda dah lepas, dan aku x nak fikir apa2 dah. Next posting, ORTHOPAEDIC. Pasal tulang temulang. Dan aku pun dah tahu siapa examiner aku nanti..terbaik la.........nama tuh buat aku terduduk, tejatuh, terkesima, terkejut, dan juga terpengsan.ok? Xpa2, hari nih aku malas pikir apa2. Aku plan nak tido, tido, tido dan tido. Nak bangun2 ahad nih.boleh? ;p

Monday, November 28, 2011

budak asrama

Bila anda menjadi seorang student yang tinggal di asrama tercinta....


1. Dapat bangun awal pagi secara automatiknya! kan? kan? kan? Kalu duk kat rumah, memang liat lah nak bangun tido, pukul 11am baru terasa nak bukak mata. Tapi, bila duk kat hostel tercinta, secara automatiknya, pukul 6am bangun, solat subuh, basuh baju, jemur baju, buat breakfast n kemas2 bilik. Konpem korang x buat camni kan kat rumah? hahaha. Nak basuh baju pon malas apatah lagi nak buat breakfast


2. 10 kali sapu bilik! Pantang kot tengok habuk2 sket, teruslah amik tisu, lap sana sini. Amik penyapu sapu bawah katil la, bawah meja la, bawah loker la...Kalu kat rumah, 10 kali mak suruh sapu pon belum tentu nak sapu.lalala~~~


3. Panaskan air dalam heater 20 kali.haha. Yang nih aku selalu buat. Malas nak isi air yang dah masak dalam botol n malas nak pergi isi air dalam heater balik..padahal pantri kat depan bilik je kot -_-"


4. Masak telur/hotdog dalam heater. Pernah buat? Aku x pernah lagi. Tapi kawan laki aku ajar aku camna nak masak2 benda2 alah tuh dalam heater. Tapi aku belum terbukak lagi nak buat camtu..lebih2 lagi pasal masak telur..yearrrrkkk!!! hanyir kot >.<


5. Ada stok2 makanan paling best di Universiti iaitu 'Megi'..hahaha.Nih makanan paling popular la kat kalangan students. Kalu x ada dalam bilik nih, macam pelik sket la kot aku rasa. Yang nih bekalan bila cafe tutup~


6. Setiap bilik kat hostel nih aku rasa mesti ada satu paket minuman Nescafe 3 in 1..takpun milo 3 in 1 kan2???? Minuman konon2 yang boleh stay up hingga pukul 2-3 pagi, tapi aku langsung x berkesan, collapse gak atas katil nanti.kekeke ;D


7. Mesti dapat stay up hingga pukul 2-3-4am dengan jayanya kan? Aku respect giler kat orang yang stay up 2-3-4am, bangun pagi sok, mata cerah giler..Dalam kepala aku terbayang2 yang mamat/minah nih mesti study giler2 nih..yelah hingga 2-3-4 am kot. Errr..tapi x taula kan kalu tengok citer korea.hahaha ;p


8. Depan meja tertampal notes itu ini..konon2 study kuat..ok, yang nih aku punya!hehehe..Tapi saje nak meriahkan suasana meja study. walaupun x study sangat, tapi bolehlah..ada la warna warninya..pah2 bila orang datang bilik, mesti orang puji meja aku cantik.hahaha.ok2..ini sifat mazmumah,sila jangan ikut! ;p


9. Ok, yang nih sesetengah orang je yang ada. Beli periuk elektrik n masak sendiri dalam bilik. Aku tengok jiran2 bilik aku selalu gak masak time2 hujung minggu. Diorang beli sayur2 n bahan2 masak n prepare kat pantri depan bilik aku nih. saje gak la keluar bilik 2/3 kali..kot2 diorang ajak join makan ke..tapi x ajak pon!!!!!!!!!!!!!! hahaha. x kenal, memanglah x diajak! ;p
p/s: lain kali aku nak tegur ''masak ke?'' mana la tahu kan, kot2 dia bagi sket.hehehe.


10. Aaaaaaaaaaaaa...yang nih terbaik!!! seorang student U akan ada pasangannya di U. Eh, ayat apa nih? hahaha. Korang mesti perasan kan kalu pergi U mana2, mesti ada lovely couple kan kan kan???? Nak gelak pon ada gak coz benda tuh cam wajib je eh? Asal masuk U, mesti ada sorang bf/gf smpai aku tengok 2 orang tuh cam x sepadan kot..eerrr..cam tangkap muat je?? ok2..x baik mengumpat di blog sendiri! ;p


p/s : sy budak bawah umo! x kan mengalah! yey! ehhhh??? hahahaha :)

Thursday, November 24, 2011

doa tenang

Ayat Al Baqarah 216 menyebut

“…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. “

Doa ayat 286, surah al Baqarah:

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain.

ALLAH menghapuskan apa jua yang dikehendakiNYA (Ar-Ra'ad:39)

Amin.


Andai dia buka jodoh aku,aku redha dan Engkau jauhilah hati aku dari hantinya dan begitu sebaliknya. Hanya kepadaMu aku memohon segala2nya

medical student's life


Medical student's life

6.00am-7.30am :
Bangun pagi, amik wuduk, solat subuh.
kemas2 katil, iron baju, mandi, on9 jap..siap2 g ward

7.30am-10.00 :
Jalan2 pergi ward, redah patients kat clinic pesakit luar,
kejar lif yang dah nak tertutup, masuk lif dengan jayanya~
sampai ward, letak beg, pergi menempek kat katil patients mana2..
clerk itu ini, buat examination itu ini~
MO mari, ikut MO round ward.
Specialist mari, ikut specialist round ward.
doc tanya soklan, xleh jawab, kena marah, so senyum :)

10.00am-1.00pm :
Habis round, ada clinical teaching sejam setengah.
Habis teaching, kalut amik beg pergi breakfast kat cafe.
Dah siap2 makan, berebut pergi ke dewan bedah(OT).
Dapat tengok 1/2 cases, dapat sign doc, turun ke clinic plak.
Sampai2 clinic pukul 12.45pm.
Peatients dah nak habis.
Hulur log book, dapat sign.hahaha. ;p

1.00pm-4.30pm :
Pergi cari surau kat hospital, then solat zohor.
Rest 30 minit b4 kelas pukul 2pm start.
Kelas start, dengar denagn "tekunnya",
(otak duk pikir makanan apa nak beli balik nanti!).
Habis perentations dari students, doc panggil nama nak jawab soklan
ikut namelist kat depan.
Selalu berdoa agar nama x disebut..tapi hampa!
"FARHANA! mana FARHANA?"
tersengih2 nak jawab. pah2 guna telepati dengan kawan mintak jawapan ;p

5.00pm-7.00pm :
Sampai bilik, solat, makan, on9 jap, tengok citer.
Then,siap2 nak pergi onkol plak~

7.00pm-11.oopm :
Pergi ward, usha2 patients yang baru masuk.
Clerk itu ini, examine itu ini, ikut doc rounds~
Balik bilik, terjun atas katil dan...
ZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

p/s: bukan senang nak belajar selamatkan nyawa orang :)


Wednesday, November 23, 2011

hari ini

ASSALAMUALAIKUM

Kenapa ak suka sangat tido skang nih??? -_-"

kalu duk kat ward, semangat nak tau diseases itu ini,

then, bile balik bilik, terjun atas katil then ZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz..

dahlah duk single room, memang syok la kan

kalu tido2, x bangun2..adehhh..

dahlah skang nih bumi kelantan nih hujan 24jam,

lagilah trigger aku nak buat taik mata dengan banyaknya~

Semalam aku tidur awal,11pm..

then, terbangun pukul 3.00am.

Terkejut coz tingkap bilik aku terbukak,angin kuat masuk dalam bilik.

Langsir plak duk lambai2..

Aku dah rasa cam x sedap hati nih..

tengok2 kat luar, hujan lebat+ribut kuat kat luar.

pokok2 memang ke kiri kanan dengan kuat,

pintu kat bahagian tangga hostel nih dum dam dum dam je.

Aku nih dahlah penakut.

Dalam kepala aku memang pikir bukan2la..

dan cam biasa, aku dah x leh tidur dah lepas tuh..

tiba2 rasa cam nyesal coz apply single room -_-"

Ok, tuh cerita pasal semalam..

nih cerita hari nih.

kelas iv fluid therapy tadi x tau apa2..

waaaaaaaaaaaaaaaaa.....

tensen plak. Aku,aida n padmini try kot nak paham

apa yang doc bagitau,

dan akhirnya, kami bertiga gagal memahaminya.

Bila tume doc tanya, sume paham ke? ada soalan x?

sume cakap paham, yela..dah lapar kot ;p

Lately, aku suka makan, makan, dan makan. :)

p/s:

1. start hari nih, aku nak berdikari! aku x nak dah mesej orang suh teman kalu aku takut malam2, aku nak buat cool je..

2. musim study dah tiba! jom same2 kita study~

3. x kenal, maka x cinta :)


Monday, November 21, 2011

be strong

SURGERY POSTING

Posting yg paling byk kuar air mata.

Aku agk senstitif sket minggu nh.

Tension.Tension.Tension.

Logbook, case write up, study ntah ke mana, exam 2 minggu lagi.

Aku bkn budak pandai.

Aku budak biasa je.

Aku bkn kaki study.

Mood study aku swing2..

Mood study aku akan meningkat bile aku study calculation..
bukan study fakta.

Andai aku bukan budak medic skang nih...

Aku mungkin dah grad sebagai budak arkitek.

Mungkin dah keje?

Aku x salahkan takdir yg bawak aku ke medic.

Aku cuma nk org paham yg aku budak otak math transform ke budak otak biology.

Aku bkn FARHANA dulu.



Aku tau yang aku dah jatuh hati kat medic since aku 2nd y.

Aku nak teruskan medic aku..
aku yakin yg aku akn dapat apa yg aku impikan
sbb di belakang aku, adanya doa2 mak n ayah aku.






farhana, be strong! :)






Thursday, November 17, 2011

ASSALAMUALAIKUM..

Minggu ke-3 posting surgery

1. Log book cam masih lagi suci dalam debu..aku nak komen pasal log book time feedback nanti boleh? Agak2, aku kena 'tembak' x dengan Dr. I????? ;p

2. Hidup x terurus minggu nih. Terpakasa bangun awal pagi nak siap2 pergi ward b4 pukul 7.30am. Coz aku skang duk team A under Dr. I..terbaik dari ladang! Patients2 kadang2 masuk ward tengah2 malam, so x sempat nak cerk patient, kitorang clerk folder (aku harap x ada la mana2 Dr. yang baca post aku nih) ;p

3. Study pun tunggang langgang -_-" . Tiap2 malam pergi oncall. Letih tahap gaban, tapi terpaksa demi log book tercinta :D

4. Kelas banyak postponed. Aku pun x tahu kelas apa yang dah ada, apa yang belum ada..tahu2 dah ada orang post kat fb hari nih ada kelas bla bla bla~~

5. *iklan jap* Aku tengak duk layan citer Heartstring skang nih. Citer tuh sangat comel ok!! Hero n heroin tuh pernah berlakon You're beautiful..Laki tuh time berlakon citer you're beautiful, aku langsung x pandang dia..yela..bukan hero kan? Tapi, bila tengok Heartstring, aku cair tengok dia.hahaha

6. Sesunnguhya, hari nih, aku sakit kepala+flu+demam+sakit tekak..so, after maghrib tadi, aku telan 2 bijik panadol..then, tido samapi x ingat dunia..bangun2, kawan nak datang bilik, borak2 sket, mata cerah, so semangat nak sambung citer..dan skang nih aku rasa cam aku nak tido lagik, lagik dan lagik!!!! ;D

Friday, November 11, 2011

melalut 1

SILAP AKU JUGA KERNA JATUH CINTA,
INSAN SEPERTIMU SEANGGUN BIDADARI,
SEHARUSNYA AKU CERMIN DIRIKU
SEBELUM TIRAI KAMAR AKU BUKA UNTUKMU..
lalalalalalalalalalalalala~~~~~~~

Kat atas tuh lirik lagu semata2, x ada kena mengena yang hidup mahupun yang meninggal dunia. Eh,lagu nih best la! Aku minat lagu nih coz lirik dia ada tertulis dalam novel yang paling aku suka baca tuh ^^

Kesimpulannya, aku bosan + sedih coz esok nak balik USM da..
Dah x leh lepak2 camnih..lepak2 sambil tengok citer n makan2..Serius, aku x study pon balik nih, buat berat beg aku je bawak bailk buku surgery tuh.Dah la tebal! -_-"

Balik USM nih kena mengadap nota2, buku2, doktor2, logbook yang masih suci tuh..;(

p/s: aku harap kaito kid mari USM dan culik aku ke Jepun, then dapatlah aku jumpa Shinichi. Ok2..aku melalut lagi ;p

Thursday, November 10, 2011

nightmares

ASSALAMUALAIKUM!

Hari nih 11.11.11..cun kan? agak best kalu tunang ari nih, kawen 12.12.12..hahaha.ok2.aku mengarut.

Semalam aku mimpi ngeri lagi. 2 kali dah aku mimpi yang mengerikan tentang SURGERY nih
-_-"

2 hari lepas, aku mimpi aku pergi ward 2Intan cam bese..tengok patients hanya ada 5 orang je untuk team A..Pah2 aku pun pergilah kat salah sorang patient tuh. Aku try nak clerk dia, baru bagi salam, dia dah tarik selimut sampai ke muka sambil cakap "x se kecek gapo2.." dushh!!! Sedih aku, patients yang lain, sume dah ada student yang cover, yang tu je belum covered. Aku dah cuak giler coz team A kan under Dr. Isma..nak menangis aku...............then, aku pun bangun dari tido..So, mimpi aku x sempat nak habis.hahaha..

Semalam aku mimpi lagi..Aku kan balik USM esok(sabtu), so aku ingat nak pergi ward Ahad(Ahad cuti) tuh, saje2 la coz nak tengok ada patients sakit apa kan...x tau camna, tiba2 aku ter'miss' clerk patient. Tapi, aku still pergi ward. Sampai kat ward, doktor x mai lagi..So, aku pun nak pergi mandi kat bilik air ward tuh(aku x tau kenapa aku kena mandi kat ward dalam mimpi aku ;p)..Sampai2 kat bilik air tuh, aku nak masuk toilet. Aku bukak satu2 pintu bilik air tuh. Boleh plak aku ternampak janin mati dalam mangkuk tandas??? Nih mesti akibat tengok berita buang bayi banyak sangat nih. Toilet kedua plak aku jumpa bayi 1/2 bulan camtula terendam dalam mangkuk tandas. Mata tertutup..Entah camna la, Dr. Azhar n students yang lain masuk dalam toilet tuh nak buat ward round???? -_-" Tiba2 Dr. Azhar seru bayi yang dalam mangkuk tandas tuh, then bayi tuh terjaga ok!!! Aku dah seram semacam. Lepas Dr. Azhar cakap sket2, then dia ajak balik ward 2Intan..Dia cakap camni, "ok! masa untuk kehancuran awak semua" Aku dah kecut perut coz aku x clerk patient pon agik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tiba2, aku dengar, "adik, bangun! jom makan"..hahaha, mak aku kejutkan aku, so, mimpi aku stop camtuh je ;p

Mimpi2 menagrut nih akibat posting Surgery yang amat scary ok! waaaaaaaaaaaaaaaa...lambat lagi nak habis posting nih, 4 minggu agik!!!

p/s: case write up dah siap.lalalalala.jom kita menyanyi sambil menari.lalalala~~~

Budak kaca mata


ASSALAMUALAIKUM!

Korang tau x yang lately nih mata aku makin rabun? ye! walaupun aku pakai spek mata yang power dia boleh tahan tinggi tuh pun aku still rabun -_-"

Bila ada seminar/class yang aku kena tengok slide show, memang aku jadi sakit hati coz aku x nampak apa2 pun kat depan. Stress ok!

So, cuti nih, aku pun pergilah menonong kat kedai optometrist. Check punya check, power mata aku semakin meninggi bak gunung everest..ok2..ayat propa tuh.hahaha ;p

Power mata sebelah kanan aku yang asal 850, sebelah kiri 850..ye! power aku memang tinggi..kalu orang lain, total power mata kanan ngan kiri 850, tapi aku 850 untuk setiap mata. Ini akibat bila tengok citer korea waktu2 tengah malam..orang lain dah tido, aku stay up kot nak tengok citer..tutup sume lampu, bukak laptop dalam gelap. tuh salah satu factor gak ok? -_-"

Power skang aku dah tinggi sket dari asal. Yang sebelah kanan 925, yang sebelah kiri 875. So, alang2 aku nak tambah power, aku pun gatal tangan gak pilih bingkai spek baru. Eh, bukan sengaja, tuan kedai tuh cakap yang spek aku dah nazak, mudah patah bila dia nak pasang cermin baru nanti~~~

Jom, usha spek baru!





Nih gambar ngan spek lama aku..ok2..aku tau gambar nih agak over?? hahaha.gambar nih time open house rumah kawan ayah aku..Muka kekenyangan, sebab tuh jadi camnih ;p
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



OK! Nih spek makcik bedah nak pegi pasar..lalala.Saje pilih spek nih, spek budak nerd+skema. walaupun hakikatnya jauh panggang dari api.hahaha ;D *ok,abaikan bantal kat blakang*



Akhir kata, jaga dan peliharalah mata anda ok? ;p

p/s: malam nih nak tengok RAYA TAK JADI..ok2..aku tau case write up pun x siap agik! ;p

Wednesday, November 9, 2011

MALU



ARghhhhhhhhhhhhhh...NO NO NO NO! aku malu tiba2!!

X leh nak cakap coz nanti lagi malu!!!


p/s: case write up x siap2 lagi. esok jumaat,lusa sabtu..USM dah melambai2 tuh! -_-"


wordless wednesday


same with me? ;p

p/s: gdluck adik2 nk SPM nxt week! ^^

Saturday, November 5, 2011

riang ria surgery??



ASSAlAMUALAIKUM..

Yeay! esok RAYA oooiiiiiii..tp, entry kali nih bukan nak citer pasal raya, tp mau citer pasal memori posting 'terbaik' setakat nih.

Minggu lepas aku balik umah kan? alaa..cuti untuk deepavali tuh. Aku x sambut pon deepavali,tapi disebabkan aku nih semangat 1MALAYSIA, jadi, aku pon baliklah umah tercinta. OK! ayat propa je lebih nih.hehe. Aku mai balik USM hari sabtu, then aku pon kalutlah pergi ward hari tuh coz nak clerk pt DM untuk seminar pharmaco n cover case neuro kat 2Intan. Memang hari tuh hari letih sedunia kot. Baru sampai USM, pergi ward---> tengah malam. Sampai bilik, terjun ke katil dan ZZZZZZZzzzzzzzzzzz..

Esoknya, pergi ke ward dengan hati yang riang ria.cewah! hahaha. Pukul 8- 8.45am camtu la kitorang ikut MO round. Then, kitorang turun ke Endoscpy depart. Niat di hati memang nak penuhkan logbook je la time tuh. Tiba2, Aida yang duk kat 2Intan kol, "cepat naik, dr a**** (specialist) datang nih, dia marah2"..ZUUPP!!! cam belati menikam di hati! ok2..ayat propa lagi.hahaha. Kalut2 naik 2Intan balik. Sampai2 kat 2Intan, kena sembur baik punya ngan dr a****. Dia marah coz kitorang pergi endoscopy time urology posting..tapi, dalam jadual cakap boleh..uhuk2..tapi aku x berani nak bagitau time tuh. Dahlah 2 orang team aku x cover case(pt sikit je time tuh), lagilah dia hot..habis satu ward dengar dia marah team kitorang.. bab malu tuh x yah cakap kot! Makcik2 yang jaga pakcik2 kat situ, sume terdiam. Yang duk kat bed sebelah sana, siap jenguk2 agik kitorang yang kena marah time tuh..muka time tuh sume tebal2..habis je dr bebel (dalam 30 min gak la dia bebel), dia suh kitorang cover sume pt urology kat 2Intan n 3 U..kitorang pun bahagi2 la pt, then copy sesama sendiri. Nasib baik 3U ade sorang je pt time tuh. Kitorang habis clerk pt dalam 3.oopm..bayangkan start 11.00am-3pm clerk pt, buat hopi dan bla2..otak time tuh memang tepu giler!!!

After dah siap sume, kol balik dr a****, dia cakap, jumpa pukul 4.00pm balik kat 2Intan. Dia nak sorang2 present case. Takut tuh, x yah cakap lah kan. Pukul 4.00pm, gather balik..tup2 dia x datang coz ade hal, so dia serah kitorang kat dr.mike,dr.asmah n dr jamiey. Nasib bek diorang baik..tp agak tegas. 90% case kitorang yang present salah..hopi x lengkap..tapi memang betul pon.hehehe..time tuh, baru aku tau yang kitorang x boleh tulis chief complaint: electively admitted bla22...kena tulis apa reason dia refer case kat situ. Dapat lah ilmu kat situ..banyak benda la dapat ilmu hari tuh ngan diorang. Walaupun penat, tapi memang best! Kitaorang balik bilik pukul 7.00pm. Malam tuh kena datang ward lagi coz nak cover pt untuk keesokan hari plak. Adehh..

Memang minggu lepas, minggu yang x menyenangkan hati kitorang as team urology. Sampai je 2Intan, sume kalut clerk pt. Then, debar2 tunggu dr a**** datang. Pantang tengok pintu ward terbukak, mesti jenguk2 dari jauh takut dia datang.haha. Lawak plak bila pikir2 balik. Tapi, serius dr a**** tuh memang baik. Coz hari tuh kitorang pergi clinic. Dia ajar macam2 kat kitorang. Aku rasa, kalu kitorang x kena 'basuh' hari tuh, memang x insaf la kot.hahaha. Tapi kan seriuslah, posting surgery memang tensen. Lagi tensen bila dr i*** cakap yang akan ramai orang fail untuk surgery coz attendant n bla2..especially bab surat 3x..Aku ngan geng2 urology dah send 1 letter untuk dr coz pasal lewat ikut round ngan specialist.tuh..Kawan aku dah nangis kot dengar bab2 fail nih. Aku pon dah cuak. Buku log masih suci dalam debu~~~

AAAAAAAAAARRRRRRRRRrrrrrgggggggggggggg..betapa leganya aku bila dapat cuti raya haji seminggu nih coz dapat lari dari surgery.hahahaha. Bak kata kawan aku banyak kali air mata tumpah hanya kerana posting surgery~~~




dan aku mahu berfikiran positif!!!
bahawasanya, kalu x kena marah dengan doktor kat ward,
bukan medical student la tuh.
*_*

Monday, October 31, 2011

post yg pendek

short post only.haha

tension tahap GABAN!!!

3 ayat utk minggu ke-2
sepanjang SURGERY POSTING.

papehal, aku update ttg tension nih kat next post ;p




Friday, October 21, 2011

malas


aku anak bongsu,
tp ramai org ingat aku ada adik kan?
ye...
aku tau yang aku nampak matang!
haha.;p

hari bermalas-malsan lagi..
esok dh start surgery..
tp malas lagi aku nak bukak buku.
nak pergi mandi pun malas ok!
hahaha.

p/s: sape ade citer CINTA ELYSA FULL eps? alu nak tengok! you tube lambat -_-"

Thursday, October 20, 2011

RANDOM 3

ASSALAMUALAIKUM.

1. Minggu nih minggu last kat peadiatric. Next posting surgery. Serius, aku sedih coz dah nak tinggal budak2.. dah x leh bangun awal2 pagi, tunggu bas kat cafe murni 7.30am, usha rumah2 cantik sepanjang jalan nak pergi HKB, usha2 doc2 HO yang ensem kat HKB.opsss!!! hak3.

2. Semalam stay up sampai 3am. Then bangun pukul 6.45am--2.oopm duk buat case write up. Dah siap hantar. Log book x suh lagi doc sign coz doc x ade tadi. So, next week la~

3. Tadi pergi melawat patient yang aku clerk untuk case write up. Orang terengganu gak. Down syndrome assoc with ASD. Elective admission for further management acute renal failure. Kesian tengok dia. Skang nih duk muntah2 lagi. Doc x tau patient nih dapat renal failure sebab apa. Next week, dia nak buat renal biopsy. Setiap kali datang kat ward, mak dia mengadu tentang anak dia. Kitorang cam dah kawan je.hehe. Tapi, time yang sedih bila mak dia cakap kat anak(patient) dia camni bila aku bagitau yang hari nih, hari last aku posting paed..
"nanti, kakak x mari dahla nak jenguk A*** (nama patient dirahsiakan) cam selalu".
Aku rasa cam dia selalu je tunggu aku kat ward. Aku tak syok sendiri tau! haha..sebab semalam, time aku oncall, mak cik tuh cakap camni "lama akak x mari wad ye..."..aku plak tiba2 rasa cam malu..yelah, anak dia patient aku, tapi x jenguk2 pun. Aku pun nak coverla tahap malu aku tuh..aku pun jawab " x la..sy tiap2 hari kena pergi HKB..minggu nih plak sibuk exam" alasan diterima *wink2*...eh, tapi alasan tuh memang betul ok! ;p

4. Kenangan paling aku suka time aku posting paed bila aku dengan budak2 team aku dapat usha ayah pesakit yang ensem! haha..x aih..tuh kenangan paling klakar kot. Kitorang boleh duk usha2 ayah patient sorang tuh kat kaunter..haha.sengal tol!

5. Lepas habis exam, aku slalu je lapar, lapar, lapar dan lapar!!!!!!!!!!!!!!!! -_-"

6. Before exam, mata mengantuk, terus terlena..lepas exam, mata mengantuk, still boleh bukak mata tengok citer/baca novel! ;p

7. Air kat DM1 x ada hari nih! *tiba2 je cakap pasal nih???*

8. Oho! Sabtu nih ada interview MSFT untuk ahli2 baru. Nak tanya soklan2 yang susah eh *tanduk sudah bertumbuh* ;p

9. Aku dah beli penyapu bilik!!!!!!!! *motif???* ;p

10. Ramai yang tanya tentang cincin kat jari aku nih.aiyak!!! Ini bukan tunang punya..tapi ini kawen punya!!!!!! hahaha. Adoi, asal pakai cincin--> tunang..asal pakai cincin--> kawen..asal pakai cincin--> cerai..eh??? lari topik plak.haha.

Akhir kata, selamat tinggal paed, welcome to surgery! *wink2*

Monday, October 17, 2011

List posting


Oho! ini bukanlah wordless wednesday ;p
ini adalah jadual posting aku sepanjang 4th y.
aku harap2 lulus sume posting nih, then dapat naik tahun 5 ddengan jayanya..
insyaALLAH.

p/s: x sabar nak tukar title 2 tahun lagi! insyaALLAH.. :)


Wednesday, October 12, 2011

wordless wednesday


RIANG RIA RABU..PAEDIATRIC 4th YEAR 2011/2012

p/s: terus terang, aku jadi sedih coz dah abis posting paed nih..waaaaaa.aku mesti rindu kat budak2 nanti.

Sunday, October 9, 2011

Pasrah

ASSALAMUALAIKUM!

SEPATUTNYA AKU EXAM HARI RABU KAN2????? TADI PERGI JUMPA DOC n KONPEMKAN BALIK..SKALI DIA CAKAP "KITA BUAT ESOK LA!"....WAAAAAAAAAAAAA..KENEN2 DIA SKET, THEN BUAT SELASA!!!! HARI INI AHAD, ESOK ISNIN, LUSA SELASA!!!!!! ;p

exam je pon..tenang sudah~~~...ayat pasrah >,<

p/s dah ada orang tau sape yang aku cakapkan dalam RANDOM n RANDOM2..awak2, awak budak comel, sila jangan gtau orang len eh? tapi kan...sy lagi comel dari awak! kekeke ;p

Friday, October 7, 2011

RANDOM 2

ASSALAMUALAIKUM

1. Log book smakin pulih dari mula2 dulu.hak2. Last week tunggu supervisor aku hampir 2 jam nak present kat dia. Dah buat appointment pun 2-3 hari lepas. Mesej dia cakap yang aku dah ade kat department. Then dia kol, "sorry Farhana, saya otw ke Besut!" Sebagai mentee yang baik, aku balas "x pelah doc, kita buat appointment next week ye?" :))

2. Rabu nih aku exam long case dengan DR. IKRAM. Sila doakan aku! ;p

3. Case write up x buat2 agik..yelah, x present pun agik kat supervisor kan~

4. Sem nih aku asyik baca novel novelis yang aku minat giler. NORHAYATI BERAHIM. best wooo! skang nih pun tengah membaca agik . (x sedar diri nak exam) ;p

5. Aku skang tengah cari patient untuk jadi subjek aku untuk projek CFCS.. sukati lah diseases apa2 pun, tapi nak yang duk kat area KB je. Anda akan dapat rawatan percuma di HUSM sebagai pesakit luar selama setahun! cepat2..hubungi saya di talian..013-53#####..haha.sengal! Eh! tapi nih serius tau!

6. Aku dah rasa sedih la nak tinggal posting paed nih...mesti rindu kat budak2 HKB nanti... :(

7. Semalam masih curik masa tengok HANTU BONCENG kat youtube.haha.best! :D

8. Hari kamis lepas ada orang jual insurans kat aku. Aku dah cakap yang aku x tau nak beli ke x..dia siap amik phone no,emel ic aku kot..nyesal plak bagi coz aku tekad x mahu beli! ;p

9. Kadang2 rindu, kadang2 x...apakah itu?

10. Dia baik, rupa?..hmmm..adalah. Suka melawak, tapi satu jer x berkenan, social dia terlalu tinggi. Kalu boleh,sila jaga batas2 pergaulan. Mana haram, jangan buat, mana halal, buat la..rasanya yang nih aku dah post kot kat entri RANDOM yang lepas..nak tau sape? klu dia, dia aku x add pun kt fb.haha. klu ke2.hampir tiap2 hari jumpa dia. Sape dah tau, duk diam2 sudah~ ;p

p/s : AKU NAK NAIK TAHUN 5!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, October 3, 2011

i love you


p/s: ramai kawan yg dah kawen... motif post ini? hahaha ;p

Saturday, October 1, 2011

RANDOM

ASSALAMUALAIKUM

1. Minggu ke3 paediatric dah nak abis..esok dah start minggu ke4! 2 nxt week dah nak exam. Sila doakan aku eh? Case write up x mula2 agik, case present kat supervisor pun blom agik, log book masih comel lote.haha. 4 cases agik mau present kat doc include dengan supervisor -_-"

2. 2-3 minggu nih tido aku agak tunggang langgang! Ahad-Rabu ke Hospital KB. Ahad dari pagi-petang duk situ. Isnin-Rabu dari pagi-tengahari, petang kelas kat USM plak. Malam balik bilik memang study 2-3 muka surat, then studo dah...hohoho!

3. Mak aku cakap aku dah makin kurus! Skang nih aku makan pagi(minum milo je), tengahari(nasi, tupun kalu sempat), malam(order JUARA..makan sup2 jer)..amalkan pemakanan yang sihat! *tiba2 je*

4. Aku dah start takut nak pergi oncall malam2 coz Aida cerita something yang buat aku rasa x best dah. -_-"

5. Dah jarang mesej..

6. Dapat kenal ramai orang melalui posting ini! haha. Kak Bell, Kak Diyana, Kak Tiqah(comel!), Amin(sape2 x kenal mamat nih,sila terjun lombong!), Faiz(lawak giler!..dah kawen!..opss), Padmini, Wanyi, Nicholas(kaki tido time posting.haha), Joel...yang lain2 aku x sebut coz diorang bukan team aku.haha :D

7. Aku dah buat budak menangis dan meraung2 sebanyak 2x last week! ;p

8. Jadual belajar tenggelam dan timbul jer.haha.sekejap rajin, sekejap tarrraaaak~~~

9. Aku memang giler2 dan suka gurau itu ini dengan budak pempuan/lelaki..tapi, batas2 pergaulan aku tetap ada..halal2, haram2. So, paham2 jelah kalu aku tiba2 blah time ko nak duk sebelah aku kat sofa ok? Aku lari, x semestinya aku x suka kawan dengan ko, tapi batas pergaulan itu penting ok? :) (bajet cam mamat tu baca blog aku, fb pun aku x add.hehe)

10. Aku, aku, aku, aku...........................mengantuk! kekeke

p/s: beribu kali aku dengar BERIBU SESALAN...tp x sesal pun dengar =p

Wednesday, September 21, 2011

LEUKEMIA


Assalamualaikum.

Korang pernah dengar penyakit nama LEUKEMIA? mesti pernah kan..kat Tv melambak cerita pasal hero/heroin yang ada penyakit nih. Kat majalah/surat khabar pun ada gak cakap pasal leukemia. dan..kebanyakan pesakit yang ada penyakit nih x akan lama di dunia nih.

Leukemia nih adalah salah satu adik beradik kanser. Dia nih kanser darah. Darah putih. Dulu, mula2 aku belajar pasal leukemia, aku akan bayangkan orang yang dapat penyakit nih besenya mak/ayah/adik beradik/atuk/nenek mesti ada penyakit nih gak.. tapi bila terkena kat depan mata, baru aku sedar penyakit nih x macam tuh. Kenapa aku cakap terkena kat depan mata? jap..nanti aku story mory kat bawah. Sebenarnya penyakit nih boleh gak berpunca dari genetic iaitu patient tuh maybe ada down syndrome/fanconi's anemia (sila google). Mungkin berpunca dari ibu gak..bila sesorang ibu mengandung menjalani ujian radiation contoh x-ray. Baby yang akan keluar kemungkinan akan dapat leukemia. Epstein Barr Virus pun salah satu punca gak.

Tanda2 penyakit nih pun kadang2 kita sendiri pun confuse. Aku ada jumpa satu patient,5y.o kat HKB yang datang dengan prolonged fever and pale. Then doc diagnosed as leukemia. Hanya demam dan pucat ok! Kalu kita x tahu, mungkin tanda2 tuh perkara bese yang berlaku kan? Aku tengok folder patient tuh. memang +ve. Sel darah putih sangat high >50. Sel darah merah rendah sangat2. Blast cell +ve. Mak dgn ayah dia x boleh terima kenyataan. Terkejut. Yelah, sape x terkejut kan, dahlah dalam keluarga dia sumenye sihat2 belaka. Semalam doc buat bone marrow, BMA(amik sampel tulang sumsum) aspiration kat anak diorang. Situasi semalam memang macam drama tv. Mak dgn ayah dia berpelukan sambil menangis. Mak dia, aku tengok setiap masa berzikir. Time doc nak bius anak dia, dia asyik usap kepala anak dia sambil berzikir kat telinga. Aku tengok sebak. Habis jer procedure tuh, aku kuar, tengok mak dia duk bertafakur kat kerusi luar. Sayu hati aku tengok..

Semalam kakak aku call then bagitahu yang anak sepupu aku masuk ward then refer ke HUSM coz doc diagnosed leukemia. Aku terkejut. Family aku sendiri yang kena. Pagi tadi aku lawat dia. Demam teruk. Badan lebam sana sini. Bibir biru. Muka pucat. Sepupu aku cakap yang anakdia pitam time nak mandi. Aku pun x tahu nak cakap apa..Bila ayah dia datang, anak dia menangis. Sepupu aku dgn husband dia pun nangis. Aku sebak. Yelah, anak diorang ada 3 je. Yang kena leukemia nih pun yang bongsu. Petang tadi doc dah buat BMA. Result maybe tahu esok kot.

Sekarang, baru aku faham yang bila kena kat family aku sendiri, aku x tahu nak cakap apa kat diorang. Kadang2 aku fikir yang kita senang nak pujuk orang lain yang x ada kena mengena dengan kita berbanding ahli keluarga sendiri. Walau sedih macam manapun aku, aku tetap x boleh menangis depan patients. Kadang2 aku kena berlakon yang aku kuat dan tabah. Padahal dalam hati, hanya ALLAH je yang tahu. 2 minggu menjadi seorang pelajar medic tahun 4, macam2 perasaan yang aku rasa. Sayu bila tengok air muka kanak2 yang sakit dan sebak tengok muka parents yang mengharap anak2 diorang sihat. Dan aku harap pengalaman akan buat aku kuat dan tabah. InsyaALLAH...



Thursday, September 15, 2011

1st week

Assalamualaikum..sebelum entry ini bermula dengan lebih lanjut lagi, jom :) sama2~

haha.lama kot x update blog (sambil tiup sawang sana sini). Mesti korang rindu kat aku kan? haha..perasan betol! Ok,semua! Hari nih kak farhana (panggilan baru sepanjang posting paed) nak bercerita la sket..tapi bukan pasal hari raya ye..haha.X tau kenapa kak farhana malas nak bercerita pasal raya. Maybe x ada pic nak upload macam orang lain kot.hehehe.

Untuk pengetahuan adik2 semua (bajet readers muda dari aku), skang nih akak sudah kembali ke USM sejak khamis lepas lagi. Kenapa balik USM awal? Coz kak farhana rindu kat USM! haha.penipuan semuanya. Memandangkan kelas akak start ahad, so akak sangat2 lah boring bile duk memerap dalam bilik, lebih2 agik, sem nih, akak x ade rumet~
Habis citer akak tengok sampai pening kepala coz mengadap kat laptop 48jam.hehe

Tapi, itu adalah citer minggu lepas. Minggu nih, dah start la posting akak kat paediatric ward (wad kanak2).

AHAD
Malam before briefing tuh, mati2 akak ingat briefing bese2 je, bajet 20-30min la briefing tuh, skali dari pagi hingga petang. Amik kau! haha. Balik bilik, dah kena bace buku utk lect keesokannya. Otak time tuh x leh berfungsi dgn sebaiknya coz 5 bln berkarat kan =p

ISNIN
Pagi lect, petang sepatutnya ade neurological exm dgn doc, tapi doc x ade..so balik bilik tido!.hohoho.

SELASA
Pagi lect, petang tuh ade GIT exm..dapat THALLASEMIA patient. Sume soklan yg doc tanya, hanya mampu jawab dgn senyuman yg manis je..haha.sume lupa. Padahal penyakit tula kitorang push time pro lepas. So,seperti bese, kena 'basuh' la sket =p
Malam tuh akak oncall. Agak letih that day. Dari pagi hingga petang. Full! Dahla time oncall tuh, kitorang 4t y ikut abg/kakak2 5th y dgr specialist discuss dgn MO. Tarak paham ma...dan dari oncall la akak dapat belajar banyak benda dan yg paling penting, perlulah ingat dose utk management ok! -_-"
Since that day, akak bertungkus lus utk study diseases yg ade kat ward tuh..agak letih otak~
Since that day jugak, akak dapat sakit kaki(pakai kasut), lenguh lutut(ulang alik hospital-bilik >5 kali), lenguh pinggang(berdiri lama sgt kat ward)

RABU
Pagi tuh lect, petang x ade lect..balik bilik, study lagi pasal diseases~

KHAMIS
Hari nih pergi usha2 utk buat feeding, mandikan baby, breastfeeding counselling~
Petabg tadi ade lect postnatal exm. BEST sgt2~




Skang nih akak dah mula rase bahang kesibukan tuh lepas akak oncall. Nxt week maybe lagi bz coz dah start ke hospital sepenuhnya. hohoho~

p/s: jarang bukak fb coz tenet DM nih lamabat mcm siput.....tp sy bukan siput ;p

Thursday, August 25, 2011

SOLAT

SALAM RAMADHAN ke25!

ehem2..4 hari lagi mau raye.^^

Post kali nih mau cerita tentang solat. Kadang2 terpikir yang kita nih (muslim) sembahyang 5 kali shari nih, tahu x maksud setiap apa yang kita baca tuh? Aku x kata kat sape2 coz aku sendiri pun same je. Aku nih tahu sikit2 je. Kadang2 tuh malu gak kat diri sendiri, kat ALLAH..langsung x faham apa yang kita buat. Padahal itu adalah rutin harian untuk kita sebagai muslim kan? Kalu bab2 belajar nih, kita wajib untuk faham kan apa yang kita belajar? Adoi..malu lagi coz hal dunia punyalah nah faham, hal akhirat? T_T



Aku ada gak lah google tentang solat nih. Jom kita sama2 usha... :)

err..sebelum tuh..



Kalu dah solat, jom sambung balik! :)


Bila kita solat, sedar x yang kita selalu sebut ALLAHUAKBAR? Bacaan Allahu-Akbar ini terus kita ulang-ulang paling tidak 5 kali dalam satu rakaat atau berarti minimal 85 kali dalam sehari. Bacaan ini dibaca setiap kali kita merubah gerakan. Hal ini memberi makna bahwa dalam keadaan apapun seperti berdiri, duduk, berbaring, sujud maupun ruku’, ketika kita dalam keadaan susah maupun senang, sakit maupun sehat kita harus senantiasa mengingat kebesaran-Nya.


Demikian pula bacaan lain seperti do’a Iftitah yang dibaca setelah takbiratul Ikhram, sebagai berikut : “…Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam” (QS.Al-An’aam(6:162) yang diucapkan dalam shalat kita minimal 5 kali dalam sehari . Adakah kita benar-benar memahami makna ikrar, janji kita tersebut?


Setelah membaca do’a Iftitah, surat Al-fatihah dan salah satu surat ataupun ayat Al-Quran kita rukuk sambil membaca bacaan yang mem-besar-kan nama-Nya. Begitu bangun dari rukuk kita membaca ” Sami’ Allahu liman hamidzah” yang artinya : Allah mendengar siapa yang memuji-Nya“. Ertinya kita diingatkan agar dalam solat bersungguh-sungguhlah kerana Dia mendengar kita! Ini harus benar-benar kita yakini.


Berikutnya adalah do’a yang kita ucapkan ketika dalam posisi duduk diantara dua sujud yang diucapkan minimal 17 kali dalam sehari sebagai berikut “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan kasihanilah aku dan cukupilah aku dan tinggikanlah aku dan berilah rizki padaku dan tunjukilah aku jalan dan berilah aku sehat dan maafkanlah aku”. Sedarkah kita bahawa sebenarnya rezeki, kesihatan, jabatan, kemuliaan maupun petunjuk yang ada pada kita ini adalah wujud atau buah dari permintaan dan permohonan yang setiap hari kita mintakan secara berulang kali, yang kemudian dikabulkan-Nya?


Seterusnya adalah bersujud. Posisi dahi iaitu bahagian kepala kita yang mencium tanah adalah melambangkan tanda syukur kita sebagai mahluk yang sangat kecil dan amat bergantung kepada Sang Pencipta Yang Maha Tinggi diatas sana. Bacaan ’” Subhana Robbiyal ‘Ala” yang berarti “ Segala Puji hanya milik Rob Yang Maha Tinggi “ ini jelas mengisyaratkan hal tersebut.


Solat ditutup dengan membaca Tahiyatul-akhir, sementara Tahiyatul- awal diselitkan pada rakaat ke 2 untuk solat2 yang berrakaat lebih atau sama dengan 2. Bacaan ini berfungsi untuk mempertegas dan mengulang ikrar kita sebagai umat Islam, iaitu bacaan Syahadat. Tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Syahadat dilanjutkan dengan selawat nabi, memohon kepada Allah agar junjungan kita Muhammad saw mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah sebagaimana nabi Ibrahim as. Ini adalah bentuk kecintaan kita kepada sang Rasul yang telah berjasa mengajak manusia kepada jalan yang benar, menjauhkan kita dari kesesatan dan kegelapan.

Ok! Skang dah tahu kan makna2 dia? Jom! sama2 kita pertingkatkan keimanan kita melalui solat.insyaALLAH. :))

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur’an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.(QS.Al-Ankabuut(29):45).



*sumber: http://vienmuhadi.com/2009/02/01/makna-bacaan-dalam-shalat/

Monday, August 22, 2011

Raya tahun ini


SALAM RAMADHAN ke 23!!

waa...6 hari lagi mau RAYA! Baju raya baru je siap hari nih. Lame kot baru siap.hehehe. Ok, raya tahun ini sangat2 berbeza.kenapa? Jom usha...





1. Raya tahun ini aku x payah pening2 kepala nak pegi beli tiket kat depan USM tuh. Tak payah pening2 risau tiket habis ke apa ke coz skang nih aku dah ada pun kat kampung tercinta..hehe




2. Raya tahun ini kuih raya umah aku sangat sedap coz aku yang buat.haha. propa je lebih kan??? Padahal aku sebagai assistant je pun kat dapur tuh. ;p
Opss..picture di atas bukanlah kuih raya umah aku. Itu atas sumbangan mr. google!!




3. Ini dia yg ditunggu2.... REUNION! eh, kat atas tuh, bukan kawan aku.haha. Aku ada reunion raya ke3/ke4 nanti. reunion ex sekolah lama aku. Sek.Men.Keb.Komp.Gong Badak. Budak2 1,2,3 Al-ghazali. Kitorang dulu budak2 dari kelas arab. errr..caye x aku nih budak kelas arab? haha. sila percaya ok! Dulu, ada satu je kelas arab nih,so, dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 3 duk kelas sama la..muka orang sekeliling pun sama. hahaha. Sori, aku x dak gambar kawan2 aku dulu..almaklumlah dulu miskin, x mampu nak beli kamera/hp..bajet macam aku kaya je skang nih kan? =p




4. Raya tahun nih, lengkaplah anak2 perempuan Hj. Kamaruzaman dan Hjh. Sawiah. Tahun lepas, kakak aku yang pakai spek tuh raya kat kedah coz turn husband dia, so skang nih turn terengganu la plak. errr..dua2 kakak aku pakai spek kan?? korang pilih la yang mana satu dah kahwin.haha. Tapi yang x best, anak2 lelaki Hj. Kamaruzaman dan Hjh. Sawiah plak x cukup..abang aku yang sulung balik raya ke-2.




5. Dan yang paling terakhir, raya tahun nih aku daapt posting kat paediatric ward. :)
Sebelum dapat tahu posting kat mana, sibuk nak study la, tapi bila dah dapat tahu, malas ok! haha. takpelah, manfaatkan masa di rumah dengan sewajarnya sebelum bergelar student USM kembali =p


Bila dah nak dekat2 raya nih, janganlah 'tergelincir' puasa ye! puasa tetap puasa! ;D

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”


Pages