Wednesday, April 24, 2013

Rapuh



Posting terakhir.
Posting O&G.
Masuk kali nih, 3x aku menapak ke sini.


Minggu ini,
bukan, minggu-minggu lepas juga,
hati jadi rapuh.
Sangat.
Sangat.


Berdiam diri saja.
Kerna itu lebih baik.


Desas-desus sudah berdesing,
aku hanya buat bodoh.
Kerna, tiada kaitan dengan diri ini.
Fullstop.


















Walaupun dasar hati ini, aku kisah. 
Tapi, siapalah aku?



Yakinlah pada ALLAH. 
JanjiNYA.
Kun fayakun.



:) la Farhana.
Kuatkan hati.







Friday, April 12, 2013

Tidak sama



Bila pemikiran tidak sama.
Dia mahu itu.
Aku mahu ini.
Susah nak baca pemikiran orang.
fuh.fuh.fuh.
Aku cuba menjampi..kot kot terbaca pemikiran dia.hahaha.


p/s 1: apa yg diharapkan adalah keikhlasan.:)
p/s 2: update blog via mobile sbb malas tahap max.haha


Friday, April 5, 2013

BAIK



ASSALAMUALAIKUM.

Lama tak conteng2.hahaha Banyak gila berlaku lately nih. Sekarang nih posting medical. Ada 9 minggu lagi nak PRO3!! PRO3 ini menentukan kitorang layak jadi DOKTOR atau tidak. So, berharap ramai-ramai doakan aku dan rakan2 aku ya? Nanti bila kitorang jadi DOKTOR, bolehlah aku rawat korang nanti.lalala~~ =D

Topik kali ini adalah BAIK.

Ya.

BAIK.

Ramai cakap aku dah jadi makin baik. Makin baik? Dulu aku jahat? ceh! =.="

Definisi pertama untuk baik di sini adalah merujuk kepada panas baran. Siapa yang kenal aku since 1st year, tahu aku macam mana. Kalau aku nak marah, aku terus sembur depan2, mengamuk depan2. kekeke. Langsung tak matang. 

Tapi semakin hari, semakin tua, sikap tuh dah makin berkurang. Berkurang, bukan tiada.haha. maksud berkurang, bila aku nak marah/terasa hati/tersakit hati, aku akan diam. Ya. Diam dan isolate kan diri sendiri. Abaikan aku bila aku berdiam dengan tiba2, sebab itu bermaksud marah aku sampai kemuncaknya. Kadang2, berdiam lagi baik berbanding meluahkan rasa ketidakpuashatian kita kat orang. Nanti terasa, susah nak pujuk. Sebab aku tak pandai memujuk.muahahahaha XD

Baik kedua adalah berdasarkan post aku di FB. 




Post aku di FB tidak menggambarkan aku ini adalah seorang yang baik ataupun alim. Aku cuma share. Aku tahu, aku bukan wanita yang baik. Tapi aku berusaha ke arah kebaikan. Ya. Kebaikan. Sebab sekarang aku sedang dalam perjalanan mencari hidayah (bukan Hidyaah Sabri ;p) dalam diri aku sendiri. 


Bila usia meningkat, pemikiran juga turut meningkat. Aku cuba cari tujuan utama aku hidup selama ini. Siapa aku sebenar. Apa yang aku dah lakukan selama ini. Kadang2 aku terasa hipokrit. Hipokrit kat manusia. Juga ALLAH. Aku rasa kerdil. Aku ingin jadi khalifah yang baik atas muka bumi ALLAH ini. Tapi aku manusia biasa. Tak mampu. Perlukan bimbingan. Perlukan petunjuk. Betulkan aku. Tegur aku. Dan, ya, sekarang aku dalam proses ke arah yang lebih baik walaupun masih lubang sana sini. Ya. Aku tahu, sangat banyak lubang dalam diri aku ini. 


Sekarang ramai yang bercakap pasal jodoh. Tak pasal2 aku terkena tempias dia.hahaha. Sana sini tanya aku dah berpunya ke belum. Kawan aku dulu, duk korek rahsia aku, aku nih dah berpunya ke tak? Rumet aku pun duk kalut tanya aku. Siap bagi cadangan nak jodohkan aku dengan sorang patient berpangkat pilot lagi.hahaha. Mak aku plak dah siap bagi hint, siapa pilihan aku? hahahaha. Nak gelak. Aku tak matang kot lagi? hahaha. Buat masa ni aku berkawan dengan semua orang. Kawan. Kalaulah pangkat Kawan itu muncul sepanjang istikharah aku, insyaALLAH dia lah yang terbaik untuk aku. 






Kalau dia bukan yang terbaik, ada hikmahnya. Buat masa sekarang, kuatkan keimanan serta sifat mahmudah dalam diri masing2. Gosip sana sini belum tentu ada kebenarannya. So, bila gosip sampai ke telinga, hanya mampu iakan saja sebab dah tak larat nak menafikan sedangkan mereka-mereka meng'ia'kan. Faham tak ayat nih? hahaha.






Kan? so keep calm and eat lollipop.

eh? hahahaha XD





p/s 1: Banyak gila nak cover. posting medical. study group. radiograph. burppppp....

p/s 2: This week jadi kakak faci bertauliah. Akan bawak 2 adik ke sana sini. So, pakai cantik2 dan berlagak matang. lalala~~ XD

p/s 3: aku cukup anti dengan orang yang berlagak. Lagi anti dengan orang yang tak sedar diri dia tuh sedang berlagak. Rasa macam nak jerit depan2 "woi! senyaplah berlagak!" hahaha. Eh, tak boleh. Aku kan dah baik.haha :p








Pages