Monday, April 30, 2012

MSFT-KTP

ALLLOOOO!!!!!!!!!!!!!!

Dengan ini mengumumkan esok aku balik TERENGGANU!!! hahahahahahahaha. W'pun aku nih budak terengganu, dan aku study kelantan, x semestinya tiap2 minggu aku balik rumah.hehehe. Dulu adalah jugak yang aku selalu menapak ke rumah  tiap2 minggu coz bosan duk USM. Tapi start naik tahun 4 nih, amat2 jarang2 lah aku balik rumah. Nih pun dah nak masuk 3 bulan kot duk sini. Berkurung tersempit di dalam pagar2 USMKK ini...eh? hahaha. Abaikan ayat2 aku yang agak kurang betol nih. Almaklumlah, skang nih aku kan posting psychiatry..haruslah ada unsur2 manic(kegembiraan yg melampau) mahupun depressed.

Eh, jap! sebenarnya post nih aku nak citer pasal pergi program MSFT-KTP hari tuh.hahaha. Sori2,,melalut sebentar! ;p




MSFT(medical student facilitator team)-KTP(knowledge transform programme). Program nih tujuan dia nak improvekan adik2 dari sekolah kelantan nih 'kecek' bahasa inggeris dan jugak galakkan dia speak out depan orang ramai. So, sepanjang program nih, faci2 pun turrut speaking walaupun tunggang langgang dan last2 skali cakap bahasa melayu..Bahasa melayu dibenarkan sepanjang program nih tapi hendaklah MELAYU STANDARD. Fuh!! skema kot ayat yang aku taip nih? hahaha. Ok, nih program ke 2 untuk projek KTP. yang 1st aku tak pergi coz time tuh minggu last oftal kot tak salah aku. So, kali nih memandangkan programnih dijalankan time aku posting psychiatry(posting relax2) and time minggu 1st, eloklah aku join untuk bermotivasikan diri adik2 dan juga untuk diri sendiri.sekian... :D

Kali nih kitorang pergi SMK SAINS MACHANG. Sekolah dia agak luas. Simple but nice. Sekolah kekampungan dan aku rasa sekolah nih berkurun kot kat situ. Buktinya adalah rumah flat yang kami duduki itu.hahaha. Hari pertama(28hb April), aktiviti macam biasa, ice breaking. Mula2 introduce diri sendiri, adik2 kumpulan aku agak malu. Mula2 la...then makin tak malu. Mungkin ikut jejak kakak faci mereka ini? hahaha. Diorang diam je kalu kita tak tanya soalan. Aku tau diorang malu. Biasalah..mula2. Then, aku dengan partner faci (Zakwan) bagi satu topik. Sorang2 kena cakap. Then, barulah riuh sket.hahahaha.





kami berdua FIERCE! =p




Kami faci mewakili group 4! hahaha XD








Next activity, know ur personality. Yang nih bagi aku agak bosan coz kena isi forms then analisa balik personaliti kita. Then, break untuk solat jumaat dan zohor. Petang tuh aktiviti, Big 5 kalu tak salah aku. Sebelum aktiviti tuh start, budak2 nih datang lewat. Janji 2.30pm datang 3.00pm..Hmmmm..setengah jam. Pukul 5pm tuh ada game explorace. Game nih, aku yang handle. Aku dah warning siap2 kat adik2 yang aku pantang bila orang tak punctual. Siap ugut kot yang program nih akan batal serta merta bila diorang datang lambat. Dalam hati aku dah takut kot..if diorang datang lambat gak camna??? hahaha.pandai2 je aku cabar diorang. Bajet tuh program aku sendiri. Nasib abik tuan pengarah projek tuh tak marah coz dia dah paham bila keje dengan aku camna.hahaha...dan alhamdulillah adik2 datang awal dari faci! SYABAS!!! :D



Sepanjang explorace nih aku dapat tengok kerjasama diorang. Lebih2 lagi bila semua dah kumpul kat dewan, tiba2 2 kumpulan kitorang buat 'sesat', then dengan semangatnya ramai2 pergi cari sambil melaung2 semangat batch diorang.hahaha.

















Malam tuh ada debate. Aku ingatkan budak2 nih tak suka/boring aktiviti nih, rupa2nya tak..diorang enjoy kot. Diorang berdebat pun tak ada malu2. Bagus2!!!





Keesokannya ada mock interview..ala-ala mock la. Kumpulan aku, aku buat faci(Zakwan) jadi interviewer, adik2 jadi interviewee. Aku jadi pemerhati je kat tepi sambil tersengih2 tengok telatah budak2 nih. Comel kot diorang nih. Kali nih diorang banyak tanya itu dan ini.yeah! misi berjaya!!! hahaha






Aku nak cakap gak yang sekolah nih ada banyak kot binatang. Kucing2 comel, peacock, burung2, ayam katek. Banyak ke? hahaha. Tapi yang best boleh tengok peacock tuh bukak ekor dia. Lawa!!! dia bukak time hari last kitorang kat sana. First day kat sana, jenuh aku duk puji dia, bajet macam dia dengar, then akan berkembanglah ekor dia.hahaha.









Dan yang aku gumbira kumpulan aku menang. USM JUNIOR!!! weeeeeeeee~~~









Dan aku nak cakap gak yang aku langsung tak ada niat untuk promote2 kumpulan aku. Memang itu cara aku bila handle kumpulan. Aku akan terlebih excited dan aktif. Aku buat macam tuh sebab aku nak trigger adik2 kumpulan aku aktif gak. Ini memang cara aku. Sebab time aku matrix/sekolah bila ada faci datang, aku pernah terkena satu kumpulan faci yang agak pasif dan kami turut menjadi pasif. Maka berganding bahulah kita.eh??? :)
















Secara keseluruhannya, aku suka2 pergi ini program! Mungkin ramai geng sekepala kot? hahaha. Marilah kita bersatu teguh, bercerai kita roboh? eh? hahaha


Thursday, April 26, 2012

fragile



Kenapa hati fragile sangat nih??

T_____T


lagi

lagi

dan lagi....

Wednesday, April 25, 2012

DIAM


Aku tak tau kenapa hari nih aku rasa macam hari paling teruk?

Tak tahu nak cakap macam mana.

Aku perempuan biasa.

Aku bukan perempuan moden.

Aku bukan perempuan bergaya.

Aku tak cantik.

Aku tak bijak.

Aku tak pandai nak berkata/berhujah panjang2.

Aku adalah aku.

Aku akan pakai pakaian biasa2.

Aku memang tak pandai bergaya.

DIAM.

Itu aku.

Aku akan DIAM bila aku rasa ada yang tak betul.

Tak guna kalu aku terus berdebat, jika ada yang nak menegakkan benang yang basah.

Bila hari nih aku dengar 'something' yang sepatutnya aku benci nak dengar,

aku rasa aku patut jadi seorang yang pekak.

Sejujurnya, aku sedih.

Kecewa.

Aku tahu yang aku tak berhak.

Dan aku rasa, jalan terbaik adalah DIAM.










Thursday, April 19, 2012

end posting [Medical]


Assalamualaikum!

Hi! hi! hi! aku dah pun habis posting Medical! Marilah kita menyanyi sambil menari kiri ke kanan.lalala~~

1. 6 minggu posting Medical sangat2 best! 2nd posting terbaik after Orthopaedic.hehehe.

2. Team aku untuk posting nih pun terbaik gak. K.wani,K.tqah,K.yana,paih,aida,joel. Bersatu teguh, bercerai roboh! yeah~~~!!!!!

3. Posting kali nih adalah posting pertama yang aku pergi ward round pagi2 pukul 8.30am.hahaha.Kadang2 pukul 9 kot pergi. Yang x boleh blah bila aku baru kuar bilik pada jam 9am! Sampai2 kat lif, sekali sampai sekali dengan doktor registrar yang round untuk team aku. Terbaik!!!

4. Dulu aku sangat2 x suka dengan ward 7u/7s. Crowded giler! Tapi bila dah bermaustatin di ward sana, cam bese2 je. Tak delah crowded sesangat. Ok la. :)

5. Bila dah belajar Medical nih, baru sedar yang ramai orang sakit kencing manis, sakit jantung dan buah pinggang. Dan ramai yang datang dengan cukup pakej 3 benda tuh! biasanya akan datang dari kencing manis dulu dan puncanya adalah SMOKING!

6. Kenangan paling x boleh dilupakan bila aku ditipu oleh patient. Apa yang dia cakap kat aku memang 98% berlainan dengan apa yang ditulis dalam folder.aishh..sabarlah. Dahlah time tuh, ada 2-3 orang gak la kat situ. Dan dia amat berbangga dengan ROKOKnya itu. Dia datang dengan SOB(shortness of breath) dan dia adalah chronic smoker. 1 paket setiap hari. Dan dia marah bila kita cakap yang punca penyakit dia adalah dari ROKOK. Then, dia kaitkan denagn politik plak.aishhhh...-__-"

7. Apa yang aku suka bila time ambik darah.hahaha. Thanx to Izzaz coz dialah sifu aku time ambik darah. Mula2 aku ambik darah memang x menjadi. Then, barulah menjadi. Lama2 rasa best bila HO mintak tolong kitorang ambik darah.hahaha. Pernah sekali ambik darah sorang patient tuh. 1st ambik x jadi. Time tuh darah dah kuar sket,  tiba2 vessel dia membengkak. Aku cuak gak...tapi berlagak cool kat depan patient. Nasib baik time tuh aku pakai face mask.hehehe. Then, aku try ambik kat bahagian bawah lengan plak, tapi still x berjaya. Cool lagi. Tunggu 10 minit, tempat bengkak tuh dah surut. Lepas tuh aku cakap kat pakcik tuh yang aku akan try sekali lagi, kalu x boleh gak, aku x akan ambik la. Aku pun cucuk la jarum tuh sekali lagi(bukan kat tempat vessel membengkak) dan akhirnya berjaya.hehehe. Memang kalu berdepan dengan patient, kena ada keyakinan dirilah even kita sendiri rasa uak. Coz kalu kita sendiri yang cuak, patient akan 10x ganda akan cuak :D
p/s: sebenarnya aku yakin yang darah boleh kuar coz vessel dia prominent kot. Silap aku bila 1st time aku cucuk, jarum tuh tergerak..so that's y la vessel membengkak.

8. Sepanjang aku posting nih, 2x dah aku tengok kematian depan mata. Sebak memang sebak. Tapi aku dah didik hati aku suh keras bila tengok kematian sebab kami perlukan empathy bukan sympathy...walaupun kadang2 tewas sebab kami pun manusia biasa.
"Dari ALLAH kita datang, kepadaNYA jua kita datang..."

9. Exam short case aku oklah..yang penting supervisor aku sangat2 cool! hehehe. Walaupun aku dapat case agak complicated berbanding dengan partner aku yang dapat respiratory system (kes yang aku idam2) Pneumonia, tapi kira oklah kes aku tuh. Mula2 doktor suh aku examine abdomianl system, sampai sekerat jalan dia tanya aku macam2 then examine respiratory system plak..dahlah dia cakap yang aku hanya ada 7 minit je. hukhukhuk.

10. Semalam exam MCQ. Dan aku salah jawab soklan Hemophilia itu. Malas nak bercerita.sekian! >.<


So, next posting adalah PSYCHIATRIC!!! posting yang tunggu2!!!! Weeeeeeeeeeeee~~~~!!!!!!

:)


Saturday, April 14, 2012

Friday, April 13, 2012

L.O.V.E
















i can do it! :)


Hari ini hari Jumaat!

Esok Sabtu.

Lusa Ahad.

Tulat Isnin!!!!

Isnin exam short case+pharmaco[ubat-ubatan] :)

Rabu MCQ~

wish me luck! :)





p/s: setiap kali nak exam pharmaco, mesti aku respect giler kat doc2 yg mengajar pharmaco...macam manalah diorang boleh terpikir nak amik pharmaco kan? hahaha ;p


Wednesday, April 4, 2012

wordless wednesday






skang nih busy sket.
*bajet* ;p

motif gambar nih nak tunjuk Camera baru.hakhak ;D

tp, ini camera murah maaaa...bukan cybershot! ;p

p/s: 2 hari dah aku sampai di ward bersama doktor yg nk round ward.
ini bermakna, aku sampai ward lambat.!!! hahaha

Pages