Wednesday, September 21, 2011

LEUKEMIA


Assalamualaikum.

Korang pernah dengar penyakit nama LEUKEMIA? mesti pernah kan..kat Tv melambak cerita pasal hero/heroin yang ada penyakit nih. Kat majalah/surat khabar pun ada gak cakap pasal leukemia. dan..kebanyakan pesakit yang ada penyakit nih x akan lama di dunia nih.

Leukemia nih adalah salah satu adik beradik kanser. Dia nih kanser darah. Darah putih. Dulu, mula2 aku belajar pasal leukemia, aku akan bayangkan orang yang dapat penyakit nih besenya mak/ayah/adik beradik/atuk/nenek mesti ada penyakit nih gak.. tapi bila terkena kat depan mata, baru aku sedar penyakit nih x macam tuh. Kenapa aku cakap terkena kat depan mata? jap..nanti aku story mory kat bawah. Sebenarnya penyakit nih boleh gak berpunca dari genetic iaitu patient tuh maybe ada down syndrome/fanconi's anemia (sila google). Mungkin berpunca dari ibu gak..bila sesorang ibu mengandung menjalani ujian radiation contoh x-ray. Baby yang akan keluar kemungkinan akan dapat leukemia. Epstein Barr Virus pun salah satu punca gak.

Tanda2 penyakit nih pun kadang2 kita sendiri pun confuse. Aku ada jumpa satu patient,5y.o kat HKB yang datang dengan prolonged fever and pale. Then doc diagnosed as leukemia. Hanya demam dan pucat ok! Kalu kita x tahu, mungkin tanda2 tuh perkara bese yang berlaku kan? Aku tengok folder patient tuh. memang +ve. Sel darah putih sangat high >50. Sel darah merah rendah sangat2. Blast cell +ve. Mak dgn ayah dia x boleh terima kenyataan. Terkejut. Yelah, sape x terkejut kan, dahlah dalam keluarga dia sumenye sihat2 belaka. Semalam doc buat bone marrow, BMA(amik sampel tulang sumsum) aspiration kat anak diorang. Situasi semalam memang macam drama tv. Mak dgn ayah dia berpelukan sambil menangis. Mak dia, aku tengok setiap masa berzikir. Time doc nak bius anak dia, dia asyik usap kepala anak dia sambil berzikir kat telinga. Aku tengok sebak. Habis jer procedure tuh, aku kuar, tengok mak dia duk bertafakur kat kerusi luar. Sayu hati aku tengok..

Semalam kakak aku call then bagitahu yang anak sepupu aku masuk ward then refer ke HUSM coz doc diagnosed leukemia. Aku terkejut. Family aku sendiri yang kena. Pagi tadi aku lawat dia. Demam teruk. Badan lebam sana sini. Bibir biru. Muka pucat. Sepupu aku cakap yang anakdia pitam time nak mandi. Aku pun x tahu nak cakap apa..Bila ayah dia datang, anak dia menangis. Sepupu aku dgn husband dia pun nangis. Aku sebak. Yelah, anak diorang ada 3 je. Yang kena leukemia nih pun yang bongsu. Petang tadi doc dah buat BMA. Result maybe tahu esok kot.

Sekarang, baru aku faham yang bila kena kat family aku sendiri, aku x tahu nak cakap apa kat diorang. Kadang2 aku fikir yang kita senang nak pujuk orang lain yang x ada kena mengena dengan kita berbanding ahli keluarga sendiri. Walau sedih macam manapun aku, aku tetap x boleh menangis depan patients. Kadang2 aku kena berlakon yang aku kuat dan tabah. Padahal dalam hati, hanya ALLAH je yang tahu. 2 minggu menjadi seorang pelajar medic tahun 4, macam2 perasaan yang aku rasa. Sayu bila tengok air muka kanak2 yang sakit dan sebak tengok muka parents yang mengharap anak2 diorang sihat. Dan aku harap pengalaman akan buat aku kuat dan tabah. InsyaALLAH...



No comments:

Post a Comment

Pages