Monday, August 22, 2011
Raya tahun ini
SALAM RAMADHAN ke 23!!
waa...6 hari lagi mau RAYA! Baju raya baru je siap hari nih. Lame kot baru siap.hehehe. Ok, raya tahun ini sangat2 berbeza.kenapa? Jom usha...
1. Raya tahun ini aku x payah pening2 kepala nak pegi beli tiket kat depan USM tuh. Tak payah pening2 risau tiket habis ke apa ke coz skang nih aku dah ada pun kat kampung tercinta..hehe
2. Raya tahun ini kuih raya umah aku sangat sedap coz aku yang buat.haha. propa je lebih kan??? Padahal aku sebagai assistant je pun kat dapur tuh. ;p
Opss..picture di atas bukanlah kuih raya umah aku. Itu atas sumbangan mr. google!!
3. Ini dia yg ditunggu2.... REUNION! eh, kat atas tuh, bukan kawan aku.haha. Aku ada reunion raya ke3/ke4 nanti. reunion ex sekolah lama aku. Sek.Men.Keb.Komp.Gong Badak. Budak2 1,2,3 Al-ghazali. Kitorang dulu budak2 dari kelas arab. errr..caye x aku nih budak kelas arab? haha. sila percaya ok! Dulu, ada satu je kelas arab nih,so, dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 3 duk kelas sama la..muka orang sekeliling pun sama. hahaha. Sori, aku x dak gambar kawan2 aku dulu..almaklumlah dulu miskin, x mampu nak beli kamera/hp..bajet macam aku kaya je skang nih kan? =p
4. Raya tahun nih, lengkaplah anak2 perempuan Hj. Kamaruzaman dan Hjh. Sawiah. Tahun lepas, kakak aku yang pakai spek tuh raya kat kedah coz turn husband dia, so skang nih turn terengganu la plak. errr..dua2 kakak aku pakai spek kan?? korang pilih la yang mana satu dah kahwin.haha. Tapi yang x best, anak2 lelaki Hj. Kamaruzaman dan Hjh. Sawiah plak x cukup..abang aku yang sulung balik raya ke-2.
5. Dan yang paling terakhir, raya tahun nih aku daapt posting kat paediatric ward. :)
Sebelum dapat tahu posting kat mana, sibuk nak study la, tapi bila dah dapat tahu, malas ok! haha. takpelah, manfaatkan masa di rumah dengan sewajarnya sebelum bergelar student USM kembali =p
Bila dah nak dekat2 raya nih, janganlah 'tergelincir' puasa ye! puasa tetap puasa! ;D
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment