Thursday, August 25, 2011

SOLAT

SALAM RAMADHAN ke25!

ehem2..4 hari lagi mau raye.^^

Post kali nih mau cerita tentang solat. Kadang2 terpikir yang kita nih (muslim) sembahyang 5 kali shari nih, tahu x maksud setiap apa yang kita baca tuh? Aku x kata kat sape2 coz aku sendiri pun same je. Aku nih tahu sikit2 je. Kadang2 tuh malu gak kat diri sendiri, kat ALLAH..langsung x faham apa yang kita buat. Padahal itu adalah rutin harian untuk kita sebagai muslim kan? Kalu bab2 belajar nih, kita wajib untuk faham kan apa yang kita belajar? Adoi..malu lagi coz hal dunia punyalah nah faham, hal akhirat? T_T



Aku ada gak lah google tentang solat nih. Jom kita sama2 usha... :)

err..sebelum tuh..



Kalu dah solat, jom sambung balik! :)


Bila kita solat, sedar x yang kita selalu sebut ALLAHUAKBAR? Bacaan Allahu-Akbar ini terus kita ulang-ulang paling tidak 5 kali dalam satu rakaat atau berarti minimal 85 kali dalam sehari. Bacaan ini dibaca setiap kali kita merubah gerakan. Hal ini memberi makna bahwa dalam keadaan apapun seperti berdiri, duduk, berbaring, sujud maupun ruku’, ketika kita dalam keadaan susah maupun senang, sakit maupun sehat kita harus senantiasa mengingat kebesaran-Nya.


Demikian pula bacaan lain seperti do’a Iftitah yang dibaca setelah takbiratul Ikhram, sebagai berikut : “…Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam” (QS.Al-An’aam(6:162) yang diucapkan dalam shalat kita minimal 5 kali dalam sehari . Adakah kita benar-benar memahami makna ikrar, janji kita tersebut?


Setelah membaca do’a Iftitah, surat Al-fatihah dan salah satu surat ataupun ayat Al-Quran kita rukuk sambil membaca bacaan yang mem-besar-kan nama-Nya. Begitu bangun dari rukuk kita membaca ” Sami’ Allahu liman hamidzah” yang artinya : Allah mendengar siapa yang memuji-Nya“. Ertinya kita diingatkan agar dalam solat bersungguh-sungguhlah kerana Dia mendengar kita! Ini harus benar-benar kita yakini.


Berikutnya adalah do’a yang kita ucapkan ketika dalam posisi duduk diantara dua sujud yang diucapkan minimal 17 kali dalam sehari sebagai berikut “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan kasihanilah aku dan cukupilah aku dan tinggikanlah aku dan berilah rizki padaku dan tunjukilah aku jalan dan berilah aku sehat dan maafkanlah aku”. Sedarkah kita bahawa sebenarnya rezeki, kesihatan, jabatan, kemuliaan maupun petunjuk yang ada pada kita ini adalah wujud atau buah dari permintaan dan permohonan yang setiap hari kita mintakan secara berulang kali, yang kemudian dikabulkan-Nya?


Seterusnya adalah bersujud. Posisi dahi iaitu bahagian kepala kita yang mencium tanah adalah melambangkan tanda syukur kita sebagai mahluk yang sangat kecil dan amat bergantung kepada Sang Pencipta Yang Maha Tinggi diatas sana. Bacaan ’” Subhana Robbiyal ‘Ala” yang berarti “ Segala Puji hanya milik Rob Yang Maha Tinggi “ ini jelas mengisyaratkan hal tersebut.


Solat ditutup dengan membaca Tahiyatul-akhir, sementara Tahiyatul- awal diselitkan pada rakaat ke 2 untuk solat2 yang berrakaat lebih atau sama dengan 2. Bacaan ini berfungsi untuk mempertegas dan mengulang ikrar kita sebagai umat Islam, iaitu bacaan Syahadat. Tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Syahadat dilanjutkan dengan selawat nabi, memohon kepada Allah agar junjungan kita Muhammad saw mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah sebagaimana nabi Ibrahim as. Ini adalah bentuk kecintaan kita kepada sang Rasul yang telah berjasa mengajak manusia kepada jalan yang benar, menjauhkan kita dari kesesatan dan kegelapan.

Ok! Skang dah tahu kan makna2 dia? Jom! sama2 kita pertingkatkan keimanan kita melalui solat.insyaALLAH. :))

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur’an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.(QS.Al-Ankabuut(29):45).



*sumber: http://vienmuhadi.com/2009/02/01/makna-bacaan-dalam-shalat/

Monday, August 22, 2011

Raya tahun ini


SALAM RAMADHAN ke 23!!

waa...6 hari lagi mau RAYA! Baju raya baru je siap hari nih. Lame kot baru siap.hehehe. Ok, raya tahun ini sangat2 berbeza.kenapa? Jom usha...





1. Raya tahun ini aku x payah pening2 kepala nak pegi beli tiket kat depan USM tuh. Tak payah pening2 risau tiket habis ke apa ke coz skang nih aku dah ada pun kat kampung tercinta..hehe




2. Raya tahun ini kuih raya umah aku sangat sedap coz aku yang buat.haha. propa je lebih kan??? Padahal aku sebagai assistant je pun kat dapur tuh. ;p
Opss..picture di atas bukanlah kuih raya umah aku. Itu atas sumbangan mr. google!!




3. Ini dia yg ditunggu2.... REUNION! eh, kat atas tuh, bukan kawan aku.haha. Aku ada reunion raya ke3/ke4 nanti. reunion ex sekolah lama aku. Sek.Men.Keb.Komp.Gong Badak. Budak2 1,2,3 Al-ghazali. Kitorang dulu budak2 dari kelas arab. errr..caye x aku nih budak kelas arab? haha. sila percaya ok! Dulu, ada satu je kelas arab nih,so, dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 3 duk kelas sama la..muka orang sekeliling pun sama. hahaha. Sori, aku x dak gambar kawan2 aku dulu..almaklumlah dulu miskin, x mampu nak beli kamera/hp..bajet macam aku kaya je skang nih kan? =p




4. Raya tahun nih, lengkaplah anak2 perempuan Hj. Kamaruzaman dan Hjh. Sawiah. Tahun lepas, kakak aku yang pakai spek tuh raya kat kedah coz turn husband dia, so skang nih turn terengganu la plak. errr..dua2 kakak aku pakai spek kan?? korang pilih la yang mana satu dah kahwin.haha. Tapi yang x best, anak2 lelaki Hj. Kamaruzaman dan Hjh. Sawiah plak x cukup..abang aku yang sulung balik raya ke-2.




5. Dan yang paling terakhir, raya tahun nih aku daapt posting kat paediatric ward. :)
Sebelum dapat tahu posting kat mana, sibuk nak study la, tapi bila dah dapat tahu, malas ok! haha. takpelah, manfaatkan masa di rumah dengan sewajarnya sebelum bergelar student USM kembali =p


Bila dah nak dekat2 raya nih, janganlah 'tergelincir' puasa ye! puasa tetap puasa! ;D

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”


Thursday, August 18, 2011

LAILATULQADAR


SALAM RAMADHAN ke 18! dan malam ini malam ke 19! :)

Sekejap je dah nak sampai pun malam lailatulqadar.



Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "


Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "


Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "


Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "


Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?" Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "

*Sumber-Jais*

p/s: tp,korang janganlah duk ibadah 10 hari terakhir esp malam ke 27 tau je! ibadah kenalah berterusan.ALLAHUALAM :))

Mana mak?....


Lumrah hidup..seorang mak boleh jaga 10 orang anak..tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang mak~


"Mana Mak?"

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Wednesday, August 17, 2011

Pohon kekuatan

SALAM RAMADHAN ke 17! dan juga SALAM NUZUL QURAN...

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


*sumber: wikipedia*

Camne nak mulakan eh?? Aku x tahu aku nih ok ke x? hahaha.(gelak x ikhlas)

Bila dah terbaca blog tuh, aku agak terkejut..tapi aishh..ok2.aku speechless jap. >.<

Mungkin ayat2 hadis nih buat aku tenang ya ALLAH.

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

ya..aku akui itu.kesalahan terbesar dalam hidup aku adalah 4 tahun dahulu...

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

aku harus yakin dengan itu...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi

aku hambaMU yang amat lemah ya ALLAH...

p/s: aku pohon kekuatan dan ketabahan dalam diri aku.

Tuesday, August 16, 2011

1st posting-Paediatric ward :)

SALAM RAMADHAN ke 16!!

"Pediatrics or paediatrics is the branch of medicine that deals with the medical care of infants, children, and adolescents. A medical practitioner who specializes in this area is known as a pediatrician or paediatrician"

Mesti korang tertanya2 kan? kenapa la minah nih post pasal paediatric plak kat sini..in english plak tuh.(ok2..bajet cam orang tanye =p).

Ok. Dengan ini diumumkan bahawasanya jadual posting aku dah keluar hari ini bersamaan 16 Ramadhan..dengan itu, aku dapat 1st posting di PAEDIATRIC WARD!!! kekeke..

Aku happy? maybe coz bila tengok balik jadual tadi, aku dapat O&G (pasal orang beranak) last sekali.hehehe *muka bangga*


adakah aku dapat jumpa budak2 macam nih?? hahaha..ok2.aku bajet cam aku duk kat oversea kan? study local je cik fana weh! hohoho (err..maybe anak foreigner? ;p)

Apa2 pun, niat mesti betul ok! Hati biar ikhlas nak rawat orang nih. Pesanan untuk diri sendiri,sila banyak2 bersabar since aku nih panas baran.hahaha


Monday, August 15, 2011

Perempuan dihujung ramadhan

SALAM RAMADHAN ke 15!

Sabtu lepas, aku dengan mak aku ada tengok satu cerita cerekarama nih kat TV3. Best gak cerita dia. Best+geram=menyampah..hahaha. Tajuk 'PEREMPUAN DIHUJUNG RAMADHAN'. Mula2 cerita nih, kitorang buat andaian macam2. Itulah..inilah..dan akhirnya andaian kami terkena! haha :D

Opening cerita nih, si adik nih dah koma dengan ditemani dengan husband dia. Bila dah tersedar, si adik nih suruh husband dia cari kakak kandung dia.jeng..jeng..jeng..kekeke



Ok..ini si adik. Kenal x pelakon nih? ala..kelahiran AF2. Zarina. Dia nih, kalu berlakon, x pernah jadi baik kan? asyik jahat je. Tapi best lah dia berlakon *wink2*. Si adik nih (x ingat nama watak dia) duk tumpang rumah kakak dia. Kakak dia dah berkahwin dan ada sorang anak. Dia duk kat umah kakak dia coz nak cari kerja kat bandar KL tuh. Tapi, still x dapat lagi. Sementara nak dapat tuh, dia tolonglah si kakak jaga anak kakak dia. Satu hari tuh, kakak dia nih kena outstation kat Sabah 4 hari. Dan bermulalah..



Dan ini adalh si abang ipar yang gatai!!! (ok,emo jap). Satu hari tuh, dia balik rumah awal coz pening kepala. Masuk je dalam rumah, dia tengok si adik ipar dia nih x bertudung (dalam cerita nih,zarina bertudung) tengah main2 dengan anak dia. Dia pun tergamam la coz konon2 si adik ipar nih cantik x bertudung la..ala2 jatuh cinta gitu! eee...benci ok! (ok,emo agik). Lama2, diorang berdua nih bercinta!! Si adik ipar nak suh si abang ipar dia nih bertanggungjawab la kan, yela diorang dah terlanjur -_-"



Ini plak si kakak. OK,watak nih paling kesian. Satu hari balik dari kerja, husband dia nak ceraikan dia coz alasan si isteri nih busy. Dalam cerita nih, si isteri memang busy la kan, tapi lelaki..biasalah guna alasan itu untuk cerai (ok2,emo agik). Husband dia terus terang yang dah bercinta dengan si adik pempuan nih. Lepas tuh, boleh plak si husband berpakat dengan si adik ipar buat fitnah and cerita kat mak diorang yang si kakak nih curang kat luar. Mak si kakak nih halau dia keluar dari rumah. Start babak nih memang sedih giler. Kesian giler kat si kakak nih.hukhukhuk..

5 tahun berlalu, si adik ada kanser stage 5 (padan muka!) nak jumpa sangat2 dengan kakak dia coz nak mintak maaf la kan. Kakak dia dah lama maafkan adik dengan husband dia. On the way dia nak pergi hospital nak jumpa family dia, dia accident then mati...sedih betul coz mak dia nak sangat jumpa dia..yelah, mak dia baru je tau yang si adik fitnah si kakak.

Tapi aku happy gak coz padan muka si adik dengan husband dia. Biar diorang sesal seumur hidup!! hahahaha..ok2..aku kejam! =p

p/s: calon2 suami aku mesti penuhi kriteria ini...
1. Terima aku dan family aku dengan seadanya.
2. Dia nak kahwin dengan aku,bermakna di pun kahwin dengan family aku!
3. Yang nih penting..faham kerjaya aku sebagai doktor nanti. Yang selalu busy dengan oncall bagai. Nanti bila dah kahwin, jangan bagi alasan curang sebab aku busy ok!

Sunday, August 14, 2011

kepadamu JPA



Who are you : seorang baik hati? nge~~~
Your name in my phone : ada ka?
Whether I would go out with you : kalu u sudi, i lagilah sudi *wink2*
Who are you to me : kwn sejati sepanjang i bergelar student =p
What do I like best about you : tyme u 'masuk meminang' i kt bank :D
What do I dislike about you : u main2kan perasaan i bila i perlukan u saat 'kering'
My favorite memory of us : beli itu dan ini..weee~~~
My first impression of you : seorang..eh..sesuatu yg baik hati!!!
How close are we : a good friend!

Saturday, August 13, 2011

Sayu ramadhan


SALAM RAMADHAN ke-13!



Pejam celik,pejam celik dah hampir 2 minggu kita puasa kan? Rasa sekejap je..x tahu kenapa ramadhan kali nih buat aku rasa cam sayu je..Rasa cam sekejap pon ada gak. Kalu dulu time2 muda dulu,rasa x sabar nak habiskan ramadhan, tapi bila dah tua2 nih, rasa cam sayu semacam je nak tinggalkan ramadhan. Mungkinkah peningkatan umur mempengaruhi emosi seseorang? hahaha.ok2..aku tau tu adalah ayat skema. Tapi,seriusla, aku memang rasa cam sayu sket ramadhan kali nih.

Aku pernah tanya kawan aku tentang fasa2 ramadhan. Dia jawab yang ada hadis nabi, tapi dia x tau matannya macam mana, tp lebih kurang macam nih:

10 ramadhan pertama - RAHMAT
10 ramadhan kedua - KEAMPUNAN
10 ramadhan ketiga - DISELAMATKAN DARI API NERAKA

So,skang nih dah masuk fasa kedua iaitu KEAMPUNAN. Selamat beribadah sume! ^^

*Matan adalah isi hadis. Hadis ada 2 bahagian, Sanad dan Matan. Sanad tuh siapa yang meriwayatkan, Matan tuh adalah isi hadis :)

-kredit to Syafiq (kwn matrix aku dulu) hehehe

"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]



Friday, August 12, 2011

Doa ketenangan hati

SALAM RAMADHAN ke 12!

Doa Ketenangan Hati..

Ya Tuhan kami,
curahkanlah kesabaran atas kami
dan teguhkanlah pendirian kami
serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.

Ya Tuhan kami,
janganlah kau palingkan hati kami
setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat
karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.

Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman,
dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku,
maka berilah penghalang antaraku
dan antara syaitan serta perbuatannya.

Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.


(Cukuplah Allah sebagai penolong kami,
dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)
(Al- Imran 3:173)

Hidup tanpa dugaan bukanlah kehidupan namanya kan? Orang cakap, dugaan hidup yang kita dapat adalah disebabkan ALLAH menyayangi kita, supaya kita menjadi lebih kuat dan teguh berdiri di bumi ini dengan selalulah berdoa kepada yang ESA. manusia, tak pernah nak sedar. Bila rasa kecewa, barulah terhegeh2 mencari tikar sejadah, mencari arah kiblat untuk memohon..tapi, bila senang? Dunia diagungkan, ALLAH dilupakan. Ya ALLAH..sesungguhnya aku hambaMU yang lemah dan sentiasa lalai..Engkau berikanlah kekuatan pada hatiku untuk terus beribadah kepadaMU. Ameen.......

Thursday, August 11, 2011

LA TAHZAN

SALAM RAMADHAN ke 11!





Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar)."
(Hadis riwayat Imam Bukhari).


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).


Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Wednesday, August 10, 2011

wordless wednesday








2 in 1 = shoe and transport! =p

Tuesday, August 9, 2011

Farhana dulu

SALAM RAMADHAN ke9!





Aku mahu jadi seperti dahulu.

Farhana yang kuat berusaha untuk ke arah kejayaan

Farhana yang tidak memikirkan masalah 'remeh temeh'

Farhana yang hanya mengutamakan keluarga

Farhana yang budak2..tidak tahu apa2 masalah orang dewasa? =p

2 tahun lagi untuk bergelar DR. FARHANA.insyaALLAH. Akan aku genggan gelaran itu!

Mulakan hidup baru dengan semangat yang baru!

p/s: sila doakan kebahagiaan aku dunia wal akhirat ^^

Monday, August 8, 2011

Ramadhan 8

SALAM RAMADHAN ke 8!

Semalam aku rasa down sgt2. Apa yg aku tahu skang nh, kesilapan terbesar dalam hidup aku adalah saat aku membalas mesej pertama itu pada 4 tahun yang lalu.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu
, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk
bagimu ; ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-baqarah ayat 216)

‎"Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal." (3:160)

Sunday, August 7, 2011

before and after couple

SALAM RAMADHAN ke 7!

Semoga semuanya masih stabil dari segi mental,fizikal serta ekonomi ye.(ok2.aku melalut dah)

Tadi after witir, tok imam bace doa..tengah2 duk dengar tok imam bace doa, tiba2 ade sekumpulan bdak2 nh main sifir plak...

Budak A : 8 bahagi 8?
Budak B : 0
Budak A : diam...cam mengiakan jawapan si B tuh.. -_-"

Nasib baik aku x tergelak kat situ.hahaha.

Sebenarnya entry kali nih lebih bertujuan kpd ini---> sila baca di bawah :)





SEBELUM COUPLE :
Message ringkas al-kisah pasangan bercouple..

L: ye! abg dh lme tnggu saat nie!
P: abg nk tngglkn syg ke?
L: mestilah x? tolong jgn fkir mcm 2. xmngkin trjadi!!
P: abg cntakn sygkan?
L: ye,tiap hari.
P: abg prnh tipu syg x?
L: X! nape syg sllu tnye cm2?
P: abg akn selalu kluar dengan syg tk?
L: stiap kali ada pluang abg tk kan lepaskn.
P: abg akn pkul syg?
L: giler ke?abg bkn llaki cm2!
P: bleh ke syg prcyekn abg?
L: yaa!
P: syg!

SELEPAS COUPLE:
baca dari bawah hingga atas.=p

cute quotes



Saturday, August 6, 2011

GILA :)

Salam ramadhan ke-6! Di bln mulia nh, sila jgn stress2 ye adik-adik.cewah! Jom layan...

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Dokter : "???"

So, skang nh siapa yg GILA??? hahaha

kebenaran datang jua...



Kebenaran datang jua. Kebenaran x pernah menipu...

Kenapa harus menipu? Lelaki...*sambil geleng2 kepala*

Aku TABIK SPRING la kat KFCM nh coz menjaga 'adik' dia dgn selamatnya di negara orang kn?

p/s: kalu aku,aku nak jadi 'adik' HAZAMA. boleh? ^^

SUMBER: beautifulnara + ohbulan

Lesen L

Assalamualaikum~~

Aku keletihan pada ini hari maaa...air..air..air..air....aish2.makruh2.hehehe

Hari nih, aku dpt dh lesen L! hahaha. L je pon.



*oho! muka aku cam nerd! aku x pakai contact lenses ok! Kkak yang amik pic aku suh buang spec*


Tadi pegi PSM, blajara drive kereta dgn sorang pak cik nh. Aku panggil ye, Pok Awi.

Banyak kali kot Kereta tuh mati..samapi Pok Awi tuh cam nk marah aku jer. Aku beselah, buat muka x bersalah =p

Aku x sukalah main2 tekan clutch nh. Sakit jiwa tau x?

Tekan clutch satu hal, time aku drive tuh, blh plak aku b'khayal..tengok2 dah masuk lorong orang lain. Yang buat aku sedar bila tangan Pok Awi pegang stereng aku.hahaha. Mesti Pok Awi rasa terancam kan? :D

Bila bosan kau drive kt jalan straigt, aku dgn selambanya tekan minyak. Waaa..cam pro je ek? Pah2, Pok Awi cakap, "bawak sampai 60km/j je.."..ok2..aku lepas balik minyak tuh =p

Paling aku x suka adalah kat traffic light tuh. Kena bermain2 clutch,gear,minyak,brek dan sebagainya~~~

Akhir kata, aku mau kereta automatik! hahaha.baru dapat lesen L cik fana ooooooiiiii =p

p/S; 8 kali dah bagitau mak yg aku nak bukak pose dgn 8 gelas air! haha.tamak!

Friday, August 5, 2011

BERIBU SESALAN

BERIBU SESALAN - JAC,NING,SHILA

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

P/S: HARI INI 5 OGOS 2011-5 RAMADHAN

wordless..



BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Thursday, August 4, 2011

Hari ini..

SALAM RAMADHAN yg ke 4!

Aku baru jer balik dari terawih nih.. Sangat best kalu terawih di rumah kan? hehe. Budak2 kampung aku nh cam Upin Ipin plak rasanya. Sume kecik2,comel,nakal2. Suka ikut tok imam baca surah2 yang diorang ingat. Kadang2 tuh sampai terlebih laju dari tok imam. Kalu kira, dah x sah kan? hahaha. so cute la!

Ok. Skang nh dah nak dekat mau bukak sem. X sabar aku mau pegi hospital.^^
Semangat je lebih, ilmu tarak..hahaha.

Dari pai tadi hinggalah skang aku on9 fb. Mau tengokla kot2 ada yg upload jadual posting, tp tarak ada lagi. -_-"

Healthy campus pun aku bukak berapa kali dah hari nih, mau tengok hostel, tapi still PETAS- PELAJAR TANPA ASRAMA. -_-"

x pa2..sabar2. Ujian di bulan puasa nh kan? :)

Wednesday, August 3, 2011

Hari ini..

Assalamualaikum.

Salam ramadhan yg ke-3 ^^

Letih2..baru balik dari bank. Tadi teman ayah pegi CIMB bank kat Mydin. Ayah mau bukak akaun dgn buat kad. Agak makan masa la, tapi x delah sampai satu jam. Dalam 30 minit camtu dah siap. Bagus2.hehe

Lepas tuh masuk kat Mydin jap. Beli barang2 dapur. cewah! aku jadi suri rumah jap hari nih. Mak aku x ikut. so, aku la yg pilih2 sayur! Sayur je pon..hahaha..tu pun 2-3 kali kot kol mak kat umah. Nak sayur mane? hahaha. Ok la tuh kn? =p

Ayah aku beli 2 batang ekor lembu. Batang ke? haha. Mak nak buat sup ekor lembu hari nih. Sape2 yg nak rasa, mai2 umah aku! hehehe.

Balik2 terus bukak laptop, mau tengok ade x lagi orang upload jadual posting 4th year.. x da lagilah..silalah cepat upload. Aku mau stand by dari segi mental dan fizikal! cewah! =p

p/s: kekuatan aku belum mencukupi.

Mengintai Dari Tirai Kamar

MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR-EXIST

Dinginnya angin malam ini
Menyapa tubuhku
Namun tidak dapat mendinginkan
Hatiku yang kau hangatkan

Terasa tercabarnya kelakianku ini
Dengan sikapmu menentanglah
Aku ini insan kekurangan
Senangnya kau mainkan...

Siapalah aku ini untuk
Memintal buih yang memutih
Menjadi permaidani seperti mana
Yang tertulis dalam novel cinta...

Juga mustahil bagiku
Menggapai bintang di langit
Menjadikan hantaran syarat untuk milikimu semua itu
Sungguh aku tak termampu...
Lyrics www.allthelyrics.com/lyrics/exist/

Silap aku juga
Kerana jatuh cinta
Insan sepertimu
Seanggun bidadari

Seharusnya aku cerminkan diri
Ku sebelum tirai kamar aku
Buka mengintaimu...

Aku start suka nyanyi lagu nih after baca novel '7 hari mencintaiku'. Novel nih sgt2 best. Page die blh tahan, dlm 1000+++. Aku habis bace dlm 3 hari.hahaha. Sebenarnya aku ingat part akhir je coz kat kulit buku tuh yg tuh je ditulis =p


-sumber dari Mr. Google-

p/s: knp USM letak aku PETAS????????????????? -_-"

Tuesday, August 2, 2011

YA ALLAH

Ya ALLAH, aku memohon kekuatan hati untuk terus tabah..aku memohon ya ALLAH..sesungguhnya aku hambaMu yg tiada kekuatan itu..Engkaulah maha mendengar ya ALLAH..

Monday, August 1, 2011

Doa buat kekasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang...


Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah...
Ya Tuhanku..yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup..ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku...
Bawalah die jauh dr pandanganku...
Luputkanlah dia dr ingatanku...
Dan peliharalah aku dr kekecewaan...

Ya Allah..ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh kedada langit..
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya....

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku..
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah engkau biarkan aku sendirian...
Didunia ini mahupun akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan...
dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama sama dapat...
membina kesejahteraan hidup...
Kejalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan
solehah...

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dr azab api neraka...

Amin...amin ..Ya rabbal'aalamin...

p/s: menanti penuh pengharapan selama 4 tahun. kalu ade jodoh, x kan ke mana..

KFCM putus tunang!

Assalamualaikum!

weeee...sebenarnye, byk benda yg aku nk citer. Tp lebih afdal kita citer yg HOT dulu? hehehe.

mai sini nak citer pasal Khairul Fahmi nih. Kenal x? sape2 yg x kenal siapa mamat nih, sila terjun longkang dgn kadar yg segera!! hehehe. Ala..penjaga gol Malaysia yg hangat after berjaya dlm piala suzuki tuh. Nickname dia KFCM. Mula2 aku x tau pun ape maksud dia KFCM tuh..cam name ayam KFC plak kn? =p rupa2nya KHAIRUL FAHMI CHE MAT...



Skang dh kenal? Hensem x? umo same dgn aku tuh! =)

Tapi, aku bukanlah nak citer pasal nickname dia tuh. Yg nh lebih hangat! X delah hangat sgt coz dah berlaku dlm minggu lepas agik.hehe. Korang mesti dah tau kan yg dia dah putus tunang dgn Elia. Sape2 yg x tau siapa elia, sila ke blog nh
--->jejariruncing.blogspot.com



waaaaa...sedih ok! kakak aku ingat aku gembira coz aku nh peminat KFCM tuh. Sedih beb! Aku follow blog tunang dia nh since M'sia menang piala suzuki hari tuh. Tu pun sbb orang kecoh2 sangat pasal penjaga gol Malaysia yg kononnya hebat tyme tuh. X tau nak salahkan sape dlm kes nih? Dengar citer KFCM curang. Aish..aku sangat2 pantang bile dengar kes curang2 nh -_-"

Salahkan KFCM? maybe..dah popular, dia mula lupa diri.
Salahkan Elia? maybe..coz dia terlalu menonjolkan ttg hubungan diorang.

Aish..pening aku pikir pasal nh..*mcm masalah dunia plak*

X pa2..aku yakin ade hikmah di sebalik yg terjadi nh. Kita x tau ape dia kn?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al-Baqarah: 216)

p/s: Ya ALLAH, bagilah aku kekuatan utk tabahkan hati yang lemah ini...

Hi!

ok! aku mau aktifkan blog ini smula! hahaha.

anyway, SALAM RAMADHAN~

p/s: byk benda nk cerita.

Pages