Monday, November 28, 2011

budak asrama

Bila anda menjadi seorang student yang tinggal di asrama tercinta....


1. Dapat bangun awal pagi secara automatiknya! kan? kan? kan? Kalu duk kat rumah, memang liat lah nak bangun tido, pukul 11am baru terasa nak bukak mata. Tapi, bila duk kat hostel tercinta, secara automatiknya, pukul 6am bangun, solat subuh, basuh baju, jemur baju, buat breakfast n kemas2 bilik. Konpem korang x buat camni kan kat rumah? hahaha. Nak basuh baju pon malas apatah lagi nak buat breakfast


2. 10 kali sapu bilik! Pantang kot tengok habuk2 sket, teruslah amik tisu, lap sana sini. Amik penyapu sapu bawah katil la, bawah meja la, bawah loker la...Kalu kat rumah, 10 kali mak suruh sapu pon belum tentu nak sapu.lalala~~~


3. Panaskan air dalam heater 20 kali.haha. Yang nih aku selalu buat. Malas nak isi air yang dah masak dalam botol n malas nak pergi isi air dalam heater balik..padahal pantri kat depan bilik je kot -_-"


4. Masak telur/hotdog dalam heater. Pernah buat? Aku x pernah lagi. Tapi kawan laki aku ajar aku camna nak masak2 benda2 alah tuh dalam heater. Tapi aku belum terbukak lagi nak buat camtu..lebih2 lagi pasal masak telur..yearrrrkkk!!! hanyir kot >.<


5. Ada stok2 makanan paling best di Universiti iaitu 'Megi'..hahaha.Nih makanan paling popular la kat kalangan students. Kalu x ada dalam bilik nih, macam pelik sket la kot aku rasa. Yang nih bekalan bila cafe tutup~


6. Setiap bilik kat hostel nih aku rasa mesti ada satu paket minuman Nescafe 3 in 1..takpun milo 3 in 1 kan2???? Minuman konon2 yang boleh stay up hingga pukul 2-3 pagi, tapi aku langsung x berkesan, collapse gak atas katil nanti.kekeke ;D


7. Mesti dapat stay up hingga pukul 2-3-4am dengan jayanya kan? Aku respect giler kat orang yang stay up 2-3-4am, bangun pagi sok, mata cerah giler..Dalam kepala aku terbayang2 yang mamat/minah nih mesti study giler2 nih..yelah hingga 2-3-4 am kot. Errr..tapi x taula kan kalu tengok citer korea.hahaha ;p


8. Depan meja tertampal notes itu ini..konon2 study kuat..ok, yang nih aku punya!hehehe..Tapi saje nak meriahkan suasana meja study. walaupun x study sangat, tapi bolehlah..ada la warna warninya..pah2 bila orang datang bilik, mesti orang puji meja aku cantik.hahaha.ok2..ini sifat mazmumah,sila jangan ikut! ;p


9. Ok, yang nih sesetengah orang je yang ada. Beli periuk elektrik n masak sendiri dalam bilik. Aku tengok jiran2 bilik aku selalu gak masak time2 hujung minggu. Diorang beli sayur2 n bahan2 masak n prepare kat pantri depan bilik aku nih. saje gak la keluar bilik 2/3 kali..kot2 diorang ajak join makan ke..tapi x ajak pon!!!!!!!!!!!!!! hahaha. x kenal, memanglah x diajak! ;p
p/s: lain kali aku nak tegur ''masak ke?'' mana la tahu kan, kot2 dia bagi sket.hehehe.


10. Aaaaaaaaaaaaa...yang nih terbaik!!! seorang student U akan ada pasangannya di U. Eh, ayat apa nih? hahaha. Korang mesti perasan kan kalu pergi U mana2, mesti ada lovely couple kan kan kan???? Nak gelak pon ada gak coz benda tuh cam wajib je eh? Asal masuk U, mesti ada sorang bf/gf smpai aku tengok 2 orang tuh cam x sepadan kot..eerrr..cam tangkap muat je?? ok2..x baik mengumpat di blog sendiri! ;p


p/s : sy budak bawah umo! x kan mengalah! yey! ehhhh??? hahahaha :)

Thursday, November 24, 2011

doa tenang

Ayat Al Baqarah 216 menyebut

“…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. “

Doa ayat 286, surah al Baqarah:

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain.

ALLAH menghapuskan apa jua yang dikehendakiNYA (Ar-Ra'ad:39)

Amin.


Andai dia buka jodoh aku,aku redha dan Engkau jauhilah hati aku dari hantinya dan begitu sebaliknya. Hanya kepadaMu aku memohon segala2nya

medical student's life


Medical student's life

6.00am-7.30am :
Bangun pagi, amik wuduk, solat subuh.
kemas2 katil, iron baju, mandi, on9 jap..siap2 g ward

7.30am-10.00 :
Jalan2 pergi ward, redah patients kat clinic pesakit luar,
kejar lif yang dah nak tertutup, masuk lif dengan jayanya~
sampai ward, letak beg, pergi menempek kat katil patients mana2..
clerk itu ini, buat examination itu ini~
MO mari, ikut MO round ward.
Specialist mari, ikut specialist round ward.
doc tanya soklan, xleh jawab, kena marah, so senyum :)

10.00am-1.00pm :
Habis round, ada clinical teaching sejam setengah.
Habis teaching, kalut amik beg pergi breakfast kat cafe.
Dah siap2 makan, berebut pergi ke dewan bedah(OT).
Dapat tengok 1/2 cases, dapat sign doc, turun ke clinic plak.
Sampai2 clinic pukul 12.45pm.
Peatients dah nak habis.
Hulur log book, dapat sign.hahaha. ;p

1.00pm-4.30pm :
Pergi cari surau kat hospital, then solat zohor.
Rest 30 minit b4 kelas pukul 2pm start.
Kelas start, dengar denagn "tekunnya",
(otak duk pikir makanan apa nak beli balik nanti!).
Habis perentations dari students, doc panggil nama nak jawab soklan
ikut namelist kat depan.
Selalu berdoa agar nama x disebut..tapi hampa!
"FARHANA! mana FARHANA?"
tersengih2 nak jawab. pah2 guna telepati dengan kawan mintak jawapan ;p

5.00pm-7.00pm :
Sampai bilik, solat, makan, on9 jap, tengok citer.
Then,siap2 nak pergi onkol plak~

7.00pm-11.oopm :
Pergi ward, usha2 patients yang baru masuk.
Clerk itu ini, examine itu ini, ikut doc rounds~
Balik bilik, terjun atas katil dan...
ZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

p/s: bukan senang nak belajar selamatkan nyawa orang :)


Wednesday, November 23, 2011

hari ini

ASSALAMUALAIKUM

Kenapa ak suka sangat tido skang nih??? -_-"

kalu duk kat ward, semangat nak tau diseases itu ini,

then, bile balik bilik, terjun atas katil then ZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz..

dahlah duk single room, memang syok la kan

kalu tido2, x bangun2..adehhh..

dahlah skang nih bumi kelantan nih hujan 24jam,

lagilah trigger aku nak buat taik mata dengan banyaknya~

Semalam aku tidur awal,11pm..

then, terbangun pukul 3.00am.

Terkejut coz tingkap bilik aku terbukak,angin kuat masuk dalam bilik.

Langsir plak duk lambai2..

Aku dah rasa cam x sedap hati nih..

tengok2 kat luar, hujan lebat+ribut kuat kat luar.

pokok2 memang ke kiri kanan dengan kuat,

pintu kat bahagian tangga hostel nih dum dam dum dam je.

Aku nih dahlah penakut.

Dalam kepala aku memang pikir bukan2la..

dan cam biasa, aku dah x leh tidur dah lepas tuh..

tiba2 rasa cam nyesal coz apply single room -_-"

Ok, tuh cerita pasal semalam..

nih cerita hari nih.

kelas iv fluid therapy tadi x tau apa2..

waaaaaaaaaaaaaaaaa.....

tensen plak. Aku,aida n padmini try kot nak paham

apa yang doc bagitau,

dan akhirnya, kami bertiga gagal memahaminya.

Bila tume doc tanya, sume paham ke? ada soalan x?

sume cakap paham, yela..dah lapar kot ;p

Lately, aku suka makan, makan, dan makan. :)

p/s:

1. start hari nih, aku nak berdikari! aku x nak dah mesej orang suh teman kalu aku takut malam2, aku nak buat cool je..

2. musim study dah tiba! jom same2 kita study~

3. x kenal, maka x cinta :)


Monday, November 21, 2011

be strong

SURGERY POSTING

Posting yg paling byk kuar air mata.

Aku agk senstitif sket minggu nh.

Tension.Tension.Tension.

Logbook, case write up, study ntah ke mana, exam 2 minggu lagi.

Aku bkn budak pandai.

Aku budak biasa je.

Aku bkn kaki study.

Mood study aku swing2..

Mood study aku akan meningkat bile aku study calculation..
bukan study fakta.

Andai aku bukan budak medic skang nih...

Aku mungkin dah grad sebagai budak arkitek.

Mungkin dah keje?

Aku x salahkan takdir yg bawak aku ke medic.

Aku cuma nk org paham yg aku budak otak math transform ke budak otak biology.

Aku bkn FARHANA dulu.



Aku tau yang aku dah jatuh hati kat medic since aku 2nd y.

Aku nak teruskan medic aku..
aku yakin yg aku akn dapat apa yg aku impikan
sbb di belakang aku, adanya doa2 mak n ayah aku.






farhana, be strong! :)






Thursday, November 17, 2011

ASSALAMUALAIKUM..

Minggu ke-3 posting surgery

1. Log book cam masih lagi suci dalam debu..aku nak komen pasal log book time feedback nanti boleh? Agak2, aku kena 'tembak' x dengan Dr. I????? ;p

2. Hidup x terurus minggu nih. Terpakasa bangun awal pagi nak siap2 pergi ward b4 pukul 7.30am. Coz aku skang duk team A under Dr. I..terbaik dari ladang! Patients2 kadang2 masuk ward tengah2 malam, so x sempat nak cerk patient, kitorang clerk folder (aku harap x ada la mana2 Dr. yang baca post aku nih) ;p

3. Study pun tunggang langgang -_-" . Tiap2 malam pergi oncall. Letih tahap gaban, tapi terpaksa demi log book tercinta :D

4. Kelas banyak postponed. Aku pun x tahu kelas apa yang dah ada, apa yang belum ada..tahu2 dah ada orang post kat fb hari nih ada kelas bla bla bla~~

5. *iklan jap* Aku tengak duk layan citer Heartstring skang nih. Citer tuh sangat comel ok!! Hero n heroin tuh pernah berlakon You're beautiful..Laki tuh time berlakon citer you're beautiful, aku langsung x pandang dia..yela..bukan hero kan? Tapi, bila tengok Heartstring, aku cair tengok dia.hahaha

6. Sesunnguhya, hari nih, aku sakit kepala+flu+demam+sakit tekak..so, after maghrib tadi, aku telan 2 bijik panadol..then, tido samapi x ingat dunia..bangun2, kawan nak datang bilik, borak2 sket, mata cerah, so semangat nak sambung citer..dan skang nih aku rasa cam aku nak tido lagik, lagik dan lagik!!!! ;D

Friday, November 11, 2011

melalut 1

SILAP AKU JUGA KERNA JATUH CINTA,
INSAN SEPERTIMU SEANGGUN BIDADARI,
SEHARUSNYA AKU CERMIN DIRIKU
SEBELUM TIRAI KAMAR AKU BUKA UNTUKMU..
lalalalalalalalalalalalala~~~~~~~

Kat atas tuh lirik lagu semata2, x ada kena mengena yang hidup mahupun yang meninggal dunia. Eh,lagu nih best la! Aku minat lagu nih coz lirik dia ada tertulis dalam novel yang paling aku suka baca tuh ^^

Kesimpulannya, aku bosan + sedih coz esok nak balik USM da..
Dah x leh lepak2 camnih..lepak2 sambil tengok citer n makan2..Serius, aku x study pon balik nih, buat berat beg aku je bawak bailk buku surgery tuh.Dah la tebal! -_-"

Balik USM nih kena mengadap nota2, buku2, doktor2, logbook yang masih suci tuh..;(

p/s: aku harap kaito kid mari USM dan culik aku ke Jepun, then dapatlah aku jumpa Shinichi. Ok2..aku melalut lagi ;p

Thursday, November 10, 2011

nightmares

ASSALAMUALAIKUM!

Hari nih 11.11.11..cun kan? agak best kalu tunang ari nih, kawen 12.12.12..hahaha.ok2.aku mengarut.

Semalam aku mimpi ngeri lagi. 2 kali dah aku mimpi yang mengerikan tentang SURGERY nih
-_-"

2 hari lepas, aku mimpi aku pergi ward 2Intan cam bese..tengok patients hanya ada 5 orang je untuk team A..Pah2 aku pun pergilah kat salah sorang patient tuh. Aku try nak clerk dia, baru bagi salam, dia dah tarik selimut sampai ke muka sambil cakap "x se kecek gapo2.." dushh!!! Sedih aku, patients yang lain, sume dah ada student yang cover, yang tu je belum covered. Aku dah cuak giler coz team A kan under Dr. Isma..nak menangis aku...............then, aku pun bangun dari tido..So, mimpi aku x sempat nak habis.hahaha..

Semalam aku mimpi lagi..Aku kan balik USM esok(sabtu), so aku ingat nak pergi ward Ahad(Ahad cuti) tuh, saje2 la coz nak tengok ada patients sakit apa kan...x tau camna, tiba2 aku ter'miss' clerk patient. Tapi, aku still pergi ward. Sampai kat ward, doktor x mai lagi..So, aku pun nak pergi mandi kat bilik air ward tuh(aku x tau kenapa aku kena mandi kat ward dalam mimpi aku ;p)..Sampai2 kat bilik air tuh, aku nak masuk toilet. Aku bukak satu2 pintu bilik air tuh. Boleh plak aku ternampak janin mati dalam mangkuk tandas??? Nih mesti akibat tengok berita buang bayi banyak sangat nih. Toilet kedua plak aku jumpa bayi 1/2 bulan camtula terendam dalam mangkuk tandas. Mata tertutup..Entah camna la, Dr. Azhar n students yang lain masuk dalam toilet tuh nak buat ward round???? -_-" Tiba2 Dr. Azhar seru bayi yang dalam mangkuk tandas tuh, then bayi tuh terjaga ok!!! Aku dah seram semacam. Lepas Dr. Azhar cakap sket2, then dia ajak balik ward 2Intan..Dia cakap camni, "ok! masa untuk kehancuran awak semua" Aku dah kecut perut coz aku x clerk patient pon agik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tiba2, aku dengar, "adik, bangun! jom makan"..hahaha, mak aku kejutkan aku, so, mimpi aku stop camtuh je ;p

Mimpi2 menagrut nih akibat posting Surgery yang amat scary ok! waaaaaaaaaaaaaaaa...lambat lagi nak habis posting nih, 4 minggu agik!!!

p/s: case write up dah siap.lalalalala.jom kita menyanyi sambil menari.lalalala~~~

Budak kaca mata


ASSALAMUALAIKUM!

Korang tau x yang lately nih mata aku makin rabun? ye! walaupun aku pakai spek mata yang power dia boleh tahan tinggi tuh pun aku still rabun -_-"

Bila ada seminar/class yang aku kena tengok slide show, memang aku jadi sakit hati coz aku x nampak apa2 pun kat depan. Stress ok!

So, cuti nih, aku pun pergilah menonong kat kedai optometrist. Check punya check, power mata aku semakin meninggi bak gunung everest..ok2..ayat propa tuh.hahaha ;p

Power mata sebelah kanan aku yang asal 850, sebelah kiri 850..ye! power aku memang tinggi..kalu orang lain, total power mata kanan ngan kiri 850, tapi aku 850 untuk setiap mata. Ini akibat bila tengok citer korea waktu2 tengah malam..orang lain dah tido, aku stay up kot nak tengok citer..tutup sume lampu, bukak laptop dalam gelap. tuh salah satu factor gak ok? -_-"

Power skang aku dah tinggi sket dari asal. Yang sebelah kanan 925, yang sebelah kiri 875. So, alang2 aku nak tambah power, aku pun gatal tangan gak pilih bingkai spek baru. Eh, bukan sengaja, tuan kedai tuh cakap yang spek aku dah nazak, mudah patah bila dia nak pasang cermin baru nanti~~~

Jom, usha spek baru!





Nih gambar ngan spek lama aku..ok2..aku tau gambar nih agak over?? hahaha.gambar nih time open house rumah kawan ayah aku..Muka kekenyangan, sebab tuh jadi camnih ;p
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



OK! Nih spek makcik bedah nak pegi pasar..lalala.Saje pilih spek nih, spek budak nerd+skema. walaupun hakikatnya jauh panggang dari api.hahaha ;D *ok,abaikan bantal kat blakang*



Akhir kata, jaga dan peliharalah mata anda ok? ;p

p/s: malam nih nak tengok RAYA TAK JADI..ok2..aku tau case write up pun x siap agik! ;p

Wednesday, November 9, 2011

MALU



ARghhhhhhhhhhhhhh...NO NO NO NO! aku malu tiba2!!

X leh nak cakap coz nanti lagi malu!!!


p/s: case write up x siap2 lagi. esok jumaat,lusa sabtu..USM dah melambai2 tuh! -_-"


wordless wednesday


same with me? ;p

p/s: gdluck adik2 nk SPM nxt week! ^^

Saturday, November 5, 2011

riang ria surgery??



ASSAlAMUALAIKUM..

Yeay! esok RAYA oooiiiiiii..tp, entry kali nih bukan nak citer pasal raya, tp mau citer pasal memori posting 'terbaik' setakat nih.

Minggu lepas aku balik umah kan? alaa..cuti untuk deepavali tuh. Aku x sambut pon deepavali,tapi disebabkan aku nih semangat 1MALAYSIA, jadi, aku pon baliklah umah tercinta. OK! ayat propa je lebih nih.hehe. Aku mai balik USM hari sabtu, then aku pon kalutlah pergi ward hari tuh coz nak clerk pt DM untuk seminar pharmaco n cover case neuro kat 2Intan. Memang hari tuh hari letih sedunia kot. Baru sampai USM, pergi ward---> tengah malam. Sampai bilik, terjun ke katil dan ZZZZZZZzzzzzzzzzzz..

Esoknya, pergi ke ward dengan hati yang riang ria.cewah! hahaha. Pukul 8- 8.45am camtu la kitorang ikut MO round. Then, kitorang turun ke Endoscpy depart. Niat di hati memang nak penuhkan logbook je la time tuh. Tiba2, Aida yang duk kat 2Intan kol, "cepat naik, dr a**** (specialist) datang nih, dia marah2"..ZUUPP!!! cam belati menikam di hati! ok2..ayat propa lagi.hahaha. Kalut2 naik 2Intan balik. Sampai2 kat 2Intan, kena sembur baik punya ngan dr a****. Dia marah coz kitorang pergi endoscopy time urology posting..tapi, dalam jadual cakap boleh..uhuk2..tapi aku x berani nak bagitau time tuh. Dahlah 2 orang team aku x cover case(pt sikit je time tuh), lagilah dia hot..habis satu ward dengar dia marah team kitorang.. bab malu tuh x yah cakap kot! Makcik2 yang jaga pakcik2 kat situ, sume terdiam. Yang duk kat bed sebelah sana, siap jenguk2 agik kitorang yang kena marah time tuh..muka time tuh sume tebal2..habis je dr bebel (dalam 30 min gak la dia bebel), dia suh kitorang cover sume pt urology kat 2Intan n 3 U..kitorang pun bahagi2 la pt, then copy sesama sendiri. Nasib baik 3U ade sorang je pt time tuh. Kitorang habis clerk pt dalam 3.oopm..bayangkan start 11.00am-3pm clerk pt, buat hopi dan bla2..otak time tuh memang tepu giler!!!

After dah siap sume, kol balik dr a****, dia cakap, jumpa pukul 4.00pm balik kat 2Intan. Dia nak sorang2 present case. Takut tuh, x yah cakap lah kan. Pukul 4.00pm, gather balik..tup2 dia x datang coz ade hal, so dia serah kitorang kat dr.mike,dr.asmah n dr jamiey. Nasib bek diorang baik..tp agak tegas. 90% case kitorang yang present salah..hopi x lengkap..tapi memang betul pon.hehehe..time tuh, baru aku tau yang kitorang x boleh tulis chief complaint: electively admitted bla22...kena tulis apa reason dia refer case kat situ. Dapat lah ilmu kat situ..banyak benda la dapat ilmu hari tuh ngan diorang. Walaupun penat, tapi memang best! Kitaorang balik bilik pukul 7.00pm. Malam tuh kena datang ward lagi coz nak cover pt untuk keesokan hari plak. Adehh..

Memang minggu lepas, minggu yang x menyenangkan hati kitorang as team urology. Sampai je 2Intan, sume kalut clerk pt. Then, debar2 tunggu dr a**** datang. Pantang tengok pintu ward terbukak, mesti jenguk2 dari jauh takut dia datang.haha. Lawak plak bila pikir2 balik. Tapi, serius dr a**** tuh memang baik. Coz hari tuh kitorang pergi clinic. Dia ajar macam2 kat kitorang. Aku rasa, kalu kitorang x kena 'basuh' hari tuh, memang x insaf la kot.hahaha. Tapi kan seriuslah, posting surgery memang tensen. Lagi tensen bila dr i*** cakap yang akan ramai orang fail untuk surgery coz attendant n bla2..especially bab surat 3x..Aku ngan geng2 urology dah send 1 letter untuk dr coz pasal lewat ikut round ngan specialist.tuh..Kawan aku dah nangis kot dengar bab2 fail nih. Aku pon dah cuak. Buku log masih suci dalam debu~~~

AAAAAAAAAARRRRRRRRRrrrrrgggggggggggggg..betapa leganya aku bila dapat cuti raya haji seminggu nih coz dapat lari dari surgery.hahahaha. Bak kata kawan aku banyak kali air mata tumpah hanya kerana posting surgery~~~




dan aku mahu berfikiran positif!!!
bahawasanya, kalu x kena marah dengan doktor kat ward,
bukan medical student la tuh.
*_*

Pages