Thursday, May 24, 2012

On Call & Per rectal examination!

ASSALAMUALAIKUM!!!

Hari nih aku oncall untuk team neuromedical! Best giler doktor oncall kami.ngeh ngeh. Dr. Jason. Cool beb! Alkisahnya,biasanya kitorang oncall malam, tapi kawan aku, Hidayah sms doktor tuh awal2 nak tanya caman oncall kitorang. Then, doktor tuh pun reply, if ada patient, dia akan sms balik untuk bagitahu. So, dalam diam2 kami sorak kegembiraan kerana peratusan untuk tiada patient sangat tinggi (ini impian kami semata-mata).hahaha. Tup2, dapat mesej dari doktor pukul 1.00pm..patient bed 19 ward 4 S.. Terkejut kot?? terus kalut pergi ward. Sampai2 ward, aku, Hidayah n Lau clerk pakcik tuh. Lepas clerk, buat PE sket. Then, doktor tuh pun datang..discuss sket pasal penyakit pakcik tuh then dia suh aku buat PE. Lepas tuh, dia tanya lah anatomy. Muscle nh supplied by what nerve? Terkulat2 kami bertiga.hukhukhuk. Tapi, doktor tuh baik.Sangat2 baik. Dia senyum je, then tolong bagi jawapan.hahaha. Agak kecewa di situ sebab banyak x dapat jawab soalan dia..sume soalan basic plak tuh..adoiii...kitorang stay kat ward 4s tuh hinggalah pukul 4.30pm. Ingatkan dah boleh balik, rupa2nya doktor tuh suh follow dia pergi A&E(wad kecemasan).

Sampai je kat A&E, pergi bay 2. Tengok2 female patient, 64y.o, unconsciousness. Best kot tengok Dr. Jason tuh buat PE kat patient yang koma. Baru aku tau camna nak test cranial nerve kat patient coma.hahaha. Dan aku pun baru tahu method lain nak buat babinski test..bahagia gila aku.hahaha. Lepas tuh, kitorang ikut doktor amik history dari anak patient. Anak dia cakap yang patient tuh mengadu najis dia warna hitam. Doktor pun suh kitorang pergi check samada melaena(najis kaler hitam) or tak. Aku pun dengan tercengang2 pergi tanya doktor balik "do per rectal examination dr?''. dan jawapan dia haruslah YA! Dengan confidentnya aku pergi amik glove dengan gel. Dalam hati cuak kot coz x pernah buat. Tapi nak try gak coz nanti bila dah jadi HO, kena buat gak. Sampai kat bed patient tuh, bukak pampers, balikkan badan dia suh mengiring sket, letak gel, baca bismillah, then .................................................YEAH!!!! Aku berjaya! hahaha. Itu adalah MELAENA! Sengih sorang2 aku.hahaha. Ok.bye! itu je yang aku nak citer bahawasanya aku amat excited buat per rectal examination.hahaha XD

p/s: Per rectal examination adalah pemeriksaan 'laluan belakang' anda. :)





No comments:

Post a Comment

Pages