Friday, July 5, 2013
Wassapp
Assalamualaikum~!!
Minggu nih minggu ke-2 menjadi penganggur..ecece..dah abis belajar, siap bahasakan diri sendiri sebagai penganggur kan? ahaks..haruslah. Sebelum nih sebagai pelajar je time waktu cuti. So, skang nih secara rasminya sebagai penganggur tetap di rumah sendiri. hahaha. Untuk pengetahuan semua, aku dah pun selamat abis belajar 2 minggu lepas, dan alhamdulillah, berjaya memegang title Dr. Farhana. Time aku study weeks ari tuh, banyak benda aku nak share perit jerih(ada ke ayat nih?) sebagai medical student, sebelumnya bergelar Dr...tapi, aku tak ada mood. (sila rujuk previous post). Kat FB pun tak banyak sangat aku post gambar after result..maksud aku time white coat ceremony,gradnite n etc...ntahlah..sedih tuh masih terasa. Dan aku sedaya upaya menjaga hati semua pihak~ (ecece bajet cam retis ko fana ye.hakhak)
2 minggu kat rumah. 2 hari lepas aku baru je kemas bilik nih. Tambah barang aku dari USM ke dalam bilik nih. Punyalah pening kepala. Tak tahu yang mana penting yang mana tak. Tapi semua nampak penting. Tapi apakan daya aku, aku harus mebuang sebahagian daripadanya..wooii..ayat tak leh blah skema.hahaha. So, bilik aku skang nampak la macam bilik. Enak skali dong duk lepak dalam bilik nih. Bilikku,syurgaku~~
Bangun pagi, seperti biasa, makan, terlentang kat ruang tamu tengok TV, pegi dapur cari makanan, bawak makanan ke ruang tamu balik, sambung cerita dan pegi dapur balik cari makanan dan tengok TV dan sebegitulah seterusnya. Bosan? Nope~!! aku happy.hahaha. Sebab aku tahu lepas nih aku tak akan ada masa nak membuang masa macam nih.hahaha. Melancong? Malas. Lagi malas kalau time tengah sengkek skang nih.hahaha. Skang nih kan, nak turun tangga rumah pun malas. Betapa malasnya nak berjalan-jalan keluar rumah. Kalau keluar pun sebab teman mak ayah pegi beli barang dapur..tupun dipaksa.ahaks~
Aktiviti seterusnya adalah menonton korean drama yang lama2.hahaha. Tak da keje kan? Orang lain duk sibuk tengok yang baru, aku duk tengok yang lama punya.hahaha. Aku malas nak tengok yang baru sebab banyak sangat. Tak tahu yang mana best. Yang lama2, besenye best.kan? kan? kan? hahaha. Ala..aku bukannya kaki korea sangat. Saja nak tengok hilangkan stress. Aku kalau stress or rasa cam sedih, aku akan layan korean drama yang heroin dia clumsy giler then hero dia adalah jutawan yang jatuh cinta kat heroin. Lepas tuh aku duk positifkan diri bahawasanya seseorang yang clumsy seperti aku akan dapat jejaka idaman yang hensem lagi kaya raya.kuikuikuikui.
Ok.setakat nih je post aku. Permulaan berblogging untuk sepanjang cuti nih. Next entry mungkin lebih berfaedah sket.eheks~!!
p/s: 3 days to go for Ramadhan al-mubarak =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment