Monday, June 24, 2013

Alhamdulillah



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 20/6/2013, khamis lepas, officially Dr. Farhana. Hanya ALLAh saja yang tahu apa perasaan aku. Gembira, terharu juga sedih. Selama 5 tahun bergelumang dengan buku-buku, notes, patients, air mata, akhirnya aku berjaya sampai ke tahap ini. Time aku 1st year, aku hampir2 nak tukar course. Aku fail 2x selanjar time 1st year. Aku rasa down gila2. Dan saat-saat aku hampir 'lemas', aku terjumpa ayat ini,

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." -Al Baqarah 216

Aku menangis lepas baca ayat nih. Aku kembali jadi kuat. Aku hanya yakin kepada kekuasaanNYA. Kalau Dia dah kata kun fayakun, maka jadilah ia. Sepanjang 5 tahun ini, kekuatan aku hanyalah berdoa. Ya. Berdoa. Dan alhamdulillah, selepas kegagalan 2x time 1st year, perjalanan aku menjadi mudah. Terima kasih Ya ALLAH. Usaha dan juga diiringi dengan doa dari mak n ayah, serta berkat keasabaran, insyaALLAH, pasti membuahkan hasil. :)

Tapi, kejayaan aku bukanlah kegembiraan sebenar2nya bila melihat rakan2 aku terkandas untuk 6 bulan lagi. Aku tak  tahu nak buat apa. Apa yang mampu, aku hanya berdoa. Mereka mengatakan aku tiada perasaan. Tapi mereka-mereka tidak tahu apa perasaan aku. Tidak tahu berapa banyak air mata ku dah jatuh. Hati aku kosong. Hanya aku, dia, dan DIA saja yang tahu kesakitan itu. Sepanjang 2 minggu kami berusaha bersama2, mengadu nasib sesama sendiri, bermotivasi sesama kami, tapi takdir mangatasi segala2nya. Sebak. Hanya ALLAH saja yang tahu. Tapi aku tak berdaya. Sungguh aku tak berdaya. Segala2nya dah tertulis. Mungkin ini ujianNYA. Aku harap dia & mereka jadi kuat. Kuat hati serta iman. :')

insyaALLAH, 6 bulan mendatang, cahaya akan muncul :)

insyaALLAH, kalau ada jodoh kita jumpa lagi :)

Berdoalah. Sesungguhnya doa adalah senjata utama untuk umat islam. Aku sentiasa berada di belakang :')

Semoga perpisahan jasad, tidak memisahkan hati kita. 


:)





No comments:

Post a Comment

Pages