Korang ada angan-angan? Yup! angan-angan, bukan impian. Hahahaha. Mungkin bagi orang lain, angan-angan=impian. Tapi bagi aku tak. Impian macam cita-cita kita yang harus kita laksanakan untuk menjamin masa hadapan kita sebagai contoh nak jadi doktor, nak beli rumah besar nak beli kereta. Kalau angan-angan, ianya lebih kepada harapan kita yang umpama kepulan awan kata atas tuh. nampak best je kalau disentuh, tapi amatlah mustahil untuk disentuh. Secara ringkasnya angan-angan kalau tau kita laksanakan pun tak menjejaskan masa hadapan kita sangat. Eh? Apa aku cakap nih? hahaha. Oklah. Sukati lah. Sapa-sapa yang rasa angan-angan=impian, korang bolehlah baca post nih sebagai impian aku walaupun sebenarnya adalah angan-angan aku. Apa yang aku mengarut lagi nih? kehkehkeh =p
Aku tak pinta berbilllion-billion angan pun.
Hanya dua. Ya dua.
Angan-angan pertama:
GUNUNG KINABALU
Yup! Sejujurnya aku nak sangat-sangat-sangat pergi panjat Gunung Kinabalu nih. Nih semua gara-gara aku tengok cerita Hatiku di Kinabalu tuh.hahaha. Semangat lagi bertambah bila blogger Hanis Zalikha ada bercerita pasal dia pergi panjat gunung nih awal tahun 2013 kat blog dia. teruja beb~!! Aku pun bersemangat lah google info pasal Gunung Kinabalu nih. Survey punya survey, poket perlu ada sekurang-kurangnya RM3000 (tiket fly pergi-balik,panjat,shopping,makan). Aaaahhh. Aku dah aim. Satu hari nanti aku mesti pergi jugak kat sana. Nak panjat Gunung Kinabalu sambil nyanyi lagu nih
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu..
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu..
Hehehe. Aku dah ingat dah lagu nih. Satu rangkap nih jela. Panjang lagi sebenarnya lagu nih. Cukup lah hafal satu nih je kan? hehehe. Orang cakap nak panjat gunung nih perlu ada stamina yang kuat meaning kita kena training berbulan-bulan naik turun bukit and jogging supaya keadaan kita okey di sana. huhuhu. Aku bab-bab exercise nih dah lah malas. Lebih-lebih lagi time 'tanam anggur' nih. Nanti dah keje, lagilah malas bertambah-tambah. *sigh*
Btw, dongeng Gunung Kinabalu nih ada pelbagai jenis tau. Ada yang cakap puncak dia jadi tajam macam tuh sebab ekor naga pukul. Story pasal naga nih aku kurang ingat sket. Kawan aku dah cerita dah pun tapi aku tak berapa nak ingat sebab aku lebih tertarik kat next dongeng dia. Asal-usul nama Gunung Kinabalu nih dari balu cina. Kisah dia tentang kesetiaan. Yeah~!!! that's why aku nak panjat sangat panjat gunung nih. Nak amik badi kesetiaan itu.hahahaha =p
Angan-angan kedua:
BULAN & BINTANG
Aku nak sangat, satu hari nanti aku akan ada peluang baring atas rumput di padang yang sangat luas, tengok bulan dan mengira bintang sambil makan aiskrim bersama yang tersayang. Kami akan bercerita itu ini, kisah suka, kisah lawak juga kisah sedih. Berjanji setia berbahagia bersama hingga ke syurga. :')
Btw, yang tersayang itu haruslah sudah halal untuk kami berdua, kalau tak, nanti kawen free.hahahaha.
wassalam. Salam Ramadhan ke-8 semua~!! :)
.
No comments:
Post a Comment