Monday, December 31, 2012

Bye 2012!

.
Hari nih hari terakhir menjadi seorang manusia yang berumur 23 tahun. Bertambah usia satu tahun, dan semakin dekat dengan kematian. Tahun 2012. Orang cakap tahun nih akan ada kiamat. Sebab 21/12/12 jatuh pada Jumaat (kiamat hari jumaat). Tapi tak ada pun. Eh, korang percaya ka? Aishh..tak baik percaya benda-benda semua tuh sebab tanda-tanda besar untuk hari kiamat masih tak kelihatan. So, sila jangan tersesat. :)

Ok. Sekarang nak bercerita pasal 2012 aku. Cewah! haha. Tahun nih banyak benda berlaku.

Awal tahun + Pertengahan tahun .

Menjadi sebagai pelajar perubatan tahun 4 yang banyak gila melalui posting itu dan ini. Tahun nih banyak kenal rapat dengan kawan-kawan satu group aku yang selama nih aku rasa diorang macam orang asing ja.hahaha. Awal tahun yang menjadikan aku kaki jejalan. Awal tahun yang enak bersuka ria sesama kengkawan satu group. Pergi menapak sesama di Jeram Linang. Sambut besday sesama kami, me n ikmasiahkak yana n selebihnya yang aku tak update di sini.haha. Jejalan reramai lepas dapat tahu cool blog baru bukak kat depan nih. Gaduh2 sambil tarik rambut sesama kami.eh? tarik kolar ja.haha. Kami gaduh sekejap2, dan baik2 semula. Biasalah, gaduh adik beradik.;p Dan satu lagi berkenduri makan durian selepas aku sedih exam clinical O&G aku hari tersebut.sekian. >.<

Involve MSFT punya program. Mungkin yang ini last kot? Dah tak kesempatan je aku nak involve lagi nih..sedih la plak.hoho. Dan secara julung2 kalinya aku menjadi exco tempat untuk grad nite senior aku. Pengalaman paling best buat aku walaupun time tuh aku tengah pulun posting O&G. Sebab grad nite tuh, aku ada kawan baru kat fb, .hahaha.betol la! aku susah giler nak accept someone tuh jadi aku punya friend kat fb. Kalu aku accept korang punye fb untuk jadi kawan, maknanya korang bertuah.hakhak. Tapi sejujurnya, aku sangat enjoy time pembikinan majlis tuh. Terima kasih buat saudari yang menjemput saya menjadi sebahagian daripada geng2 makan malam.hahaha.

Akhir2 tahun. 

Pengahiran tahun yang tak berapa nak bergembira sangat. Aku terpaksa berpuasa 3 minggu di USM nih selepas dinobatkan menjadi sebahagian daripada student 4th year yang remedial.ok fine! Yang nih bagi aku sangat kelakar. Lepas dapat tahu kami (2-3-5 org lagi kawan aku) yang remedial, dari pejabat akademik, ke HEP, ke stesen bas dan naik atas bas nak balik rumah mengenangkan nasib kami sebagai budak remedial.haha. Bila teringat balik, ada hikmahnya kami remedial. Tak payah bersusah payah pikir pasal elektif. Tapi terpaksa bersusah payah pikir pasal nak lulus naik tahun 5.haha. Tak payah pikir nak pergi hospital naik apa untuk elektif. Time tuh, kesedaran sangat tinggi. Study betul2 for the sake of future. Sanggup berkorban time tidur. Belajar banyak benda dari doktor. Dan akhirnya kami berjaya lalui semua itu beb! weee~~

Dah naik tahun 5. Kami masih kanak-kanak ribena yang riang yang memerlukan kasih sayang.haha. Kepahitan naik tahun 5 rasanya lagi banyak kot dari 4th year. Dulu, kalu rasa cam stress tak nak study, letih ke apa, stop study, tutup buku/notes pergi tidur. Sekarang nih nak buat macam tuh kena pikir 2-3 kali sebab final year dah dekat kot?? huhu.




Azam tahun baru 2013 kali nih sangat simple. Aku nak BERGRADUASI. Itu sahaja. Please, doakan kami semua lulus PRO 3 bulan 6 nih. Dengan itu, maka kami semua officially, DR.___________(sila isi nama masing2) . insyaALLAH. Amiinn :)












Monday, December 24, 2012

contengan


Hari nih hari Isnin.
24 December 2012.
Habis dah posting psychiatry buat kesekian kalinya.
Balik bilik ingat nak tidur.
Baring2.
Pusing kanan,pusing kiri.
Tapi tak tidur2.
Banyak gila benda yang aku pikir.
Perkara yang tak sepatutntya aku pikirkan.
Sebab?
Sebab aku tak tahu apa akibat dia.
Bagus atau buruk.
Tapi, sebagai manusia terpikir gak.
Kadang2, tak paham dengan perkara di sekeliling nih.
Aku yang hipokrit atau dia yang hipokrit?
Atau 'kami' sama2 yang hipokrit? 


Mungkin 'kami' patut pikirkan sama2.
Serius sesama 'kami'.
Tidak lagi main2.


24 December 2012,4:26pm

-farhana-







Saturday, December 22, 2012

Hatiku di Kinabalu


Hujan sepanjang hari nih.
Mata tertacap kat notes, fikiran melayang2.

Baru habis tonton cerita Hatiku di Kinabalu.
Sedih.menangis siap aku.heh.







Starting cerita nih best, kelakar n comel.
Memang berkesan la diorang brlakon.
Macam real cinta mereka tuh.

Heroin dia Q, sabahan. Hero semenanjung.
Hero nih pernah bersumpah kat kawan dia,
if dia jatuh hati pandang pertama kat someone,
dia akan panjat gunung kinabalu.
Dan sumpahan tuh makan diri bila dia jatuh cinta pandang pertama kat Q.
Then, dia pun pergilah Sabah dengan niat nak menunaikan sumpahan tuh.
Kat sana, dia jumpa Q, then diorang panjat sama2.
Kat atas puncak tuh,
hero nih pun luahkan perasaan dia kat Q.
Before tuh,
Q pernah bercerita pasal asal usul nama gunung kinabalu.
Kisah dia, sorang balu cina nih kehilangan suami dia yang keje nelayan.
Semua orang cakap suami dia nih dah mati.
Tapi dia sorang je cakap yang suami dia still hidup.
Then, dia pergilah panjat gunung tuh nak tengok kepulangan suami dia dari jauh.
Memandangkan semua orang cakap yang suami dia nih dah mati,
dia plak seorang cina dan telah menjadi balu,
maka gunung itu diberi nama gunung cina balu.
Lama2 Kinabalu.haha.

Ok.berbalik selepas hero tuh luahkan perasaan kat Q,
then Q pun bertanya la if terjadi apa2 kat dia nanti,
sanggup tak hero nih tunggu dia macam balu cina tuh?
Dan hero tuh pun cakap dia janjji yang Q adalah cita pertama n terakhir.

Lepas tuh, diorang kawen n dapat sorang anak.
satu hari tuh, Q nih accident n terlantar koma selama beberapa tahun.
Sepanjang koma tuh, hero nih kenal la dengan sorang minah nih.
Tapi, sebenarnya lelaki nih sangat setia kat Q nih.
Ayah mertua dia, ayah Q la suh dia kawen ngan minah tuh
coz anak dia memerlukan kasih sayang seorang mak.
Q tuh dah terlantar lama kot.
13 tahun.
Tapi minah yang kawen ngan hero tuh baik ja.haha

Bila Q dah sedar,
minah tuh sorokkan diri lah takut mental Q terjejas dengan berita tuh.
Tapi semua terbongkar bila Q jumpa frame gambar kawen si hero dengan si minah tuh.

Dan endingnya,
Q lari ke kaki gunung kinabalu.
\Si hero jejaki dia.
Mintak maaf smabil menangis (nampak real beb!).
Q tak marah pun.
Tapi Q mintak lepaskan dia.
the end~


Kesimpulannya, kesetiaan itu penting.
*sambil lap air mata n hingus*
hahaha.




Friday, December 21, 2012

CINTA 150 JUTA


CINTA 150 JUTA
Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..


Novel RAM


ASSALAMUALAIKUM.

Next week aku exam posting psychiatry.
Sekarang musim kesejukan di kelantan.
Maka enak kita ber'hibernasi' di dalam selimut.haha

Dan seperti biasa,
kalau nak dekat exam, aku akan menggila dengan novel,
especially Ramlee Awang Mursyid(RAM) punya.

Sejujurnya, aku suka semua novel dia.
Serius ok.hehe.
Novel dia kebanyakan berkisarkan psychiatry + pembunuhan.
Novel dia yang aku rasa paling terbaik setakat nih adalah

Fiksyen 302


Kisah multiple personality,
pembunuhan,
sains dan akal fikiran,
hasutan pemikiran.

Time aku baca novel nih, aku jadi takut.
Aku dapat rasa sendiri ketakutan/keseraman itu.
Rasa macam 'someone' tengah tengokkan kita?
hehe.
Dan time aku serach n download pic nih pun aku jadi berdebar2.
hahaha.


Novel yang baru aku habiskan hari nih adalah bertajuk MIKHAIL



Berkisahkan rahsia di sebalik $1USD.
Dan aku pun masih tak tahu pasal kebenaran tuh.
ada sesiapa yang tahu?
Please,let me know. =)




Monday, December 17, 2012

K.A.M.I :)


TEMPAT: Pantai Tok Bali
MASA: 15 Dec 2012,7.30am-3.30pm
ACARA: Family trip [Group 4/Final Year]

































































Family trip paling terbaik setakat ini.
makan-makan.
snap sana sini.
gelak sama-sama.
main itu ini.
walaupun hujan 3x sepanjang picnik nih,
tapi kami still go on.
semangat betol! hahaha.

Kami macam kanak-kanak.
gaduh-gaduh pun still baik semula 2-3minit lepas tuh.
ok.tipu mungkin hari? hahaha.
serius.nanti mesti rindu kat mereka nih.


dan hari ini, kami dah pun terima surat dari KKM.
borang untuk pegawai perubatan tetap.
tak percaya yang kami semua dah besar.
dah nak kerja.
tapi,perangai masih macam kanak-kanak. :)








Thursday, December 13, 2012

please, leave me alone






If you push me away, don't be surprised when you can't pull me back.





please, leave me alone.
bukan senang aku nak kumpul kekuatan ini.
ya ALLAH, teguhkan kekuatan dalam hati aku.





She was taken! :)































Four = Empat :)


FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :

1. Farhana
2. Fana
3. doc peace
4. nenek

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :

1. 21st May
2. 19th Feb
3. 13th Sept
4. 1st Jan (AZAM BARU.haha)

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:


1. Bukak pose
2. Semayang maghrib
3. Baca yassin
4. on9 Fb


FOUR WAYS TO BE HAPPY :

1. spending spree~~ then, menyesal.huh!
2. makan.makan.makan.
3. call mak/kakak.borak2 kosong
4. tonton maharaja lawak.

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :

1. Sucian.KMKULIM :)
2. ex-rumet (hasniza)
3. MRSM Qber
4. dia

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:

1. DSLR (please~)
2. iPhone 5 (super duper please~~)
3. laptop baru kaler putih (laptop nih layak buang sungai je!haha)
4. kereta. *wink2*

FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :

1. Lukis
2. Baca novel
3. Usha blog2
4. Singing! lalala~

FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :

1. Mekah
2. Pulau Sipadan
3. Istabul! aku datang.haha
4. Japan. shinichi chi chi~

FOUR FAVOURITE DRINKS :

1. Vanilla choc
2. Volcano milk tea
3. Sirap laici
4. Vanilla coke

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG/HANDBAG :

1. HP
2. Kunci bilik
3. Tisu
4. sampah -__-"

FOUR FAVOURITE COLORS :

1. Putih
2. Purple
3. Hijau
4. Peach

TOP FOUR HANGOUTS :

1. Red square.hakhak
2. BPSP
3. KB mall?
4. dalam bilik.tido.lagi best.hahaha

TOP FOUR U LOVE SO MUCH :

1. Mak + Ayah
2. Abang2,kakak2
3. Kawan2
4. kucing2 di seluruh pelusuk dunia ini. weeee~~

TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :

1. Laptop ini w'pun amat menyakitkan hati ini. :)
2. Mr. Brownie! :)
3. Koleksi detective conan
4. Kad ATM.kakaka


Tuesday, December 11, 2012

Ortho final



Hi!

Minggu nih exam end of posting orthopaedic.
Hari nih dah selesai clinical. 
Thanx Dr. I!! w'pun femnoral nv....-___-"

Posting kali nih agak kelam kabut bagi aku.
Kami2 5th year yang hanya diberi 3 minggu je 
untuk posting tulang ini.
yang harus cover semua benda.
fracture,
dislocation,
bone tumor,
soft tissue tumor,
management,
types,classification,grade n bla bla bla~

Dan seperti biasa kami2 5th year
agak teruk 'kena' dengan doktor.
"Basic tak kuat,"
"Nxt year, kamu dah jadi HO, apa yang kamu tahu?"
ayat2 yang biasa dengar time ward round/clinic.
Dan yang agak sadis juga sedih bila situasi macam nih.
Doktor bertanya soalan,
kami2 tak dapat nak jawab,
then, tengok name tag kami.
ya!
kami ada nombor itu, 5..bermakna kami final year.
rasa down gila.aish..-___-"

Dan aku rasa ada hikmahnya aku berkumpulan dengan 
semua student lelaki dan aku sorang je berlainan gender di situ.
Aku banyak belajar tentang teknik
Teknik physical examination(PE) esp 
knee examination..dan akhirnya aku dapat kes tu hari nih.haha.
Korang akan rasa spesel bila berlainan gender kat
satu team tau! 
bila diorang nak examine patient perempuan,
mereka akan cari kita, 
dan time tuh masa untuk jual mahal.hakhak.
ok.aku tipu. 
aku tak pernah jual mahal tau. 
aku budak baik dalam team kami.
aku selalu je ikut diorang ponteng tau.eh??? haha
ok.aku tipe sekali lagi. kami tak pernah ponteng tau!
ini tak tipu XD


Dan hikmah ke-2 aku bersama mereka,
aku boleh gunakan mereka untuk aku lari dari 
sorang patient lelaki yang agak 'peramah' kat ward.
Serius, sepanjang aku bergelar medical student,
ini pengalaman paling aku teruk sekali.
nak masuk ward pun jenguk2 dulu -__-"
Dah tak bebas nak jalan2 dalam ward.
Kalu nak pergi kaunter pun terpaksa mintak
Member dalam team aku temankan.
kesian kan? -___-"

ok. nak solat isyak the buat MCQ. 
this weekend kami nak berjimba2 :D

bye!




Friday, December 7, 2012

geram


next week exam orthopaedics.
aku nak upload pic sebenarnya, 
tp x boleh coz > 1Gb???
benci blog! hahaha

aku kurang gemar bila mamat tuh berbicara semalam..
bukan kurang, terlebih dah tuh.
serius tak paham apa masalah dia?
ok.fine.dah mintak maaf, 
then boleh plak ayat last sekali tuh cam agak kureng di situ.
herdik?
what does he mean?
cuma cakap tak angkat tangan dikira herdik??
phewww~~
hyperbola di situ.
nak tau apa makna herdik?
meh sini depan2.
aishh..geram betol lah! -___-"
langsung tak ada sifat ke'sensitif'an terhadap perasaan orang lain langsung.
please lah, ego tuh, sila rendah kan sikit.
still menegakkan benang yang basah.
dah salah,
just say i'm sorry, then fullstop.
tak susah kan?
mungkin tak ada orang nak back up dia kot.
sebab majoritinya tersentap.
20++ : 1 

kita nih, kalau nak menasihati/berdakwah, 
haruslah ada caranya.
bukan main menonong.
langsung tak ada rasa bersalah langsung.

kadang2 kita tak sedar, dgn sepotong ayat mampu buat orang terluka sepanjang hayat.
status nih aku dah post kot last week.
untuk dia gak.
tapi dia nih bukannya kadang2 tak sedar,
selalu je tak sedar.
-______-"

oklah.nak study.
aku nak lepas kat fb,
tapi soemone cakap,
kalu nak lepas geram,
lepas kat blog.
hahaha.
ok.bye!
:D




Monday, December 3, 2012

sedih :'(



hari nih sedih.
sebab kekok nak buat neurological examiation.
sedih.
sedih.
sedih.
:'(



Saturday, December 1, 2012

(:


nak cakap something!
nak cakap something!
nak cakap something!

tapi
tapi
tapi

saya segan?
hahaha.

sabar.
sabar.
sabar.

kalau inilah takdirnya,
terima jelah.
yes! 
terima je.
orang lain tak suka belakang kira.

tapi
tapi
tapi

saya tiada perasaan itu.

relax farhana.
andai itu takdirnya,
secara automatiknya,
perasaan itu akan datang.

just follow the flow beb!

jadi atau tak
terima seadanya.
yes!
terima seadanya.
stay cool~


(:




Pages