Dengan ini mengumumkan esok aku balik TERENGGANU!!! hahahahahahahaha. W'pun aku nih budak terengganu, dan aku study kelantan, x semestinya tiap2 minggu aku balik rumah.hehehe. Dulu adalah jugak yang aku selalu menapak ke rumah tiap2 minggu coz bosan duk USM. Tapi start naik tahun 4 nih, amat2 jarang2 lah aku balik rumah. Nih pun dah nak masuk 3 bulan kot duk sini. Berkurung tersempit di dalam pagar2 USMKK ini...eh? hahaha. Abaikan ayat2 aku yang agak kurang betol nih. Almaklumlah, skang nih aku kan posting psychiatry..haruslah ada unsur2 manic(kegembiraan yg melampau) mahupun depressed.
Eh, jap! sebenarnya post nih aku nak citer pasal pergi program MSFT-KTP hari tuh.hahaha. Sori2,,melalut sebentar! ;p
MSFT(medical student facilitator team)-KTP(knowledge transform programme). Program nih tujuan dia nak improvekan adik2 dari sekolah kelantan nih 'kecek' bahasa inggeris dan jugak galakkan dia speak out depan orang ramai. So, sepanjang program nih, faci2 pun turrut speaking walaupun tunggang langgang dan last2 skali cakap bahasa melayu..Bahasa melayu dibenarkan sepanjang program nih tapi hendaklah MELAYU STANDARD. Fuh!! skema kot ayat yang aku taip nih? hahaha. Ok, nih program ke 2 untuk projek KTP. yang 1st aku tak pergi coz time tuh minggu last oftal kot tak salah aku. So, kali nih memandangkan programnih dijalankan time aku posting psychiatry(posting relax2) and time minggu 1st, eloklah aku join untuk bermotivasikan diri adik2 dan juga untuk diri sendiri.sekian... :D
Kali nih kitorang pergi SMK SAINS MACHANG. Sekolah dia agak luas. Simple but nice. Sekolah kekampungan dan aku rasa sekolah nih berkurun kot kat situ. Buktinya adalah rumah flat yang kami duduki itu.hahaha. Hari pertama(28hb April), aktiviti macam biasa, ice breaking. Mula2 introduce diri sendiri, adik2 kumpulan aku agak malu. Mula2 la...then makin tak malu. Mungkin ikut jejak kakak faci mereka ini? hahaha. Diorang diam je kalu kita tak tanya soalan. Aku tau diorang malu. Biasalah..mula2. Then, aku dengan partner faci (Zakwan) bagi satu topik. Sorang2 kena cakap. Then, barulah riuh sket.hahahaha.
kami berdua FIERCE! =p
Kami faci mewakili group 4! hahaha XD
Next activity, know ur personality. Yang nih bagi aku agak bosan coz kena isi forms then analisa balik personaliti kita. Then, break untuk solat jumaat dan zohor. Petang tuh aktiviti, Big 5 kalu tak salah aku. Sebelum aktiviti tuh start, budak2 nih datang lewat. Janji 2.30pm datang 3.00pm..Hmmmm..setengah jam. Pukul 5pm tuh ada game explorace. Game nih, aku yang handle. Aku dah warning siap2 kat adik2 yang aku pantang bila orang tak punctual. Siap ugut kot yang program nih akan batal serta merta bila diorang datang lambat. Dalam hati aku dah takut kot..if diorang datang lambat gak camna??? hahaha.pandai2 je aku cabar diorang. Bajet tuh program aku sendiri. Nasib abik tuan pengarah projek tuh tak marah coz dia dah paham bila keje dengan aku camna.hahaha...dan alhamdulillah adik2 datang awal dari faci! SYABAS!!! :D
Sepanjang explorace nih aku dapat tengok kerjasama diorang. Lebih2 lagi bila semua dah kumpul kat dewan, tiba2 2 kumpulan kitorang buat 'sesat', then dengan semangatnya ramai2 pergi cari sambil melaung2 semangat batch diorang.hahaha.
Malam tuh ada debate. Aku ingatkan budak2 nih tak suka/boring aktiviti nih, rupa2nya tak..diorang enjoy kot. Diorang berdebat pun tak ada malu2. Bagus2!!!
Keesokannya ada mock interview..ala-ala mock la. Kumpulan aku, aku buat faci(Zakwan) jadi interviewer, adik2 jadi interviewee. Aku jadi pemerhati je kat tepi sambil tersengih2 tengok telatah budak2 nih. Comel kot diorang nih. Kali nih diorang banyak tanya itu dan ini.yeah! misi berjaya!!! hahaha
Aku nak cakap gak yang sekolah nih ada banyak kot binatang. Kucing2 comel, peacock, burung2, ayam katek. Banyak ke? hahaha. Tapi yang best boleh tengok peacock tuh bukak ekor dia. Lawa!!! dia bukak time hari last kitorang kat sana. First day kat sana, jenuh aku duk puji dia, bajet macam dia dengar, then akan berkembanglah ekor dia.hahaha.
Dan yang aku gumbira kumpulan aku menang. USM JUNIOR!!! weeeeeeeee~~~
Secara keseluruhannya, aku suka2 pergi ini program! Mungkin ramai geng sekepala kot? hahaha. Marilah kita bersatu teguh, bercerai kita roboh? eh? hahaha
erk,akak SM SAINS MACHANG.. Bukan SMK.. :D
ReplyDeleteFrom: Jr. Sains Machang
haha.sori dik~~!!!
ReplyDeletebtw, tq dtg jenguk di sini! :D
yeah!! suke2!! ^^
ReplyDeletenk p lg..tp al-maklumlah..
saya kan 4+2..sob2..
ecece.merajuk plak.hahaha.nxt prog,yuk,join agik! XD
ReplyDelete