Sunday, January 8, 2012

team paed ortopedik

ASSALAMUALAIKUM! :)

Minggu nih minggu ke-5 posting ortopedik! pasal tulang temulang. Next week dah minggu last untuk this posting. Next pun dah nak exam. serius, memang sedih bila posting nih dah nak habis. Jujur aku kata, posting nih posting terbaik n terbest setakat nih! Doktor2 ortopedik, sume baik2. Diorang suka mengajar. Aku suka! :) Prof utk posting nih pun sume baik2 ok! Aku dalam team paed/trauma sepanjang posting nih. Supervisor aku memang superb! Dia sangat2 jaga kebajikan mentee dia.hahaha. Aku ngan kak wani satu supervisor. Bila duk kat klinik, supervisor kitorang suka mencari cari 'anak' dia. Cari untuk tanya soalan2.hohoho! ;p

Serius, aku suka duk dalam team paed/trauma nih. Kak zati, kak wani, kak ina n dayah giler2. Suka nyanyi2 lagu lama. hahaha. Comel je kan kami? eh? hehehe. Aku la pencetus nyanyi lagu lama2 nih. Aku kan suka nyanyi lagu ni "andai, diberi emas permata, ku pilih senyumanmu~~" x pasal2 diorang pun nyanyi skali.hahaha. Semalam pergi bilik bedah, aku volunteer nak nyanyi kat doktor yang tengah bedah tuh. Dia cakap, "kalu suara awak sedap, nyanyi la" Aku sengih je la. kang, kalu aku nyanyi, x jadi plak dia nak bedah coz asyik sangat dengar.hahaha.

Kak wani ingatkan pendiam..tapi penipuan semata2.hehehe. Hari nih dia buat lawak pasal kucing. Sampai terguling2 gelak dengar dia cerita. Dayah plak, naif..dia baik, bagi aku dia terer. Cakap je x study, tapi bila tanya, boleh je jawab! Kak ina sempoi...memang ada tokoh ke'kakak'kan lah! hahaha. Mak cik zati sangat kalut! hahaha. Budak nih sangat rajin. Aku rasa, dia nih 27jam kot study~

ok! yang nih je la nak bebel. 2 minggu lagi nak pulang ke ganggang~~~ yeay!!!!

3 minggu lagi nak start CFCS kat kg pedalaman.yes!!!!

babai.ASSALAMUALAIKUM!


:) itu sedekah!

No comments:

Post a Comment

Pages