Friday, December 30, 2011

ombak rindu

Malam nih habiskan air mata

coz tengok Ombak Rindu.

Lelaki selalu camtuh!

selalu pesalah.

pempuan plak selalu jd pemaaf.

ok,agak emo tengok citer nih.

hahahaha.

p/s: dah habis air mata, masa utk tidur! ;p

Thursday, December 29, 2011

merapu



Minggu hati menjadi fragile~

1. Dapat tahu bad news.>.<

2. Malam ahad baru tahu yang result Viva Borderline utk surgery kuar keesokan hari

3. Pagi isnin, memang hati x tenanglah, after round,terus terjah surgery department. Perhati betol2, x ada nama aku. Mula2, tenang, tapi hati x tenang bila tengok list viva tuh sume budak2 terer..tambah plak, Dr cakap confirm 5 student yang akan remedial. Otak memang duk serabut time tuh. Tapi, bila aku duk pikir2, mesti ada hikmah ALLAH buat semua nih. Dan aku redha, kalu nama aku dah ditakdirkan aku akan lulus, aku akan lulus tapi kalu dah memang aku kena remedial, aku redha. Yang penting DOA!





Jasad aku kat USM, otak aku kat lain.

Aku pikir benda2 lain.

Baru aku perasan..

yang aku nih fleksibel.

Mudah terasa hati,

tapi mudah memaafi.

Hati pedih bertahun2 pun,

still boleh maafkan.

Menangis berkali2 pun,

still boleh lupa yang lalu.

Membenci berkali2 pon,

stil .................................

ok.

dah ngantuk, nak tido!



p/s 1: semakin hari, semakin banyak cakap benda merapu ;p

p/s 2: hari nih ade org cakap x suka aku. prisip aku senang. kalu 1 jari anda menunding ke arah org lain, ingat! 4 jari lagi menunding ke arah anda. paham? -peace,no war-

:)








Tuesday, December 27, 2011

...

Tuhan, tolong lembutkan hati dia,
untuk terimaku seadanya,
kerna ku tak sanggup,
kerna ku tak mahu,
hidup tanpa dia di sisiku.

-Ombak Rindu-
:)



p/s:
1. minggu yg memerlukan kekuatan fizikal n mental.
2. air mata cam murah gler skang nih. -_-"







Sunday, December 25, 2011

sabar


Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya :
Jika engkau bersabar, takdir itu juga berlaku ke atas dirimu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak bersabar, takdir tetap berlaku ke atas dirimu dan engkau berdosa.


Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan ALLAH menggugurkan kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon ynag menggugurkan daun-daunnya" (HR Bukhari,Muslim)




Thursday, December 22, 2011

minggu otopedik



ASSALAMUALAIKUM.




1. Pejam celik, pejam celik, hari nih dah hujung minggu ke-2 kitorang posting otopedik (tentang tulang). Setakat nih, posting nih sangat2 best! Dr. best, walaupun x dapat jawab soalan, diorang ajar satu per satu! :)

2. Masuk posting nih, dah mula dapat kenal isi hati orang dengan jelasnya! waa...aku kan ada 6th senses!!!

3. Dr. HO yang aku minat time surgery dulu, ada kat otopedik plak...dr ikut sy eh? hehehe. Tapi, hari tuh agak kecewa coz time kat cafe, aku nampak dia pegang tangan awek dia. Depan mata aku ok! Selera makan aku terus bertambah!! eh, bukan patut berkurang ke? hahaha. Dr. tuh cina, so x frust sangat.hehehe

4. Semalam Dr. tuh pinjam stetoskop aku. Comel jer dia.eh? hahaha ;D

5. Aku dah tau macam mana nak 'simen' tangan/kaki orang patah. Baru aku tau, yang simen tuh bukan kita guna simen buat rumah tuh.hahahaha. Kalu aku x jadi medical student, mati2 aku ingat simen tangan/kaki patah guna simen buat bangunan/rumah tuh. Rupa2nya guna kain je kot. Kain tuh, kena rendam dengan air, then jadi keras la!!!! ;p

6. Posting nih relax..x payah pikir pasal log book sangat. Oncall pun ikut team je. Dr. pun suka mengajar. Nak study pun enjoy. Nak tido pun banyak masa.eh??? hahaha

7. Tiap2 pagi kena keluar dari bilik awal. Coz seminar awal pagi. Before tuh, kena follow up patients. Dah la terpaksa naik turun lif. Ward otopedik merata2~~~~

8. Case write up x siap2. Next week kena hantar ok!!!! -_-"

9. Skang nih banyak tido. Petang tido, malam plak, tido awal! Cik Fana, sila sedarkan diri anda!!!

10. Esok aku balik rumah!!! 2 hari je, tapi x kisah! hahaha. ;p



Wednesday, December 21, 2011

;p

JASAD DI USM,

ROH MELAYANG KE TERENGGANU.



SEKIAN. :p





P/S: sy x suka orang yang kaki bodek.esp bodek doktor.so annoying, ok! ;p

Monday, December 19, 2011

kecewa

Kalau sy suka seseorang,


sy x akan sesekali bagitau kat orang,


sy x akan sesekali mention nama dia kat fb,


sy x akan sesekali tagged dia kat fb,


sy akan jarang2 like status dia kat fb,


sy akan jarang2 comment status dia kat fb,


sy x akan mention nama dia kat blog,


sy x akan cerita tentang dia kat blog,


sy kurang gemar berjumpa dengan dia,


sy akan nafikan yang sy suka dia bila someone provok sy dengan dia,


sebab sy cuba sedaya upaya pelihara maruah sy.













Kalau sy ingin mencari cinta,


sy harap dia x akan buat sy menangis,


sy harap dia terima kekurangan mahupun kelebihan family sy seadanya,


sy harap dia dapat menjadi imam untuk sy setiap solat 5 waktu,


sy harap harap dia dapat bimbing sy ke jalan yang mustaqim,


sy harap dia terima saya seadanya.......

kekurangan sy,

kelebihan sy,

kerjaya sy.


Kalau sy mencari cinta,


sy x akan mencari yang sempurna,


kerana sy perempuan x sempurna.

:)




Berdiam diri lebih baik dari berkata2. Hidup harus diteruskan.



ini post kecewa coz terbaca blog that girl
from newer--> older post..


she's better than me.





















OK2!!!!!


Lupakan kisah jiwang2 itu!


HIDUP HARUS DITERUSKAN.


Jodoh pertemuan semua di tangan ALLAH.



p/s: jom study walaupun hati terluka.eh? :)



Sunday, December 18, 2011

mood ::homesick::

HIDUP HARUS DITERUSKAN

Aku jadi tenang sikit after 2-3 hari menghabiskan air mata dengan jayanya.
Thanx prog MSFT yang aku join hari tuh.
Coz prog tuh, aku dapat semangat balik.
thanx DR2! :)

Tapi, aku x nak cerita pasal MSFT tuh.
Kalu aku rajin, aku cerita ok?

Mood aku sekarang HOMESICK.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Saya rindu mak n ayah saya
:')



Ramai orang ingat dak kecik nih cucu ayah.hahaha
nih sepupu aku=anak sedara ayah aku.
Paling rapat dengan ayah aku.
Dia makin membesar.hehehe.
Tapi paling penakut, padahal anak sulong.
Adik perempuan dia cool jer.hahaha




Nih adik dak kecik tuh. Aina Sofia.
Budak nih suka main2 kira2 math ok!
Umur 5 tahun, dah start belajar darab -_-"




Masa kitorang kecik, mak aku selalu rotan kitorang dengan lidi
kalu sape2 x boleh jawab math dengan jayanya.hahaha
Mak aku terer math.
X payah guna calculator ok!
:)




Ramai orang ingat aku ada kakak je.
Aku ada abang gak la ;p
Tapi x ada sangat pic..beselah dak laki -_-"
Kami bertiga,selaku putri2
Encik Kamaruzaman
yang sentiasa bergosip sana sini bila bertemu.hehehe ;p



p/s: Bila ada masalah, pertama yang harus dituju,
ALLAH
seterusnya,
MAK n AYAH,
seterusnya,
KAKAK/ABANG,
seterusnya,
KAWAN2,
seterusnya,
TIDO.
kalu bangun2, x hilang gak masalah tuh,
KETUK KEPALA KAT DINDING.
ok?

:)




Friday, December 16, 2011

kuat

Air mata mencurah2 macam air paip -_-"

dari semalam hinggalah pagi tadi.

call mak n kakak aku pon still mengalir lagi.

saluran air mata kau bocor ke apa nih?

Ya ALLAH,

aku mohon kekuatan dariMU.

Tenang dan tabahkan hatiku ini.

Skang nih, otak aku x leh pikir apa2.

Pikir nak lari dari USM je.

Nak pergi jauh dari sini.

Tapi,

lari, bukan cara selesaikan masalah aku.

Aku kena kuat, walaupun kadang2 rapuh.

Dan sekarang baru aku tahu,

kenapa ramai senior2 yang lepas

menjadi penghuni kat ward 5.

errrkkk???? aku waras agik! :)

fana budak kuat! :)

Thursday, December 15, 2011

T_T

Kami dah lepas Surgery posting,

tapi kenapa still terperangkap dengan Surgery?

bila kami akan bebas?

kami punya hati dan perasaan

jangan buat kami macam nih

hanya kerana kami seorang

STUDENT.

Kami ingin belajar dan ingin diajar,

Kami ingin belajar dengan hati yang tenang

supaya ilmu mudah masuk..

bukan belajar dengan hati yang rusuh

dengan takut itu dan ini..

Andai aku punyai anak suatu hari nanti,

Andai aku punyai cucu suatu hari nanti,

Akanku ceritakan SEJARAH HIDUP ini kepada mereka

supaya mereka dapat memilih kerjaya dengan sewajarnya..

Aku x kan tetapkan anak aku akan jadi apa,

emak doktor, anak x semestinya akan jadi doktor.

Kepada ALLAH aku memohon,

Kepada ALLAH aku berserah,

Supaya hatinya lembut,

Supaya aku dan rakan2 aku lulus,

Supaya kami semua jauhi VIVA BORDERLINE itu,

Aku pohon Ya ALLAH..

p/s:

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu


Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Lagu nih best.1st time dengar, boleh meleleh air mata. aih? over kot! hahaha. Serius, aku x pernah baca novel Ombak Rindu. Aku hanya baca novel sambungan Ombak Rindu jer, "Cinta...dan akhirnya"..betul ke x tajuk nih? Aku pun dah x ingat. ;p

Pape pun, lagu nih tangkap leleh. Berjaya buat hati aku tersentuh.cewah. Aku bagi 5 bintang!!! yeah!!!

:D

Thursday, December 8, 2011

kenangan


mengimbau kenangan SURGERY.
bajet macam aku bace sume buku nih kan?
tp...x da maknanya aku nak abiskan sume nih.
hahaha.
buku nih hanyalah model2 sambilan di atas meja aku je kot! ;p
tiba2 teringat kata2 Dr. I.
"awak nih degil la.sy suh baca Bailey,awak baca buku nih
(sambil pegang buku aku). Buku yang entah apa2 nih"
ok.Aku kesian kat Hamdan Tahir.
Coz aku pinjam dari dia.
sila tabah Mr. Hamdan Tahir!! ;p


Move on!

:)

Wednesday, December 7, 2011

sy dah habis surgery

ASSALAMUALAIKUM. -tajuk entry panjang giler-

Hari nih, 7hb Disember 2011, tamat sudah posting SURGERY. Fuhhh...lega kot dah habis walaupun soklan tadi......................................................................... -_-"

Posting yang 'terbaik' setakat nih.

Posting yang banyak kena kejar masa.

Lari sana sini nak dapat sign logbook tercinta.

Posting yang banyak kena 'basuh' dengan doktor.

Posting yang banyak kelas tertangguh itu ini..

Posting yang ajar kita suh jadi kuat fizikal dan mental!

Posting yang dapat kenal hati budi rakan2 satu posting. Mana selfish/ tak..tapi alhamdulillah,setakat nih aku sayang group 4. Kami bersatu teguh.yeah! ;)

Posting yang banyak penyakit kena tahu..itu dan ini..

Posting yang membuatkan kita x cukup tido coz terlalu takut nak exam

Dan yang penting, Posting yang banyak keluar air mata! kenapa aku x boleh jadi kuat nih??? Farhana, sila kuatlah! Kata awek shinichi? sila jangan malukan shinichi ok?

OK2..benda dah lepas, dan aku x nak fikir apa2 dah. Next posting, ORTHOPAEDIC. Pasal tulang temulang. Dan aku pun dah tahu siapa examiner aku nanti..terbaik la.........nama tuh buat aku terduduk, tejatuh, terkesima, terkejut, dan juga terpengsan.ok? Xpa2, hari nih aku malas pikir apa2. Aku plan nak tido, tido, tido dan tido. Nak bangun2 ahad nih.boleh? ;p

Pages