Thursday, July 18, 2013

Huh.



Bila rakan baik terdahulu remove anda dari friend list FB....



sekali diri ini di'removed' tak akan sekali diri ini 'accept' semula.

Ya. Hati aku sangat keras bila ada orang yang mulakan.



Tuesday, July 16, 2013

Angan-angan


Korang ada angan-angan? Yup! angan-angan, bukan impian. Hahahaha. Mungkin bagi orang lain, angan-angan=impian. Tapi bagi aku tak. Impian macam cita-cita kita yang harus kita laksanakan untuk menjamin masa hadapan kita sebagai contoh nak jadi doktor, nak beli rumah besar nak beli kereta. Kalau angan-angan, ianya lebih kepada harapan kita yang umpama kepulan awan kata atas tuh. nampak best je kalau disentuh, tapi amatlah mustahil untuk disentuh. Secara ringkasnya angan-angan kalau tau kita laksanakan pun tak menjejaskan masa hadapan kita sangat. Eh? Apa aku cakap nih? hahaha. Oklah. Sukati lah. Sapa-sapa yang rasa angan-angan=impian, korang bolehlah baca post nih sebagai impian aku walaupun sebenarnya adalah angan-angan aku. Apa yang aku mengarut lagi nih? kehkehkeh =p


Aku tak pinta berbilllion-billion angan pun.


Hanya dua. Ya dua.


Angan-angan pertama:

GUNUNG KINABALU




Yup! Sejujurnya aku nak sangat-sangat-sangat pergi panjat Gunung Kinabalu nih. Nih semua gara-gara aku tengok cerita Hatiku di Kinabalu tuh.hahaha. Semangat lagi bertambah bila blogger Hanis Zalikha ada bercerita pasal dia pergi panjat gunung nih awal tahun 2013 kat blog dia. teruja beb~!! Aku pun bersemangat lah google info pasal Gunung Kinabalu nih. Survey punya survey, poket perlu ada sekurang-kurangnya RM3000 (tiket fly pergi-balik,panjat,shopping,makan). Aaaahhh. Aku dah aim. Satu hari nanti aku mesti pergi jugak kat sana. Nak panjat Gunung Kinabalu sambil nyanyi lagu nih

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh 
hati saya rindu..

Hehehe. Aku dah ingat dah lagu nih. Satu rangkap nih jela. Panjang lagi sebenarnya lagu nih. Cukup lah hafal satu nih je kan? hehehe. Orang cakap nak panjat gunung nih perlu ada stamina yang kuat meaning kita kena training berbulan-bulan naik turun bukit and jogging supaya keadaan kita okey di sana. huhuhu. Aku bab-bab exercise nih dah lah malas. Lebih-lebih lagi time 'tanam anggur' nih. Nanti dah keje, lagilah malas bertambah-tambah. *sigh*

Btw, dongeng Gunung Kinabalu nih ada pelbagai jenis tau. Ada yang cakap puncak dia jadi tajam macam tuh sebab ekor naga pukul. Story pasal naga nih aku kurang ingat sket. Kawan aku dah cerita dah pun tapi aku tak berapa nak ingat sebab aku lebih tertarik kat next dongeng dia. Asal-usul nama Gunung Kinabalu nih dari balu cina. Kisah dia tentang kesetiaan. Yeah~!!! that's why aku nak panjat sangat panjat gunung nih. Nak amik badi kesetiaan itu.hahahaha =p



Angan-angan kedua:

BULAN & BINTANG





Aku nak sangat, satu hari nanti aku akan ada peluang baring atas rumput di padang yang sangat luas, tengok bulan dan mengira bintang sambil makan aiskrim bersama yang tersayang. Kami akan bercerita itu ini, kisah suka, kisah lawak juga kisah sedih. Berjanji setia berbahagia bersama hingga ke syurga. :')


Btw, yang tersayang itu haruslah sudah halal untuk kami berdua, kalau tak, nanti kawen free.hahahaha.



wassalam. Salam Ramadhan ke-8 semua~!! :)







.

Thursday, July 11, 2013

Bebelan Ramadhan


Salam 3 Ramadhan~

Alhamdulillah, 3 Ramadhan suda..rutin harian aku berubah 270 degree time bulan puasa nih. hahaha. Lepas sahur, tidur, tapi untuk 2 hari nih(macam sekarang) tak tidur pun. Tak lena. So, alang2 tak boleh tidur, terus tunggu untuk subuh. After subuh, aku terus terjun atas katil and then ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.. Bangun2 jam menunjukkan pukul 1.00pm (ayat haruslah ikut seperti yang kita tulis dalam esei BM time sekolah.ahaks). Ok. Aku tak salah taip. Ya, 1.00pm. Bukan salah aku. Langsir tingkap bilik aku menutup sinaran matahari menerjah ke dalam bilik aku, lantas sel2 otak aku menafsirkan masih awal lagi jam tika itu.kehkehkeh. (well, BM aku A+.hahaha). Bangun je dari tidur aku rasa bersalah then janji kepada diri sendiri untuk bangun lagi awal untuk keesokannya tapi apakan daya, mata ini tak mampu ku melawannya. =p


Lepas zohor semua, aku duk lepak2. Nak tengok TV tak boleh sebab petang2 camtuh, TV mak aku punya. Tengok indon/filipina/korean drama dia. huhuhu..Aku lepak kat bilik la. Sambil baca novel. Banyak gila novel kat bilik aku nih.hahaha. Kalau malas nak baca novel, aku ulang balik komik Detective Conan. Kena baca banyak kali wehh sebab aku dah makin lupa watak2 dalam cerita tuh. Yang basic cam geng2 diorang aku ingat la. Yang latest nih, watak2 baru dah muncul wee..especially geng2 baju hitam tuh. Kalau tak tahu, susah aku nak baca untuk next episod................Woi Fana! ko ingat nak PRO Detective Conan ka? kahkahkah XD


Ok.sambung balik. Bila dah asar, solat semua. Then, masuk 'office' la aka dapur. Tolong mak memasak meh. Aku kan perempuan.ececeh.hahaha. 1st day Ramadhan hari tuh agak kelam kabut tau. Takut tak sempat memasak itu ini. Lagi tambah kelam kabut bila aku tanak nasik, then tengok2 tak ada perubahan pun kat beras tuh. Aku pelik lah. Dah nak dekat setengah jam kot aku tanak nasi. Pukul 7pm, mak aku tengok balik, rupa2nya aku terlupa nak tekan button jadi 'cook'. Aku duk biar dia 'warm' ja. hahahaha. Tapi nasib baik , nasi masak on time (time tengah azan). 2nd day semalam, ok lah. Ada lah pencapaian dia.hahaha.


Terawih kat rumah aku best gak sebab tok imam laji.eh? hahaha. Terasa jugaklah macam budak U aku nih sebab ada je budak2 UMT terawih kat surau rumah aku nih. Btw, rumah aku dekat giler dengan UMT, so suasana U tuh still ada la. Terawih, macam biasalah, awal2 nih ramai lagi. Dan mintak2 ianya berlanjutan hingga 30 Ramadahn. InsyaALLAH :)


After terawih kan, aku laju je salam dengan orang then menonong balik rumah. Sebab nak tengok cerita samarinda tajuk dia "Ra,adhan Yang Hilang". Try la tengok. Best jugak lah. Kisah anak angkat yang tak sedar diri.eeeee.geram aku. Ok.aku emo.hahahaha. Kalu aku rajin je aku tengok, kalu tak macam semalam aku sambung ulang kaji komik Detective Conan aku sambil melantak.yummy~~~ Kemudian, kroohhh..hahaha.


Ok. Subuh dah masuk. Nak solat then ZzzzzzzzZZzz. :)


p/s: tingkat kan amalan ibadah kita ye kawan-kawan :)



Friday, July 5, 2013

Wassapp


Assalamualaikum~!!

Minggu nih minggu ke-2 menjadi penganggur..ecece..dah abis belajar, siap bahasakan diri sendiri sebagai penganggur kan? ahaks..haruslah. Sebelum nih sebagai pelajar je time waktu cuti. So, skang nih secara rasminya sebagai penganggur tetap di rumah sendiri. hahaha. Untuk pengetahuan semua, aku dah pun selamat abis belajar 2 minggu lepas, dan alhamdulillah, berjaya memegang title Dr. Farhana. Time aku study weeks ari tuh, banyak benda aku nak share perit jerih(ada ke ayat nih?) sebagai medical student, sebelumnya bergelar Dr...tapi, aku tak ada mood. (sila rujuk previous post). Kat FB pun tak banyak sangat aku post gambar after result..maksud aku time white coat ceremony,gradnite n etc...ntahlah..sedih tuh masih terasa. Dan aku sedaya upaya menjaga hati semua pihak~ (ecece bajet cam retis ko fana ye.hakhak)


2 minggu kat rumah. 2 hari lepas aku baru je kemas bilik nih. Tambah barang aku dari USM ke dalam bilik nih. Punyalah pening kepala. Tak tahu yang mana penting yang mana tak. Tapi semua nampak penting. Tapi apakan daya aku, aku harus mebuang sebahagian daripadanya..wooii..ayat tak leh blah skema.hahaha. So, bilik aku skang nampak la macam bilik. Enak skali dong duk lepak dalam bilik nih. Bilikku,syurgaku~~


Bangun pagi, seperti biasa, makan, terlentang kat ruang tamu tengok TV, pegi dapur cari makanan, bawak makanan ke ruang tamu balik, sambung cerita dan pegi dapur balik cari makanan dan tengok TV dan sebegitulah seterusnya. Bosan? Nope~!! aku happy.hahaha. Sebab aku tahu lepas nih aku tak akan ada masa nak membuang masa macam nih.hahaha. Melancong? Malas. Lagi malas kalau time tengah sengkek skang nih.hahaha. Skang nih kan, nak turun tangga rumah pun malas. Betapa malasnya nak berjalan-jalan keluar rumah. Kalau keluar pun sebab teman mak ayah pegi beli barang dapur..tupun dipaksa.ahaks~


Aktiviti seterusnya adalah menonton korean drama yang lama2.hahaha. Tak da keje kan? Orang lain duk sibuk tengok yang baru, aku duk tengok yang lama punya.hahaha. Aku malas nak tengok yang baru sebab banyak sangat. Tak tahu yang mana best. Yang lama2, besenye best.kan? kan? kan? hahaha. Ala..aku bukannya kaki korea sangat. Saja nak tengok hilangkan stress. Aku kalau stress or rasa cam sedih, aku akan layan korean drama yang heroin dia clumsy giler then hero dia adalah jutawan yang jatuh cinta kat heroin. Lepas tuh aku duk positifkan diri bahawasanya seseorang yang clumsy seperti aku akan dapat jejaka idaman yang hensem lagi kaya raya.kuikuikuikui.


Ok.setakat nih je post aku. Permulaan berblogging untuk sepanjang cuti nih. Next entry mungkin lebih berfaedah sket.eheks~!!


p/s: 3 days to go for Ramadhan al-mubarak =)




Pages