Sunday, January 13, 2013

A&E


ASSALAMUALAIKUM.

Minggu ke3 A&E. Tapi dikira 2nd week la coz la st week dikira resuscitation week. A&E. Accident & Emergency. Sejujrnya posting ini sangat cool. Doktor2 dia pun sangat cool. Aku suka posting nih. Klau time oncall, kita takkan terasa ber'oncall' coz waktu tuh sekejap ja berjalan sebab patients keluar masuk keluar masuk. Maknanya ramai sangat patients. Dan posting nih, bagi akulah betul-betul mengajar kami sebagai students macam mana nak jadi doktor sebenar. Kiranya macam pendedahan awal bagaimana pekerjaan seorang doktor. Patients datang, clerk on the spot, clerk seringkas2nya dan terus diagnose patients sakit apa. Then, prescribed ubat itu ini. Kalau kat Kelantan nih senang ja if patients datang dengan fever, dalam kepala mesti kena ada denggi.hehehe.

Procedure kat A&E pun banyak. Ambil darah, set IV line tuh perkara biasa la. Skin traction untuk kaki patah. Buat log roll untuk patient yang cervical injury. Dan perkara paling tak dapat nak lupa, tengok doktor2 intubate patient yang collapse. Dan kami2 pun apply la apa yang belajar time megacode hari tuh. Apa yang kami mampu buat time tuh, buat chest compression ja. Tengok memang senang. Buat pun senang, tapi serius, kena ada stamina. Letih nak compress dada patient. Kitorang kena beratur panjang untuk tukar turn coz memang tak larat. Mulanya, patient tu asystole(absence of heartbeat). Bila buat intubate, chest compression semua, heartbeat dia dah ada. Time tuh baru terasa bahagia sebab berjaya selamatkan patient walaupun bantuan kami hanya sebesar kuman ja. Tapi, ajal maut semua di tanga Tuhan. 3am, patient tuh meninggal dunia. Aku tak tengok macam mana dia meninggal sebab aku tak oncall malam tuh. Aku dapat berita pun keesokan paginya. Al-Fatihah buat arwah.

Aku suka follow roung pagi2 kat A&E. First time kot aku suka ikut round sepanjang aku masuk clinical year nih.hahaha. Round dia sekejap ja. Yelah review patients kat A&E ja. Last round tuh kat observation ward. Then,  registrar akan baca balik kes2 kat red zone untuk specialists. Staffnurse akan baca berapa patients yang datang A&E, kematian berapa, dan bilangan katil kosong kat ward. Then, akan ada tazkirah pagi untuk kami. Yang coolnya, tazkirah pagi tuh disampaikan oleh specialist. Doktor A&E sangat baik dan kelakar. Diorang punya ikatan persahabatan tuh (skema ayat? haha) sangat comel dan rapat sesangat. Mereka suka gila kot mengajar kami2 yang blur nih.hahaha.

Dan yang terakhir semestinya kenangan manis kau dan aku last week.hakhak. Sanggup aku jadi volunteer duk kat depan hari tuh. Gelabah punya pasal, habis barang jatuh. ceh! hahaha

Dan semestinya, setiap 8.00am aku mesti duk kat laluan tuh.hahaha XD


p/s: Khamis nih exam >.<



No comments:

Post a Comment

Pages