Monday, September 3, 2012

kisah kami - budak remedial


Assalamualaikum!

Result exam remedial hari tuh dah released. Now, officially, 5th y medical student. One more year babe!

Sebulan kami-kami budak 4th year remedial kat HUSM. 3 minggu time bulan ramadhan. Awal pagi sahur, kalu kat rumah, lepas sahur, automatik mata menggatal tido, tapi dengan rendah dirinya sedar diri kami ini adalah budak remedial, bersengkang mata study lepas sahur sementara tunggu subuh. Bila balik kelas, bulan2 puasa mengantuk, tido sekejap tu pun tak berapa nak lena coz sedar diri yang kami nih budak remedial. Bangun, baca balik notes..Petang, pergi bazar ramadhan sambil mengenang nasib yang kami nih budak remedial lagi..entahkan naik tahun 5 ataupun tak..lepas terawih, otw pergi
surau balik surau pun mengenang nasib yang kami nih budak remedial lagi..hahaha.

Pergi library, kedai2, cafe, makcik/pakcik yang jual tuh selalu tanya, 
"eh, kenapa ada kat USM lagi nih? dah start sem baru ke?"
dan kami-kami masih tak tahu nak cari jawapan apa yang sesuai..
"kitorang ada kelas extra makcik/pakcik..." jawapan standard budak remedial..

Time raya hari tuh, sedara mara tanya..
"berapa tahun lagi habis study?"
dan kami-kami menjawab...
"1 tahun lagi, insyaALLAH..." jawapan yang was-was dari budak remedial..

dan hari nih, result released, senarai pelajar LULUS remedial tahun 4 sesi akademik 2011/2012, senarai nama ke-20, Farhana Kamaruzaman, 99891. Alhamdulillah..syukur ya ALLAH. Gembira tak terkata. Naik tahun 5.Terima kasih mak/ayah/kakak/abang yang selalu doa terbaik untuk adik! (ceh, cam ayat dapat award.haha)  Mungkin orang yang bukan pelajar medic baca post nih akan hairan kenapa terlalu gembira bila dapat naik tahun 5? Bagi kami, satu tahun yang gagal, akan membolehkan kami kekal di tempat seperti tahun sebelum ini..maknanya repeat 1 year.

Dan gembira buat kawan2 seperjuangan aku bersama2 berlagak 'cool' bila ditanya kenapa kita masih di HUSM bulan lepas, kerana kitorang lulus semua.hahaha. Mira, Asiah, Hidayah, K.ina. Mereka kawan2 yang bersama-sama mengenang nasib sepanjang kami bergelar budak remedial.hahaha. Dan kerana status budak remedial itulah kami menjadi kuat.yeah!

Dan tak lupa, my 'kakak', u know who u are. Yang silent reader untuk blog nih coz tahu aku diarrhea, hilang 4kg tanpa aku bercerita kat dia. Yang membebel kat bazar ramadhan suh makan banyak2 coz aku nampak soooooo thin.hahaha. Tahniah 'kakak'! Kita naik tahun 5 sama2 dan insyaALLAH, grad sama2 next year. Aminnnnn... :)

Okey, hari nih aku terlampau kegembiraan! sampai rasa kenyang giler.hahaha.

Doakan kejayaan aku untuk satu tahun lagi bergelar Dr. Farhana! yeah~~~!!!! aminnnnnnnnn...

p/s: aku rasa nak menitik air mata kegembiraan.boleh? =p



3 comments:

  1. hmm..'cool' la sangat. makan tak kenyang, tido tak lena. hari2 pegi kelas dengan fikiran "yakin boleh naik tahun 5!" tapi bile result tak keluar2, cuaknye ya Allah..kalah cuak Pro2..
    Alhamdulillah, kite semua lulus. Kita BUDAK REMEDIAL, tapi kite went through it, and success!!!

    p/s-nangis start dari semalam lagi. hari ni bila realiti terpampang depan mata, dah tak terluah apa2.=)

    ReplyDelete
  2. congratz yo u all! see u all in next week =)

    ReplyDelete

Pages