Thursday, August 27, 2009

Pesanan (",)

~Cerita nh aku dapat dr kwn aku,Mira..jom, hayati bersama2.:)~

Ada seorang mak cik tua yang menjual tempe goreng. Setiap pagi, dia akan menggoreng tempe dengan masak. Pada suatu hari, tempe yang digoreng oleh mak cik tu tak masak2. Jenuh dia menggorengnya banyak kali, tapi tempe tu tetap tak masak......mak cik tua tu pun hanya berserah kepada ALLAH SWT. Sepanjang perjalanan mak cik ke gerai jualannya, dia tak putus2 berdoa kepada ALLAH SWT supaya jadikan tempenya masak. setelah berdoa, mak cik tua itu selak kain bakul tempenya untuk lihat samada tempe tadi masak atau tidak. Namun, tempe itu still x masak2...tetapi, mak cik tu tak putus asa. Dia terus berdoa kepada ALLAH SWT supaya tempenya masak sehingga dia sampai ke gerai jualannya. Tempe tadi masih x masak2.....Mak cik tua itu hanya bertawakkal kepada ALLAH SWT apabila melihat rakan2 nya (juga menjual tempe goreng) telah habis menjual tempe mereka. Makcik tua terus berdoa " YA ALLAH jika ini ketentuan Mu untuk aku,aku redha..." Setelah berdoa, tiba2 ada seorang perempuan yang berusia lingkungan 60an datang ke gerai makcik tua itu dan bertanya....."Hmmm...ada tak jual tempe mentah?" Mak cik tua itu amat terkejut kerana tidak menyangka akan ada orang yang ingin membeli tempe mentah sedangkan di kawasan itu terkenal dengan tempe goreng. Mak cik tua itu pun menjualkan semua tempe mentahnya yang tak masak tadi kepada perempuan itu. Mak cik tua itu bertanya kepada perempuan itu,kenapa ingin membeli tempe mentah. Dan perempuan itu menjawab..."Anak saya duk belajar kat oversea. Dia teringin nak makan tempe. Dia suh kirim,sebab tu saya cari tempe mentah sebab kalu beli tempe yang dah siap goreng, nanti basi plak. Hmmm...dah merata2 saya cari tempe mentah,tapi semua gerai jual tempe goreng. Nasib baik,hati saya tergerak nak pergi jenguk gerai awak ni." Ujar perempuan itu dengan senyuman. Mak cik tua itu menadah tangan mengucap syukur kepada ALLAH SWT yang membantunya.... :)












p/s : ALLAH SWT sentiasa menguji hambanya samada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan. Di sinilah dinilainya iman seseorang...Bersyukur ke atas nikmat yang di beri,redha dengan qadak dan qadar yang telah ditetapkan. Ujian yang diberi bukanlah bermakna ALALH SWT tidak sayangkan hambanya malah orang2 mukmin dahulu,termasuk para nabi dan wali ALLAH SWT ditimpa dengan pelbagai ujian dan musibah,namun begitu, mereka menerimanya dengan sabar kerana satu keyakinan bahawa setiap sesuatu perkara itu ada nilainya di sisi ALLAH SWT dan ALLAH SWT lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hambanya. Sesungguhnya orang2 ini lebih dekat dengan ALLAH SWT. ALLAH SWT rindukan hambanya yang merintih dan mengadu padanya..[selalu sedey bla bc ayat nh...terase diri ini jauh je ngan ALALH SWT :'( ].Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH SWT,hati akan tenang kerana dunia ini hanyalah persinggahan. ALLAH SWT tidak membebankan umatNYA melainkan dengan kemampuan dan kesanggupan umatNYA...

~ini kata2 kakak buddy aku,KAK LIZA. kata2 nh dia bg time aku dapat result selanjar 2 1st year...aku amat hargai kata2 ini...tq kak :) ~

No comments:

Post a Comment

Pages