Friday, February 8, 2013

Setia Hujung Nyawa


ASSALAMUALAIKUM!

USMKK makin hari, makin sunyi. Skang nih kan, cuti chinese new year, so semua orang balik. Cuti seminggu kot. Aku nih pun, terperangkap kat sini coz aku nak pergi kenduri kahwin kawan baik aku Isnin nih. Kalu tak, memang aku pelajar pertama blah kot dari USM nih after interview Rabu lepas.hahaha.

Ok. Plan sebenar aku nak stay la kat USM nih hingga Isnin, then balik umah Selasa pagi. So, bolehlah aku nak study2 sket.bajet! hahaha. Tapi kan, suasana yang makin hari makin sunyi nih, memang mencabar la. Dah letih study (kononla...) duk mengadap laptop sambil terpikir nak tengok cerita apa. Korea? memang tak la..tak terasa sangat nak tengok..kalu mood datang je, tengok.hahaha. Then, ber'fb', tengok orang duk kecoh dengan drama Setia Hujung Nyawa. Cerita nih dah habis kot Khamis lepas. Sebelum nih aku ada dengar gak pasal cerita nih. Dengar jelah, tak tengok pun...Ramai kot duk tergila2kan cerita nih. Diorang cakap hero dia sweet la, hensem la..tapi aku tengok macam biasa2 je. Aku nih pelik sket, bila orang lain cakap hensem, aku cakap biasa2 je. Bila orang cakap tak hensem aku cakap hensem. hahahahaha. hensem kan subjektif? ;p






So, dengan keyakinan yang agak tinggi mengatakan internet kat USM nih laju (ramai student dah blah), aku pun google la Setia Hujung Nyawa nih.. 1st episode, ok la..2nd episode, hmmm not bad, 3rd episode, aku dah cair dengan hero nih.hahaha. Heroin dia sweet. :)





Hero dia nih muka dia macam lelaki biasa je. Tapi suara dia..perrggghhh macho beb! hahaha. Memang cair. Heroin dia comel! Dia nih pernah berlakon banyak drama, tapi tak pernah jadi heroin, kalu tak salah akulah.. Dia nih muda lagi, lepasan SPM rasanya..tak sure. Drama nih ala-ala Vanilla Coklat. Dua2 comel dan sweet. Sinopsis? Semua orang dah tahu, so aku malas nak taip.muahahahaha XD



ok.sambung study =p


p/s: GILA! Aku boleh hidup tanpa handphone 2 minggu ++++. Tahniah untuk diri sendiri *clap.clap.clap*







No comments:

Post a Comment

Pages