Monday, February 25, 2013

Thursday, February 14, 2013

Kesusahan



3 minggu tanpa handphone memang boleh buat aku GILA. Time kita susah, kita boleh tahu siapa kawan atau lawan. Siapa ihklas siapa pura-pura. So, aku decide, duduk diam-diam je. Jangan jadi 'peminta sedekah' dekat orang lain nak pinjam handphone bagai. Sebab aku muak dengan orang yang berkira dan mulut hanya main lepas cakap je. Tak tahu rasa sensitiviti perasaan orang lain. Bila susah, biar kita je susah, jangan susahkan orang lain. Nanti bila dah berkira semua, susah nak balas semua. Aku bukan orang senang. Aku hidup biasa-biasa je. Dan bila kita susah, baru kita akan faham apa itu kesenangan. Baru la terhegeh-hegeh nak cari public phone. 3 minggu tak call rumah, nak tanya khabar mak dan ayah, sudah cukup buat aku rasa tertekan. Nak menangis? Tak terkeluar air mata. Menangis dalam hati sorang-sorang je. Dan dugaan paling maha berat bila tiket bas dah habis pagi itu. Pagi yang aku plan nak balik Terengganu. Dan secara kebetulan, hujan lebat hari tu. Aku ambil tiket petang,5.30pm..dan ALLAH masih nak uji aku. Jam dah pukul 7pm lebih, hujan lebat, bas tak sampai-sampai. Aku terfikir, "takkan aku kena jalan kaki balik USM lagi?". Aku takut, mak dan ayah aku bimbang sebab awal-awal aku dah inform kat diorang yang aku ambil bas pukul 5.30pm dan maybe sampai dalam 9pm. Dan Alhamdulillah, kakak kat kedai sebelah tempat tunggu bas tuh baik. Aku pinjam handphone dia tanpa bayaran. Dan aku dapat pengajaran lagi hari itu. Kadang-kadang, 'orang asing' adalah 'sahabat sebenar' kita bila dalam kesusahan.

Sekarang, aku dah boleh dihubungi sedia kala.hahaha.walaupun handphone tak semahal orang lain, janji aku dapat call orang. Alhamdulillah..segala dugaan itu ada hikmahnya. Aku belajar banyak benda sepanjang 'kesusahan' itu dan ia mengajar aku supaya buka mata, buka hati serta buka minda melihat disekeliling kita. :)





p/s: esok dah balik USM..malasnya~~





Sunday, February 10, 2013

Berharap


Kita berbeza.

Jaun berbeza.

Sangat, sangat berbeza.

Kau suka A, aku suka B.

Kau pandai C, aku pandai D.

Kau alien, aku manusia.

Mana mungkin akan bersatu.

Lambat laun, kau akan pulang.

Ini bumi. Bukan rumah alien...

Aku patut sedar.

Ya. Sedar.

Aku patut bangun.

Ya. Bangun.

Bangun dari kelalaian ini.

Supaya tidak terluka lagi.

Kerana aku benci akan kesakitan itu.

Ya. Sangat benci.

Aku berharap.

Berharap agar kita perbaiki diri masing2.

Bersifat mahmudah la selagi mana mampu.

Jauhilah mazmumah itu.

Berdoalah supaya dipermudahkan segalanya.

Berdoalah yang terbaik.

Terbaik untuk kau dan juga aku.

Berharap agar fitnah itu jauh dari kita.

Ya. 

Fitnah itu yang menjarakkan kita.






-farhana,10 Feb 2013, 8.59pm-







Friday, February 8, 2013

Setia Hujung Nyawa


ASSALAMUALAIKUM!

USMKK makin hari, makin sunyi. Skang nih kan, cuti chinese new year, so semua orang balik. Cuti seminggu kot. Aku nih pun, terperangkap kat sini coz aku nak pergi kenduri kahwin kawan baik aku Isnin nih. Kalu tak, memang aku pelajar pertama blah kot dari USM nih after interview Rabu lepas.hahaha.

Ok. Plan sebenar aku nak stay la kat USM nih hingga Isnin, then balik umah Selasa pagi. So, bolehlah aku nak study2 sket.bajet! hahaha. Tapi kan, suasana yang makin hari makin sunyi nih, memang mencabar la. Dah letih study (kononla...) duk mengadap laptop sambil terpikir nak tengok cerita apa. Korea? memang tak la..tak terasa sangat nak tengok..kalu mood datang je, tengok.hahaha. Then, ber'fb', tengok orang duk kecoh dengan drama Setia Hujung Nyawa. Cerita nih dah habis kot Khamis lepas. Sebelum nih aku ada dengar gak pasal cerita nih. Dengar jelah, tak tengok pun...Ramai kot duk tergila2kan cerita nih. Diorang cakap hero dia sweet la, hensem la..tapi aku tengok macam biasa2 je. Aku nih pelik sket, bila orang lain cakap hensem, aku cakap biasa2 je. Bila orang cakap tak hensem aku cakap hensem. hahahahaha. hensem kan subjektif? ;p






So, dengan keyakinan yang agak tinggi mengatakan internet kat USM nih laju (ramai student dah blah), aku pun google la Setia Hujung Nyawa nih.. 1st episode, ok la..2nd episode, hmmm not bad, 3rd episode, aku dah cair dengan hero nih.hahaha. Heroin dia sweet. :)





Hero dia nih muka dia macam lelaki biasa je. Tapi suara dia..perrggghhh macho beb! hahaha. Memang cair. Heroin dia comel! Dia nih pernah berlakon banyak drama, tapi tak pernah jadi heroin, kalu tak salah akulah.. Dia nih muda lagi, lepasan SPM rasanya..tak sure. Drama nih ala-ala Vanilla Coklat. Dua2 comel dan sweet. Sinopsis? Semua orang dah tahu, so aku malas nak taip.muahahahaha XD



ok.sambung study =p


p/s: GILA! Aku boleh hidup tanpa handphone 2 minggu ++++. Tahniah untuk diri sendiri *clap.clap.clap*







Thursday, February 7, 2013

Pages