Thursday, November 29, 2012

Orthopaedic -final-


ASSALAMUALAIKUM.

Hari ini hari last utk minggu pertama Orthopaedic. dan kami 5th year hanya menyempat duk posting ini hanya 3 minggu saja! ya! 3 minggu utk cover semua kisah tulang temulang dalam badan manusia.phew~~
Agak mencabar di situ..dan cabaran ini terus mencabar dengan coordinator kami. Eh, dia baik tau! hehehe.tiba2...dan cabaran ini masih diteruskan dengan diri aku sendiri. Aku sebenarnya sampai sekarang masih tak tahu camna doktor membahagi2kan team untuk kami semua? Ikut abjad? tak gak..ikut tarikh lahir? sah2 tak.dengan masih ketidaktahuan apakah sistem doktor telah buat, aku telah ditempatkan ke dalam golongan2 orang yang beriman.eh? hahaha. Aku tercampak jauh-jauh dari geng2 aku. Ok.fine. Aku dapat team SPINE (serius,aku dah agak aku akan tercampak ke dalam HAND/SPINE). Dan yang 'terbaiknya' team aku semua lelaki meh! Aku ja yang tersesat gender sorang kat situ -__-"
Serius, selepas aku dapat tahu team aku, aku amik list nama group kami dan aku kaji satu persatu tang mana doktor pilih nama2 untuk team..tapi sayang, tak jumpa2 penyelesaian itu. >.<

Ahhh..tak kisah la! dah habis seminggu dah aku duk dalam SPINE. Agak best. Semangat satu team itu penting! haha. Mula2 join team nih, agak cuak coz Prof. I akan attack kami2 5th year. Aishh, tahun nih doktor2 suka sangat kat kami2 budak 5th year nih.hahaha. Bila ward round je, sampai kat satu bed, dengar lah suara Prof. I "5th year! 5th year!"..dengan keyakinan yang tak seberapa itu, kami berempat nih muncul lah kat depan2 dia. Sia2 ja kami berselindung di belakang 4th year.hahaha. Tapi Prof and doctors baik. Suka mengajar :)

Tak tahu kenapa 2-3 hari start orthopaedic nih, semangat aku hilang sket. Dan sekarang, semakin pulih dan aku nak bangkit! yeah! Tapi kan, abig taip entry nih, aku nak tido sat! haha :D


bye-bye!



No comments:

Post a Comment

Pages