Saturday, September 29, 2012

Happy 24th Birthday

























Maaf, lilin 2 batang bukan bermakna dia umo 20 tahun.haha XD

Selamat hari tua Kak Yana!
Moga murah rezeki dan juga panjang umo!
Dari kami TEAM B!

Lakonan anda memang mantap!
Next ABPBH, anda mungkin menang anugerah.
hahaha.
:D








Dari kami team-team production yang tak beretika utk video bioethic!
:))






Saturday, September 22, 2012

stop crying




Status sebagai bekas budak remedial memang tak leh nak buang. Gila aku sensitif bab-bab perasaan sebagai budak remedial. Orang lain tak akan paham apa yang kami as budak remedial alami. Ya, memang aku dah lulus remedial tuh tapi fobia tuh still ada. Dan hari nih aku menangis sebagai status sebagai bekas budak remedial bila ada orang samakan perasaan aku time remedial dengan budak UPSR. Macam perasaan nih dipermainkan. Okeh,stop crying farhana.




Monday, September 17, 2012

Paediatrics =)



ASSALAMUALAIKUM dan HI!

Hari nih dah masuk minggu ke 2 kat posting paediatrics. Apa yang boleh cakap, posting nih bermakna kali nih berbanding time 4th year dulu yang blurrrrrr. hekhek. Agak best la posting nih sebab stay kat HUSM. 4th year hari tuh kena pergi HKB coz final year yang posting paediatrics duk kat HUSM. Tak cukup patient sangat..Best kalu stay kat HUSM coz kitorang boleh belajar dengan doktor2 sini since mereka adalah lecturer.

Kali nih aku rasa cam belajar banyak benda kat paediatrics. Kali nih gak rasa semangat belajar tuh tahap normal lagi (maknanya tak merundum.haha). Mungkin dengan adanya homeworks doktor bagi time ward round. Jadi, balik bilik, kena cari lah nanti esok doktor tanya boleh jawab. So, tak rasa malu kat kawan2 and HO/MO. hahaha.

Aku dah cair sudah dengan Prof N. weweeeeee~~~ :)

Ok. abaikan aku. ;p

Ok. sini je main taip2.haha. Sebelum tuh, nah aku bagi satu gambar nih memandangkan skang nih posting paediatrics.hahaha.



Mak cik aku dengan anak dia(sepupu aku).
Budak nih susah giler nak pergi dekat...maybe stranger anxiety? hahaha
Tapi kan dia comel tahap max!..weeee~~
Tasneem. Bukan yang nyanyi 'aku suka dia' tuh tau!


p/s: Mak cik aku nih pakar sakit puan. Anak saudara dia remedial O&G.cool x? hahaha
=p






Wednesday, September 12, 2012

comel







gambar nih comel.
:)

Lukis dan belajar bergabung! meletup!





study sejam.melukim berjam2.kemudian mengantuk.dan saya nak tido.

=p




Monday, September 10, 2012

Itu ini.


Assalamualaikum.

Hari ini, 10 September 2012, Isnin.

Bergelar 5th year medical student bukan senang.

Senior segala senior dekat sini.

yelas, kos lain 4 tahun, medic je 5 tahun.

Dipandang sebagai penolong/pembantu/mungkin penyelamat oleh para junior
 terutama sekali 4th year, mereka yang baru kenal clinical year =) 
macam aku dulu yang blur setiap kali masuk posting baru.haha

Dipandang sebagai 'pelajar harapan' oleh doktor2 di sini since kami dah pun 5th year.

Final year.

Tahun penentu.

Final exam bulan 6.

Tak sampai setahun pun -___-"


Menentukan layakkah kami bergelar seorang doktor.

Bukan hanya kerana status doktor semata-mata.

Tapi juga 'penyelamat' dan juga 'pembantu' orang awam. insyaALLAH.

Dan sebab itu lah, tidur aku tak lena. hahaha.


p/s 1: Teringat someone bercerita kat aku tentang hospital yang selalu dia pergi. Hospital tuh dipenuhi dengan doktor2 sambil lewa terhadap patients. Dan aku jadi mangsa dengar bebelan dia since aku adalah medical student.

p/s 2: Pangkat A dalam akademik tak semestinya pangkat A dalam sahsiah diri. Allahualam.

p/s: 3: Doakan aku. Terima kasih! =)




Wednesday, September 5, 2012

Aku ini tulang rusuk kiri siapa?







Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.


 sumber: i luv islam




Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.


sumber: doa





sesungguhnya jodoh itu rahsia ALLAH.







Next week start sem baru. Semangat baru. Hati batu. Jiwa baru.
=)










Monday, September 3, 2012

kisah kami - budak remedial


Assalamualaikum!

Result exam remedial hari tuh dah released. Now, officially, 5th y medical student. One more year babe!

Sebulan kami-kami budak 4th year remedial kat HUSM. 3 minggu time bulan ramadhan. Awal pagi sahur, kalu kat rumah, lepas sahur, automatik mata menggatal tido, tapi dengan rendah dirinya sedar diri kami ini adalah budak remedial, bersengkang mata study lepas sahur sementara tunggu subuh. Bila balik kelas, bulan2 puasa mengantuk, tido sekejap tu pun tak berapa nak lena coz sedar diri yang kami nih budak remedial. Bangun, baca balik notes..Petang, pergi bazar ramadhan sambil mengenang nasib yang kami nih budak remedial lagi..entahkan naik tahun 5 ataupun tak..lepas terawih, otw pergi
surau balik surau pun mengenang nasib yang kami nih budak remedial lagi..hahaha.

Pergi library, kedai2, cafe, makcik/pakcik yang jual tuh selalu tanya, 
"eh, kenapa ada kat USM lagi nih? dah start sem baru ke?"
dan kami-kami masih tak tahu nak cari jawapan apa yang sesuai..
"kitorang ada kelas extra makcik/pakcik..." jawapan standard budak remedial..

Time raya hari tuh, sedara mara tanya..
"berapa tahun lagi habis study?"
dan kami-kami menjawab...
"1 tahun lagi, insyaALLAH..." jawapan yang was-was dari budak remedial..

dan hari nih, result released, senarai pelajar LULUS remedial tahun 4 sesi akademik 2011/2012, senarai nama ke-20, Farhana Kamaruzaman, 99891. Alhamdulillah..syukur ya ALLAH. Gembira tak terkata. Naik tahun 5.Terima kasih mak/ayah/kakak/abang yang selalu doa terbaik untuk adik! (ceh, cam ayat dapat award.haha)  Mungkin orang yang bukan pelajar medic baca post nih akan hairan kenapa terlalu gembira bila dapat naik tahun 5? Bagi kami, satu tahun yang gagal, akan membolehkan kami kekal di tempat seperti tahun sebelum ini..maknanya repeat 1 year.

Dan gembira buat kawan2 seperjuangan aku bersama2 berlagak 'cool' bila ditanya kenapa kita masih di HUSM bulan lepas, kerana kitorang lulus semua.hahaha. Mira, Asiah, Hidayah, K.ina. Mereka kawan2 yang bersama-sama mengenang nasib sepanjang kami bergelar budak remedial.hahaha. Dan kerana status budak remedial itulah kami menjadi kuat.yeah!

Dan tak lupa, my 'kakak', u know who u are. Yang silent reader untuk blog nih coz tahu aku diarrhea, hilang 4kg tanpa aku bercerita kat dia. Yang membebel kat bazar ramadhan suh makan banyak2 coz aku nampak soooooo thin.hahaha. Tahniah 'kakak'! Kita naik tahun 5 sama2 dan insyaALLAH, grad sama2 next year. Aminnnnn... :)

Okey, hari nih aku terlampau kegembiraan! sampai rasa kenyang giler.hahaha.

Doakan kejayaan aku untuk satu tahun lagi bergelar Dr. Farhana! yeah~~~!!!! aminnnnnnnnn...

p/s: aku rasa nak menitik air mata kegembiraan.boleh? =p



unsaid.
































Pages