Tuesday, July 3, 2012
DALAM atau LUAR negara???
Sekadar bercerita...
Dulu time duk kat MRSM ada satu pemilihan student untuk interview pergi belajar kat overseas. Aku x ingat diorang panggil apa tah benda alah tuh.hahaha. Dia buat pemilihan based on result trial SPM. Time tuh aku x dapat tercalon. Menangis2 aku pergi mengadu kat guru homeroom aku. Bajet cam dah cukup bijak pandai nak p belajar kat luar negara.hahaha.
Dulu aku selalu cam berbangga tengok kawan2 p study kat overseas. Yelah, dapat main salji, p bercuti sana sini, dapat kenal negara orang, dapat bercinta dengan mat salleh..eh??? hahaha. Even kawan aku duk study kat indon pun aku dah cam "wahhh..terernya dia"..sedangkan aku hanyalah seorang pelajar universiti tempatan yang tabah orangnya. Kadang2 aku rasa segan bila nak chat dengan kawan2 aku yang duk overseas nih... Dalam fikiran aku mesti fikir sistem pembelajaran diorang mesti lagi excellence dari universiti tempatan. Siapalah aku nih..cewah.hahaha.
Tapi itu dulu...
Sekarang nih pemikiran aku pasal belajar kat overseas memang berubah 100% la bila beberapa orang budak overseas mai buat attachment kat HUSM dan diorang langsung x reti nak amik darah. Alat yang asas pun x tau cam syringe, needle bla bla..Bila dah darah pun x reti, bila set iv line pun haruslah x reti. Aku cakap sume benda nih bukan nak kecik2 kan diorang tapi sekadar untuk berkongsi cerita. Yelah, skang nih ramai adik2 lepasan SPM berebut2 nak study kat overseas. U dalam negara pun pandang sebelah mata. Tu pun kadang2 x pandang langsung. Yelah, dalam negara apa kelas kan? Kat overseas la ber'class'. Boleh jumpa mat salleh. Tapi dik, kat USM pun boleh jumpa mat salleh gak? Doktor foreigner berlambak kot. Adik2 akan rasa duk kat overseas ;p
Ok2. Aku melalut plak. Point aku nak bercerita kat sini adalah study medic(aku cakap pasal medic jelah since aku amik medic) kat Malaysia adalah yang terbaik, bak kata doktor aku lah. Dia penah cakap kalu U kat satu negara nih, dia x akan bagi student examine patients, just clerk and observe camtuh je. wajarkah begitu??? Nanti bila dah jadi doktor esok2, usha jelah patient? -___-"
Baiklah kalu korang study kat Malaysia. Kalu kat sini, kitorang boleh belajar banyak bendalah time clinical year. Skill clerk patient, skill palpate, percussion, auscultate esp murmur, amik BP, blood taking, set iv line, set iv drip, pasang CBD, conduct labour, bla bla bla...memang banyak bendalah boleh belajar. Korang kena ingat, nak jadi doktor bukan hanya tahu pasal hafal itu hafal ini. Skill pun kena khatam gak beb! That's why bila student viva distinction masuk clinical year, kurang dalam peng'skill'an mereka..(ayat apakah ini?? ;p)
Oleh itu,(perghhh...ayat cam buat esei!) di sini saya sarankan supaya adik2 di luar sana buatlah pilihan yang BIJAK untuk study di luar negara mahupun di dalam negara.hahaha XD
-peace, no war-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment