Thursday, April 19, 2012

end posting [Medical]


Assalamualaikum!

Hi! hi! hi! aku dah pun habis posting Medical! Marilah kita menyanyi sambil menari kiri ke kanan.lalala~~

1. 6 minggu posting Medical sangat2 best! 2nd posting terbaik after Orthopaedic.hehehe.

2. Team aku untuk posting nih pun terbaik gak. K.wani,K.tqah,K.yana,paih,aida,joel. Bersatu teguh, bercerai roboh! yeah~~~!!!!!

3. Posting kali nih adalah posting pertama yang aku pergi ward round pagi2 pukul 8.30am.hahaha.Kadang2 pukul 9 kot pergi. Yang x boleh blah bila aku baru kuar bilik pada jam 9am! Sampai2 kat lif, sekali sampai sekali dengan doktor registrar yang round untuk team aku. Terbaik!!!

4. Dulu aku sangat2 x suka dengan ward 7u/7s. Crowded giler! Tapi bila dah bermaustatin di ward sana, cam bese2 je. Tak delah crowded sesangat. Ok la. :)

5. Bila dah belajar Medical nih, baru sedar yang ramai orang sakit kencing manis, sakit jantung dan buah pinggang. Dan ramai yang datang dengan cukup pakej 3 benda tuh! biasanya akan datang dari kencing manis dulu dan puncanya adalah SMOKING!

6. Kenangan paling x boleh dilupakan bila aku ditipu oleh patient. Apa yang dia cakap kat aku memang 98% berlainan dengan apa yang ditulis dalam folder.aishh..sabarlah. Dahlah time tuh, ada 2-3 orang gak la kat situ. Dan dia amat berbangga dengan ROKOKnya itu. Dia datang dengan SOB(shortness of breath) dan dia adalah chronic smoker. 1 paket setiap hari. Dan dia marah bila kita cakap yang punca penyakit dia adalah dari ROKOK. Then, dia kaitkan denagn politik plak.aishhhh...-__-"

7. Apa yang aku suka bila time ambik darah.hahaha. Thanx to Izzaz coz dialah sifu aku time ambik darah. Mula2 aku ambik darah memang x menjadi. Then, barulah menjadi. Lama2 rasa best bila HO mintak tolong kitorang ambik darah.hahaha. Pernah sekali ambik darah sorang patient tuh. 1st ambik x jadi. Time tuh darah dah kuar sket,  tiba2 vessel dia membengkak. Aku cuak gak...tapi berlagak cool kat depan patient. Nasib baik time tuh aku pakai face mask.hehehe. Then, aku try ambik kat bahagian bawah lengan plak, tapi still x berjaya. Cool lagi. Tunggu 10 minit, tempat bengkak tuh dah surut. Lepas tuh aku cakap kat pakcik tuh yang aku akan try sekali lagi, kalu x boleh gak, aku x akan ambik la. Aku pun cucuk la jarum tuh sekali lagi(bukan kat tempat vessel membengkak) dan akhirnya berjaya.hehehe. Memang kalu berdepan dengan patient, kena ada keyakinan dirilah even kita sendiri rasa uak. Coz kalu kita sendiri yang cuak, patient akan 10x ganda akan cuak :D
p/s: sebenarnya aku yakin yang darah boleh kuar coz vessel dia prominent kot. Silap aku bila 1st time aku cucuk, jarum tuh tergerak..so that's y la vessel membengkak.

8. Sepanjang aku posting nih, 2x dah aku tengok kematian depan mata. Sebak memang sebak. Tapi aku dah didik hati aku suh keras bila tengok kematian sebab kami perlukan empathy bukan sympathy...walaupun kadang2 tewas sebab kami pun manusia biasa.
"Dari ALLAH kita datang, kepadaNYA jua kita datang..."

9. Exam short case aku oklah..yang penting supervisor aku sangat2 cool! hehehe. Walaupun aku dapat case agak complicated berbanding dengan partner aku yang dapat respiratory system (kes yang aku idam2) Pneumonia, tapi kira oklah kes aku tuh. Mula2 doktor suh aku examine abdomianl system, sampai sekerat jalan dia tanya aku macam2 then examine respiratory system plak..dahlah dia cakap yang aku hanya ada 7 minit je. hukhukhuk.

10. Semalam exam MCQ. Dan aku salah jawab soklan Hemophilia itu. Malas nak bercerita.sekian! >.<


So, next posting adalah PSYCHIATRIC!!! posting yang tunggu2!!!! Weeeeeeeeeeeee~~~~!!!!!!

:)


No comments:

Post a Comment

Pages