ASSALAMUALAIKUM
Ok2..jom kita start bercerita. Dulu time aku form4 + 5 aku study kat MRSM Qber. Aku ada sorang musuh lelaki. Nama dia Mr.X (bukan nama sebenar). Sebenarnya aku dah lupa camna aku boleh musuh dengan dia nih. Yang aku tau, aku start bermusuh dengan dia time kitorang form 5. Dia selalu panggil aku kacang panjang.ceh!! -__-" Then, aku reply balik panggil dia Orang Gila Maktab(OGM). Aku pantang jumpa dia, mesti aku jeling 360 darjah tengok kat tempat lain. Pendek citer, memang aku benci tahap gaban lah kat mamat nih. Eh, sebelum tuh, dia nih LDP(lembaga disiplin pelajar). Ala..style2 macam pengawas la. Dia nih HICOM gak la kalu x salah. Tapi geng2 aku selalu panggil LDP nh Lalat Dalam Periuk.hakhakhak.
Satu hari tuh, time cg mengajar kat depan kelas, Mr.X nih lalu kat depan kelas aku otw nak p kelas dia. Kelas aku duk bahagian depan, kelas dia duk belakang..so dia kena lah lalu kat kelas aku dulu. Muka dia tuh aku memang x leh tengok. Macam samseng giler la. Aku terpikir gak lah, kenapa dia boleh jadi LDP????? Aku ngan kawan aku ni Ms.W mengumpat dengan menggunakan sistem kertas. Dahlah cg tengah mengajar kat depan, boleh plak kitorang mengumpat pasal Mr.X tuh kat belakang. Aku plak siap duk tulis OGM kat atas kertas tuh n bla bla bla.....
Malam tuh aku pergi prep kat kelas aku. Cam beselah, budak2 kelas aku bukannya ada sangat pun dalam kelas. Sorang p utara, sorang duk selatan..yang tinggal 2-3 kerat jelah. Lagipun hari tuh khamis malam jumaat. Prep x diwajibkan pun. Aku time tuh tengah duk kusyuk study kat tengah2 kelas. Yelah, dah pagi tuh duk letih mengumpat kan.kekekeke. Tengah2 aku syok study, tiba2 mamat OGM tuh masuk dalam kelas aku dengan geng2 dia. Geng2 dia ramai gak la. Aku rasa cam satu kelas dia je. Dia masuk2, then tarik kerusi duk depan aku betul2. Geng2 dia duk keliling aku sume. (korang sila bayangkan macam dalam filem gangster ye..) Aku dah cuak. cam x sedap ati pun ada gak time tuh..Tapi buat cool jer. ;p
Lepas tuh, mamat OGM tuh tunjuk satu kertas kat aku. Dalam ati aku nih cam kenal je kertas tuh. Dia pun start baca ayat2 apa dalam kertas tuh. Ya ALLAH!!! kertas aku mengumpat dia pagi tadi ngan kawan aku tuh. Rupa2nya kawan aku terlupa nak buang kertas tuh. Dia tertinggal kat atas meja camtuh jer..Aku pun buat2 la berani time tuh. Dahlah kengkawan aku yang duk study ngan aku sama2 tadi, sumenye duk jauh2. Yelah satu lori kot mamat OGM bawak geng2 dia mai serang aku. Then, kitorang pun balas2 tembakan.eh2..bukan balas2 ayat2 mengata. tapi masih dalam kesopanan. Time tuh, mulut aku pot pet pot pet, tapi mata still kat buku. Konon2 study la. Tapi haremmmm x masuk pape. Sebenarnya takut nak tengok mata mamat tuh. Mata singa kot!
Ada gak la dalam 15 minit gitulah kitorang perang mulut. Tiba2, ada sorang foreigner yang mai kelas aku. foreigner nih macam pertukaran pelajar la mai MRSM kitorang. Dia pun mai kat tempat kitorang duk gaduh then kata "waaa...lovely couple!!, let's take a picture!" Aku nih dah tercengang2 ngan minah saleh sorang tuh. Lovely couple? Dia buta ke apa? x tengok ke ramai orang duk keliling aku ngan mamat OGM? x kan la kitorang duk dating camtuh? Aku rasa mungkin kitorang perang mulut secara bersopan, so dia ingat suara2 romantik gitu! ceh!!! Minah saleh tuh duk sibuk suh kitorang duk tengok camera dia. Nak amik pic la katakan..aku nih dengan muka masam semasam2 jeruk tuh buat2 muka terpaksa. Sekali mamat OGM tuh bisik kat telinga aku " senyum la sket..." ceh! hipokrit punya mamat OGM!!!
After minah saleh tuh blah, aku pun kemas2 la barang2 aku. Aku pun nak blah lah kan. Sebelum blah, perang mulut agik. Aishhh..letih aku layan mamat tuh. Aku tengok kat luar kelas, memang ramai giler student duk tengok kitorang. Yela..mamat OGM tuh agak femes. Mai plak duk serang aku sorang je pempuan dalam kelas tuh -___-"
Aku balik hostel terus serang bilik kawan aku Ms.W tuh.. Aku citer sume kat dia sambil nangis2.hahahaha. Stress ok! Aku rasa 1 Mrsm Qber macam pandang aku pelik je. aish2!! >.<
After tuh, aku terus fobia ngan budak2 lelaki. Sebab tuh time kat matrix, aku jalan menunduk je.hahaha. 2-3 orang je boleh kawan ngan aku, tu pun baru lepas tapis.aih??? hahaha. Mula2 kat USM nih, memang aku x da kawan lelaki. Kalu ada pun 2-3 orang..tu pun coz group SGD/PBL..Naik taun 4 baru la cakap banyak sket ngan budak2 lelaki. Tu pun budak2 dalam kumpulan aku je. Yang lain. SOri! Sebab tuh, kalu aku jalan2 terserempak ngan budak2 lelaki yang aku kenal sekalipun, x ada maknanya aku nak senyum kat diorang. Aku akan tengok kat lain dulu.hahaha. Dengan lelaki yang aku kenal aku buat camtuh, lelaki yang aku x kenal langsung, memang dapat tengok muka cuka aku jela.hahaha. Satu agik, kalu aku sorang2, aku x leh duk ngan budak2 lelaki. Aku memang x duduk senang la jawabnya. ;p
Eh, jap2..pasal mamat OGM tuh, dia skang sambung study kat Jepun. Ambik engineering.After SPM, time2 matrix la, dia pernah sms mintak maaf pasal kes tuh, tapi aku jual mahal.hahaha. Saje, bagi dia kalut sket. tapi,aku dah maafkan dia pun. Ala..citer budak2 hingusan, kenapa nak emo sangat kan? ;D
p/s: citer aku comel x? boleh buat drama nih.hahaha.anyway, citer nih benar sebenar benarnya ;p
sweet kot! haha sy paranoid gak..tp x mampu nk bcerita..mencik~!!!
ReplyDeletehahaha.blh bt drama x? kekeke.citer zaman hingusan.crita2~~~ :)
ReplyDeletewah..romantiknya beliau. :O
ReplyDeletehaha..
bole2..tp xleh tlalu typical la..ending die haruslah sy dgn die (tetibe)..baru box ofis..ngahaha :D
ReplyDeleteececeh..sila jgn lwn sy.sy nk menang FFM dan juga ANUGERAH SKRIN.eh? hahaha
ReplyDelete