Monday, June 24, 2013

Alhamdulillah



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 20/6/2013, khamis lepas, officially Dr. Farhana. Hanya ALLAh saja yang tahu apa perasaan aku. Gembira, terharu juga sedih. Selama 5 tahun bergelumang dengan buku-buku, notes, patients, air mata, akhirnya aku berjaya sampai ke tahap ini. Time aku 1st year, aku hampir2 nak tukar course. Aku fail 2x selanjar time 1st year. Aku rasa down gila2. Dan saat-saat aku hampir 'lemas', aku terjumpa ayat ini,

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." -Al Baqarah 216

Aku menangis lepas baca ayat nih. Aku kembali jadi kuat. Aku hanya yakin kepada kekuasaanNYA. Kalau Dia dah kata kun fayakun, maka jadilah ia. Sepanjang 5 tahun ini, kekuatan aku hanyalah berdoa. Ya. Berdoa. Dan alhamdulillah, selepas kegagalan 2x time 1st year, perjalanan aku menjadi mudah. Terima kasih Ya ALLAH. Usaha dan juga diiringi dengan doa dari mak n ayah, serta berkat keasabaran, insyaALLAH, pasti membuahkan hasil. :)

Tapi, kejayaan aku bukanlah kegembiraan sebenar2nya bila melihat rakan2 aku terkandas untuk 6 bulan lagi. Aku tak  tahu nak buat apa. Apa yang mampu, aku hanya berdoa. Mereka mengatakan aku tiada perasaan. Tapi mereka-mereka tidak tahu apa perasaan aku. Tidak tahu berapa banyak air mata ku dah jatuh. Hati aku kosong. Hanya aku, dia, dan DIA saja yang tahu kesakitan itu. Sepanjang 2 minggu kami berusaha bersama2, mengadu nasib sesama sendiri, bermotivasi sesama kami, tapi takdir mangatasi segala2nya. Sebak. Hanya ALLAH saja yang tahu. Tapi aku tak berdaya. Sungguh aku tak berdaya. Segala2nya dah tertulis. Mungkin ini ujianNYA. Aku harap dia & mereka jadi kuat. Kuat hati serta iman. :')

insyaALLAH, 6 bulan mendatang, cahaya akan muncul :)

insyaALLAH, kalau ada jodoh kita jumpa lagi :)

Berdoalah. Sesungguhnya doa adalah senjata utama untuk umat islam. Aku sentiasa berada di belakang :')

Semoga perpisahan jasad, tidak memisahkan hati kita. 


:)





Thursday, June 13, 2013

oldskool punya cerita~!


Assalamualaikum~!

PRO 3 dah pun bermula. Alhamdulillah, 3 paper teori dah habis. Betul atau tak jawapan tuh pun aku tak tahu. Tak apalah. Yang penting dah berusaha. Sekarang nih tugas aku hanya mampu berdoa dan yakin kepadaNYA. InsyaALLAH. Next week clinical examination. hukhuk.scary.doakan aku dan rakan2 taulan~!


Ok. Kali nih aku bukan nak becerita pasal PRO 3. Tapi aku nak bercerita pasal cerita lucu..bagi aku la kot? hakhakhak. Tiba-tiba teringat so rasa macam nak bercerita.hahaha.


Dulu, before aku masuk MRSM, aku sekolah kat sekolah harian biasa2 je. Ala, sekolah tak berasrama pun. Pergi ayah hantar, pulang berjemput. Aku satu sekolah dengan kakak yang atas aku. Sikap poyo dengan kawan2 tu adalah. Satu sekolah dengan kakak kot? kehkehkeh. Dah la kakak kau pengawas, garang plak tuh, so semua lelaki takut dengan dia sebab dia pernah tampar sorang budak lelaki. So, kalu aku lalu depan2 budak lelaki, diorang memang tak berani nak ganggu la. So, bolehlah aku berlagak di situ.hakhak XD


Eh, aku bukan nak cerita pasal kakak aku ponnnn~~~!!! haha. Ok. Time aku tingkatan 1 kan, aku ada kenal sorang mamat nih. Kiranya aku minat la kat dia. Mamat nih putih, hensem..jambu la kiranya.haha. Tapi dia nih duk kelas belakang. Aku duk kelas depan. Ala, time budak2 mana nak amik kisah kelas belakang ke depan ke janji suka kan? (gatai!) Dia nih pendiam je. Kalu kitorang berselisih ke, dia senyum je. Cair kot aku time tuh.hahaha. (serius kalau mak aku tau, kena pukul aku nih.haha).


Disebabkan aku dah lama usha2 dia kan, so aku pun nekad nak tulis kad untuk dia.(ini kerja gila). Aku siap lukis kot kad tuh. Lukian aku tuh aku lukis gambar kartun "Aku Dia & volkswagen"..ala komik femes dalam majalah gila-gila tuh..jap.aku google~!!






haaa yang nih la aku lukis. Klasik tak? kahkahkah. Siap buat teknik shadow kot? Tajuk kad tuh aku tulis "Salam perkenalan".. then aku tulis dalam kad tuh, kalau tak salah aku la...aku mention nama (full name kot..) dan kelas mana. Then, dah siap lukis tuh, keesokan aku pergi sekolah, aku suh kawan aku, Erni pergi pass surat tuh kat mamat tuh. Aku ingat lagi. Kejadian pass-mengepass surat tuh berlaku kat tangga.hahaha. Kelas aku atas, dia kat bawah.hahaha. Lepas tengok dia amik surat aku tuh, bahagia la~~!!!


Tapi orang2 tua cakap panas tak akan sampai ke petang tau tak? Rupanya hujan di tengah hari. Bukan hujan dah nih, kilat, ribut kot.. Surat yang aku bagi kat dia tuh, terlepas ke tangan cikgu Su. Kalau korang nak tau, cikgu Su nih memang garang kot? Aku lepas dapat berita tuh, memang cuak la. Gelabah tak tentu pasal. Tapi, yang lawaknya, cikgu Su salah panggil student kot. Dalam kelas aku, ada 2 orang Farhana. Aku dengan sorang lagi. Yang sorang tuh ada Nur kat depan, aku tak ada. Tapi cikgu Su tak saspek aku pun sebab aku nih kira pelajar baik dan contoh dan juga pelajar harapan la time tuh (harapan la sangat). hahaha. Kesian gila kawan aku tuh. hahaha.


So, dengan penuh rasa tanggung jawabnya, aku pun pergilah menyerah diri kat cikgu Su. Tapi dia tak marah pun..dia cuma bebel jela. Bebelan dia yang aku ingat sampai sekarang, "awak nih farhana bijak, awak jangan tengok orang hensem je awak jatuh hati. Hensem, kalu tak ada apa2, tak guna jugak" Perggghhhh. terasa di situ. Ala..tapi aku rasa cikgu Su tak kata mamat tuh hensem je lebih, tak da rupa, dia tengah perli aku kot? hahaha...


Tapi kan cikgu, saya masih seperti dulu..saya tetap minat yang hensem contohnya surgeon itu? Tapi dia berilmu cikgu..surgeon tuhhhhhh..kahkakahkah....tapi sayang, dah kahwin. -_-"


Ala, hensem kan subjektif... Tak perlu hensem rupa, hensem perbuatan suda~~!!!!



=p




Tuesday, June 11, 2013

:-)



Hati berbunga2 macam taman kat Istanbul tu..hahaha.

ok. Buat masa nih, focus Farhana! 2more days to go~~



Monday, June 3, 2013

4 hari lagi


Hari ini hari selasa, 4/6/2013.

4 hari lagi PRO 3.

Menentukan ada title DR. atau tidak.

Cuak.nervous.takut.mood tak stabil.

haha.semua ada.bercampur jadi SATU!. >.<

Banyak notes beratur untuk dibaca. =.='

List nama exam klinikal dah keluar.

Lagi cuak meh! =.='

Senior, doktor2 semua cakap kitorang tak payah risau klinikal, lebih baik risaukan paper theory katanya.

Tapi kan, sapa tak takut kalau exam depan2 2 SPECIALIST.

Kena tanya pasal diseases/management dan bla2...

Kalau jawab lebih kurang macam inferiority ja..lebih2 depan SPECIALIST.haha.

Entahlah.

Kalau diunudr masa pun sama ja aku rasa.

Bersenang lenang gak. Oleh itu eloklah kita menuju ke hadapan.

Apa yang aku ada sekarang hanyalah DOA dan KEYAKINAN padaNYA.

serta KUN FAYAKUN(ikut fynn jamal ;D).

Mintak2 dipermudahkan semua.

Segala2nya.

"kadang-kadang masalah itu tidaklah besar mana pun, tapi Allah campakkan kerisauan pada hati ini,sehingga tak tentu arah dan tujuannya supaya kita balik semula pada Allah"

ya. kita lupa yang kita ada DIA.

:)

All the best semua!

kita akan dapat title DR. 2 minggu lagi.

bertahanlah!

:')




Saturday, June 1, 2013

Paku & dinding.


Maaf. Maafkan.
Tapi, lupakan itu sangat susah. 
Macam paku pada dinding.
Bila kita dah cabut paku itu, lubang paku masih ada.
Sama.
Hati dah berlubang, susah nak ditampal.




Study week seminggu je lagi. Keep calm n tawakkal. Tawakkal buat hati kita hebat. Ya. Hebat. InsyaAllah. :)



Pages