Wednesday, September 21, 2011

LEUKEMIA


Assalamualaikum.

Korang pernah dengar penyakit nama LEUKEMIA? mesti pernah kan..kat Tv melambak cerita pasal hero/heroin yang ada penyakit nih. Kat majalah/surat khabar pun ada gak cakap pasal leukemia. dan..kebanyakan pesakit yang ada penyakit nih x akan lama di dunia nih.

Leukemia nih adalah salah satu adik beradik kanser. Dia nih kanser darah. Darah putih. Dulu, mula2 aku belajar pasal leukemia, aku akan bayangkan orang yang dapat penyakit nih besenya mak/ayah/adik beradik/atuk/nenek mesti ada penyakit nih gak.. tapi bila terkena kat depan mata, baru aku sedar penyakit nih x macam tuh. Kenapa aku cakap terkena kat depan mata? jap..nanti aku story mory kat bawah. Sebenarnya penyakit nih boleh gak berpunca dari genetic iaitu patient tuh maybe ada down syndrome/fanconi's anemia (sila google). Mungkin berpunca dari ibu gak..bila sesorang ibu mengandung menjalani ujian radiation contoh x-ray. Baby yang akan keluar kemungkinan akan dapat leukemia. Epstein Barr Virus pun salah satu punca gak.

Tanda2 penyakit nih pun kadang2 kita sendiri pun confuse. Aku ada jumpa satu patient,5y.o kat HKB yang datang dengan prolonged fever and pale. Then doc diagnosed as leukemia. Hanya demam dan pucat ok! Kalu kita x tahu, mungkin tanda2 tuh perkara bese yang berlaku kan? Aku tengok folder patient tuh. memang +ve. Sel darah putih sangat high >50. Sel darah merah rendah sangat2. Blast cell +ve. Mak dgn ayah dia x boleh terima kenyataan. Terkejut. Yelah, sape x terkejut kan, dahlah dalam keluarga dia sumenye sihat2 belaka. Semalam doc buat bone marrow, BMA(amik sampel tulang sumsum) aspiration kat anak diorang. Situasi semalam memang macam drama tv. Mak dgn ayah dia berpelukan sambil menangis. Mak dia, aku tengok setiap masa berzikir. Time doc nak bius anak dia, dia asyik usap kepala anak dia sambil berzikir kat telinga. Aku tengok sebak. Habis jer procedure tuh, aku kuar, tengok mak dia duk bertafakur kat kerusi luar. Sayu hati aku tengok..

Semalam kakak aku call then bagitahu yang anak sepupu aku masuk ward then refer ke HUSM coz doc diagnosed leukemia. Aku terkejut. Family aku sendiri yang kena. Pagi tadi aku lawat dia. Demam teruk. Badan lebam sana sini. Bibir biru. Muka pucat. Sepupu aku cakap yang anakdia pitam time nak mandi. Aku pun x tahu nak cakap apa..Bila ayah dia datang, anak dia menangis. Sepupu aku dgn husband dia pun nangis. Aku sebak. Yelah, anak diorang ada 3 je. Yang kena leukemia nih pun yang bongsu. Petang tadi doc dah buat BMA. Result maybe tahu esok kot.

Sekarang, baru aku faham yang bila kena kat family aku sendiri, aku x tahu nak cakap apa kat diorang. Kadang2 aku fikir yang kita senang nak pujuk orang lain yang x ada kena mengena dengan kita berbanding ahli keluarga sendiri. Walau sedih macam manapun aku, aku tetap x boleh menangis depan patients. Kadang2 aku kena berlakon yang aku kuat dan tabah. Padahal dalam hati, hanya ALLAH je yang tahu. 2 minggu menjadi seorang pelajar medic tahun 4, macam2 perasaan yang aku rasa. Sayu bila tengok air muka kanak2 yang sakit dan sebak tengok muka parents yang mengharap anak2 diorang sihat. Dan aku harap pengalaman akan buat aku kuat dan tabah. InsyaALLAH...



Thursday, September 15, 2011

1st week

Assalamualaikum..sebelum entry ini bermula dengan lebih lanjut lagi, jom :) sama2~

haha.lama kot x update blog (sambil tiup sawang sana sini). Mesti korang rindu kat aku kan? haha..perasan betol! Ok,semua! Hari nih kak farhana (panggilan baru sepanjang posting paed) nak bercerita la sket..tapi bukan pasal hari raya ye..haha.X tau kenapa kak farhana malas nak bercerita pasal raya. Maybe x ada pic nak upload macam orang lain kot.hehehe.

Untuk pengetahuan adik2 semua (bajet readers muda dari aku), skang nih akak sudah kembali ke USM sejak khamis lepas lagi. Kenapa balik USM awal? Coz kak farhana rindu kat USM! haha.penipuan semuanya. Memandangkan kelas akak start ahad, so akak sangat2 lah boring bile duk memerap dalam bilik, lebih2 agik, sem nih, akak x ade rumet~
Habis citer akak tengok sampai pening kepala coz mengadap kat laptop 48jam.hehe

Tapi, itu adalah citer minggu lepas. Minggu nih, dah start la posting akak kat paediatric ward (wad kanak2).

AHAD
Malam before briefing tuh, mati2 akak ingat briefing bese2 je, bajet 20-30min la briefing tuh, skali dari pagi hingga petang. Amik kau! haha. Balik bilik, dah kena bace buku utk lect keesokannya. Otak time tuh x leh berfungsi dgn sebaiknya coz 5 bln berkarat kan =p

ISNIN
Pagi lect, petang sepatutnya ade neurological exm dgn doc, tapi doc x ade..so balik bilik tido!.hohoho.

SELASA
Pagi lect, petang tuh ade GIT exm..dapat THALLASEMIA patient. Sume soklan yg doc tanya, hanya mampu jawab dgn senyuman yg manis je..haha.sume lupa. Padahal penyakit tula kitorang push time pro lepas. So,seperti bese, kena 'basuh' la sket =p
Malam tuh akak oncall. Agak letih that day. Dari pagi hingga petang. Full! Dahla time oncall tuh, kitorang 4t y ikut abg/kakak2 5th y dgr specialist discuss dgn MO. Tarak paham ma...dan dari oncall la akak dapat belajar banyak benda dan yg paling penting, perlulah ingat dose utk management ok! -_-"
Since that day, akak bertungkus lus utk study diseases yg ade kat ward tuh..agak letih otak~
Since that day jugak, akak dapat sakit kaki(pakai kasut), lenguh lutut(ulang alik hospital-bilik >5 kali), lenguh pinggang(berdiri lama sgt kat ward)

RABU
Pagi tuh lect, petang x ade lect..balik bilik, study lagi pasal diseases~

KHAMIS
Hari nih pergi usha2 utk buat feeding, mandikan baby, breastfeeding counselling~
Petabg tadi ade lect postnatal exm. BEST sgt2~




Skang nih akak dah mula rase bahang kesibukan tuh lepas akak oncall. Nxt week maybe lagi bz coz dah start ke hospital sepenuhnya. hohoho~

p/s: jarang bukak fb coz tenet DM nih lamabat mcm siput.....tp sy bukan siput ;p

Pages