Tuesday, August 24, 2010

food poisoning

salam ramdhan yg ke 15 sume.
pejam celik pejam celik,

dh separuh kite berpuase ye~~~

Alhamdulillah.
cmne pose korng?
ok ka?
aku? ok la
tp bese la pmpuan,x delah sbuln kn???
owkay.stop d c2.hahaha :D

dis week, aku dh start masuk blok communicable diseases.
(penyakit berjangkit).

1st disease adlh pasal diarrhea
iaitu,
cirit birit.

diarrhea nh ade la bbrape causes dia,
antaranye adlh bacterial infections n food poisoning.
sesepanjang blajar dis week,
aku selalu jerk teringat tyme aku
kt MRSM QBER dlu.

alkisahnye....*cewah ;p
satu hari tu, aku pose la ngan geng2 aku.
tyme berbukak,
kitorang kumpula ramai2 kt
dewan selera (DS).
pekerja2 DS tuh sedia la
kuih2 n nasi tuk
kami yg berpuase nh.
tyme tuh, kitorang puasa sunat isnin khamis la.
kuih tuh,actually, dr ptg tuh
ala..kuih tuk mkn ptg..
so,diorg smpan la sket tuk kami yg berpuase nh.
aku n kwn2 nh amik la kuih tu ngan rakusnya.
hahaha.

kuih tuh adlh roti sardin yg
diselaputi oleh telor~

tyme bukak tuh,
akula org yg paling mkn byk benda alah tuh..

x slah aku,10 keping kot.kui kui kui...

keesokannya...

tyme nk bgun subuh,

perut dh memulas2,
tekak dh loye gler..
aku pun trus p bilik air.
n bush.....*buang air.hahaha
n uwekkk....*muntah yer.
masuk bilik smula n x smpai bbrape min,

aku muntah agi..
muntah n muntah...
bab buang air tuh,
toksah ckp la. berkali22222...





ini bukan aku yer~~~

tyme tuh mmg bdn aku lemah gler...
cg bwak aku g hosp kuala berang.

check suhu, 38++++ .
tnggi la.yg normal 36 jek.
doc pun msukkn air kt dlm bdn aku.
tyme tuh mmg dh dehydration gler la..
act,nk dkat 10++ students gak
yg kene
food poisoning tuh.
aku di antara yg pling teruk
*sape suh mkn 10 kpng kn?

so,dkejarkn ke hosp besar kuala trg..
nk dkat sminggu gak la aku jd penghuni kt hosp.
hahahaha.;p


aku tyme kene food poisoning.
dehydration gler..
gambar aku kah itu???

adelah doc gtau,
kuman yg msuk bdn aku
adlh Salmonella sp.
tyme tuh aku x tau pe pun..

haiwan apakah itu????

tp ble dh blajar dis w,
brulah aku tau..

Salmonella sp.
nh mmg sjenis bacteria

yg mnyebabkn diarrhea la.
kalu Shigella sp.,
dpt menyebabkn
dysentery (feces+blood+pus).

sungguh2 la aku ckp..

tyme tuh mmg aku rase ajal dh nk dkat.

tp ALLAH still bg kesempatan kt aku kn?
alhamdulillah~~~ :)

p/s: spanjang pose nh,sy x pernah bgn sahur.
bkn x mau,
mau..
sy kunci jam,

sy suh kwn kol,

tp....bgn2222...

ALLAHUAKHBAR,ALLAHUAKHBAR...

*azan subuh da~~

=_=''

Monday, August 16, 2010

tanda2 kematian~

BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya Dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti Kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat Dan bagi mereka yang sedar Dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti Dan hilang setelah Kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah IA akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu Dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang

p/S: dari tanah kita djadikan, dan ke tanah jualah kita dikembalikan

Sunday, August 15, 2010

mood tunggang terbalik!

salam ramadhan ke-5 semua~~~
skang nh still bz ngan cfcs.
ala..masuk kg, kuar kg tuh.
skang nh bz nk wat preparation 4 presentation
slasa nh. agak kelam kabut n sedy..
kelam kabut coz byk mende kena edit
after jmpe doc pg td.
sedey coz doc ckp slide nh kurang siap
sangat~~~...
adeh..... =_="

ari nh jugak mood utk marah agak tinggi!!!!
hehehehe.
ak x ckup tdo smalam..
yela dh smpai limit tyme aku kene tdo,
tp aku x tdo2 agi..aish..
akibatnye,
aku sakit pale la td.
dh la sakit pale ngan x ckup tido
plus ngan cfcs~~~
w'pun ak try kawal perasaan
amarah aku nh...
tapi............................
syg seribu kali syg...
x dpt ku mengawalnye.hehehe.
termarah ashyok (dak pbL aku).
tp dh ckp sorry pun.hehehe ^_^

ok la. chow dlu.
nk nengok cter jap.
erkkk..cfcs x edit pun agi ;p
kah kah kah..gelak x waras.sekian.tq @_@

Friday, August 13, 2010

selamat berpose~~~

sbelum terlewat....
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK~~~
ok!
hari nh dh hari ke-4 ramadhan.
kamis lepas,
ak balik trg n bkak pose same2 klrga
coz kak yie balik.
taun nh dye raye kat kedah.
besela org dh kawen. raye2 nh
mstilah ikut turn n_n
ak balik shari jer...
smalam dh smpai usmkk...
ak tumpang kak yie yg otw ke kedah...
sedey2..smpai usm,
kol mak.
rase sayu.
ble duk umah,
ak rase malas je nk tlg mak.
mak suh buat itu ini,
aku ckp,
jap agi la...
then, kesudahannya....
mak yg buat ;p
tp, ble balik usm,
rase menyesal x tlg...
slalu jer cm2.
kesian kt mak (T_T)

rayer taun nh kurang meriah utk family ak...
along n abg ak maybe balik raye tyme raye-2/3..
diorg keje tyme raye pertama.
kak yie plak, beraye kt kedha dis year.
so, yg tinggal....
mak,ayah,kak pah n ak...
x delah sedey sgt~~
act.sedey tyme mlm raye jela kn..
kalu taun2 lpas,
riuh gak la umah...
kalu taun nh,cam sunyi jela.

tp,keesokannye, dh x sedey la...
coz kitorg g raye kt kg sbelah ayh.
raye k-2 plak, sebelaah mak.
raye k-3, g umah2 adk bradik/sedara ayah
yg wat umah terbuka..
then,raye k-4,ikut kak yie beraye plak...
coz kak yie akn balik ke trg, raye k-3~~~
hehehehe.
act, x da lah sedey sgt kn???
mybe sedey tyme dgr takbir la kot~~

papehal, nnti ak upload gmbar2 raye
n post kisah rayer :)
erkkk...ari nh baru ramadhan yg ke-4 cik fana ooooiii~~~
hahahaha.
Selamat Berpose sume~~~

Tuesday, August 3, 2010

syurga cinta~




Ok. post kali nh agak menyentuh prasaan sket.cewah..aku amik dis dr fb kwn aku. enjoy it!

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

ok2..bertenang semuanya. sy tau ianya amat susah tuk dcari kan2????... xpa2 usaha tangga kejayaan.hehehehe.;p

ape yg penting, ingat formula D.U.I.T ini.. doa, usaha, istiqamah n tawakkal. ok? :)

Pages