Friday, November 13, 2009

cinta dalam islam


Semua orang petah berbicara mengenai cinta,
tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul?

Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar.

Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling
disukai Allah
ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah.. Riwayat Ahmad

Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, otak mengawalnya.
Jika biarkan cinta kuasai diri
hingga merosakkan hidup,
nescaya diburu
penyesalan sepanjang hayatnya.

Setiap pasangan perlu belajar menggemari
kegemaran pasangannya
dan memperbanyakkan
ciri-ciri persamaan
antara keduanya
bagi melancarkan hubungan dan
komunikasi mereka.

Untuk saling memahami, seseorang perlu
meluahkan rasa hati.
Silapnya
kita sering menganggap
bahawa yang meluahkan
rasa isi hati itu
sebagai pendendam dan celupar.


Keintiman pasangan dilihat sejauh mana
perkongsian citarasa, fikiran, perasaan,
tingkah
laku, hasrat dan keputusan antara mereka.
Keputusan sepakat membawa berkat.
Pasangan
yang tidak ada rasa sepakat,
tiada saling
bergantungan dan
tiada rasa tanggungjawab
adalah
antara petanda bahawa keintiman
antara
mereka semakin berkurangan.

Kualiti perhubungan antara pasangan dapat
dilihat
daripada kualiti komunikasi
sama ada positif atau
negatif.
Kuasai teknik berhubung supaya maksud
anda difahami.
Bersikap terlalu kritis terhadap
pasangan
menyebabkan hilang keseronokan

dalam perhubungan malah timbul kebosanan.


Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung.

Ingatlah bahawa
hati wanita terletak di mulut,
kerana mereka gemar meluahkan perasaan
dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati,
kerana mereka lebih suka memendam rasa.

Sikap cemburu itu pula tandanya sayang,
akan
tetapi cemburu yang berlebihan
adalah antara
petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya.
Cemburu biar kena pada
tempatnya.

Pasangan yang bahagia
menggunakan alasan
untuk membela antara satu sama lain.

Manakala
pasangan yang tidak bahagia
berusaha
mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh.
Pasangan yang selalu hendak menang,
pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi perhubungan
apabila berlaku krisis.


Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi.
Jika setiap pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas,
berlumba-lumbalah mencari kasih
sayang
dan
carilah keredhaan Allah,
itu adalah
sebaik-baik pengharapan.

Cintailah siapa yang kamu cintai,
tapi suatu hari
nanti kamu akan berpisah dengannya,
tetapi
mencintai Tuhan kekal buat selamanya.

rujukan :http://ms.shvoong.com/humanities/1801331-cinta-dalam-islam/




p/s : cinta aku di dunia n akhirat...insyaALLAH
  1. ALLAH SWT + ISLAM
  2. Nabi Muhammad SAW
  3. mak n ayah
  4. along, kak yie, abang, kak pah
  5. die...
  6. tokki + tok +mak sedare + sepupu + seangkatan dgnnye...
  7. kawan2 aku...

2 comments:

  1. salam...
    bagi aku, sekiranya isteri berjaya mengambil hati ibu mertua, sudah pasti suaminya juga akan redha dengan isterinya itu.

    ReplyDelete
  2. salam.
    ye ke? hmm...mybela..
    tp camne isteri tuh hipokrit ngan nak mertua..maknenye x ikhlas la,just tok amik hati husband dia????

    ReplyDelete

Pages