Monday, December 31, 2012

Bye 2012!

.
Hari nih hari terakhir menjadi seorang manusia yang berumur 23 tahun. Bertambah usia satu tahun, dan semakin dekat dengan kematian. Tahun 2012. Orang cakap tahun nih akan ada kiamat. Sebab 21/12/12 jatuh pada Jumaat (kiamat hari jumaat). Tapi tak ada pun. Eh, korang percaya ka? Aishh..tak baik percaya benda-benda semua tuh sebab tanda-tanda besar untuk hari kiamat masih tak kelihatan. So, sila jangan tersesat. :)

Ok. Sekarang nak bercerita pasal 2012 aku. Cewah! haha. Tahun nih banyak benda berlaku.

Awal tahun + Pertengahan tahun .

Menjadi sebagai pelajar perubatan tahun 4 yang banyak gila melalui posting itu dan ini. Tahun nih banyak kenal rapat dengan kawan-kawan satu group aku yang selama nih aku rasa diorang macam orang asing ja.hahaha. Awal tahun yang menjadikan aku kaki jejalan. Awal tahun yang enak bersuka ria sesama kengkawan satu group. Pergi menapak sesama di Jeram Linang. Sambut besday sesama kami, me n ikmasiahkak yana n selebihnya yang aku tak update di sini.haha. Jejalan reramai lepas dapat tahu cool blog baru bukak kat depan nih. Gaduh2 sambil tarik rambut sesama kami.eh? tarik kolar ja.haha. Kami gaduh sekejap2, dan baik2 semula. Biasalah, gaduh adik beradik.;p Dan satu lagi berkenduri makan durian selepas aku sedih exam clinical O&G aku hari tersebut.sekian. >.<

Involve MSFT punya program. Mungkin yang ini last kot? Dah tak kesempatan je aku nak involve lagi nih..sedih la plak.hoho. Dan secara julung2 kalinya aku menjadi exco tempat untuk grad nite senior aku. Pengalaman paling best buat aku walaupun time tuh aku tengah pulun posting O&G. Sebab grad nite tuh, aku ada kawan baru kat fb, .hahaha.betol la! aku susah giler nak accept someone tuh jadi aku punya friend kat fb. Kalu aku accept korang punye fb untuk jadi kawan, maknanya korang bertuah.hakhak. Tapi sejujurnya, aku sangat enjoy time pembikinan majlis tuh. Terima kasih buat saudari yang menjemput saya menjadi sebahagian daripada geng2 makan malam.hahaha.

Akhir2 tahun. 

Pengahiran tahun yang tak berapa nak bergembira sangat. Aku terpaksa berpuasa 3 minggu di USM nih selepas dinobatkan menjadi sebahagian daripada student 4th year yang remedial.ok fine! Yang nih bagi aku sangat kelakar. Lepas dapat tahu kami (2-3-5 org lagi kawan aku) yang remedial, dari pejabat akademik, ke HEP, ke stesen bas dan naik atas bas nak balik rumah mengenangkan nasib kami sebagai budak remedial.haha. Bila teringat balik, ada hikmahnya kami remedial. Tak payah bersusah payah pikir pasal elektif. Tapi terpaksa bersusah payah pikir pasal nak lulus naik tahun 5.haha. Tak payah pikir nak pergi hospital naik apa untuk elektif. Time tuh, kesedaran sangat tinggi. Study betul2 for the sake of future. Sanggup berkorban time tidur. Belajar banyak benda dari doktor. Dan akhirnya kami berjaya lalui semua itu beb! weee~~

Dah naik tahun 5. Kami masih kanak-kanak ribena yang riang yang memerlukan kasih sayang.haha. Kepahitan naik tahun 5 rasanya lagi banyak kot dari 4th year. Dulu, kalu rasa cam stress tak nak study, letih ke apa, stop study, tutup buku/notes pergi tidur. Sekarang nih nak buat macam tuh kena pikir 2-3 kali sebab final year dah dekat kot?? huhu.




Azam tahun baru 2013 kali nih sangat simple. Aku nak BERGRADUASI. Itu sahaja. Please, doakan kami semua lulus PRO 3 bulan 6 nih. Dengan itu, maka kami semua officially, DR.___________(sila isi nama masing2) . insyaALLAH. Amiinn :)












2 comments:

  1. amin.
    sla doakan nonstop supaya kita sume boleh grad, bakal work-mate.

    ReplyDelete
  2. cant wait to grad..gonna miss grup 4 so much!!!

    ReplyDelete

Pages