jakim
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis
Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari
Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Keputusan :
Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis
Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari
Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Keputusan :
Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang
Islam beberapa
kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan
ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;
Islam beberapa
kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan
ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;
1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan
dengan akidah Islam.
dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan,
perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat
Islam.
perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat
Islam.
Contohnya;
i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas
dan sebagainya.
dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada
anggota tubuh.
anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang
bukan Islam.
bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang
bukan Islam.
bukan Islam.
2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan
atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang
diamalkan oleh masyarakat Islam.
atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang
diamalkan oleh masyarakat Islam.
Contohnya:
i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang
melambangkan agama;
melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas,
kuil atau memecah kelapa;
kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat
dan sebagainya.
dan sebagainya.
3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan
pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam”
ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan
akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara
ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menjolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.
4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh
“menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
“menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan,
perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam
tentang kepercayaan dan amalan mereka.
perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam
tentang kepercayaan dan amalan mereka.
Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.
5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama
sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.
sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.
No comments:
Post a Comment