Semua orang petah berbicara mengenai cinta,
tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul?
Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar.
tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul?
Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar.
Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling
disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah.. Riwayat Ahmad
Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, otak mengawalnya.
Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup,
nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya.
Setiap pasangan perlu belajar menggemari
kegemaran pasangannya dan memperbanyakkan
ciri-ciri persamaan antara keduanya
bagi melancarkan hubungan dan komunikasi mereka.
Untuk saling memahami, seseorang perlu
meluahkan rasa hati.
Silapnya kita sering menganggap
bahawa yang meluahkan rasa isi hati itu
sebagai pendendam dan celupar.
Keintiman pasangan dilihat sejauh mana
perkongsian citarasa, fikiran, perasaan,
tingkah laku, hasrat dan keputusan antara mereka.
Keputusan sepakat membawa berkat.
Pasangan yang tidak ada rasa sepakat,
tiada saling bergantungan dan
tiada rasa tanggungjawab adalah
antara petanda bahawa keintiman
antara mereka semakin berkurangan.
Kualiti perhubungan antara pasangan dapat
dilihat daripada kualiti komunikasi
sama ada positif atau negatif.
Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami.
Bersikap terlalu kritis terhadap pasangan
menyebabkan hilang keseronokan
dalam perhubungan malah timbul kebosanan.
Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung.
Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut,
kerana mereka gemar meluahkan perasaan
dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati,
kerana mereka lebih suka memendam rasa.
Sikap cemburu itu pula tandanya sayang,
akan tetapi cemburu yang berlebihan
adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya.
Cemburu biar kena pada tempatnya.
Pasangan yang bahagia menggunakan alasan
untuk membela antara satu sama lain.
Manakala pasangan yang tidak bahagia
berusaha mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh.
Pasangan yang selalu hendak menang,
pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi perhubungan
apabila berlaku krisis.
Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi.
Jika setiap pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas,
berlumba-lumbalah mencari kasih sayang
dan carilah keredhaan Allah,
itu adalah sebaik-baik pengharapan.
Cintailah siapa yang kamu cintai,
tapi suatu hari nanti kamu akan berpisah dengannya,
tetapi mencintai Tuhan kekal buat selamanya.
rujukan :http://ms.shvoong.com/humanities/1801331-cinta-dalam-islam/
p/s : cinta aku di dunia n akhirat...insyaALLAH
- ALLAH SWT + ISLAM
- Nabi Muhammad SAW
- mak n ayah
- along, kak yie, abang, kak pah
- die...
- tokki + tok +mak sedare + sepupu + seangkatan dgnnye...
- kawan2 aku...
salam...
ReplyDeletebagi aku, sekiranya isteri berjaya mengambil hati ibu mertua, sudah pasti suaminya juga akan redha dengan isterinya itu.
salam.
ReplyDeleteye ke? hmm...mybela..
tp camne isteri tuh hipokrit ngan nak mertua..maknenye x ikhlas la,just tok amik hati husband dia????