Monday, August 22, 2011

Raya tahun ini


SALAM RAMADHAN ke 23!!

waa...6 hari lagi mau RAYA! Baju raya baru je siap hari nih. Lame kot baru siap.hehehe. Ok, raya tahun ini sangat2 berbeza.kenapa? Jom usha...





1. Raya tahun ini aku x payah pening2 kepala nak pegi beli tiket kat depan USM tuh. Tak payah pening2 risau tiket habis ke apa ke coz skang nih aku dah ada pun kat kampung tercinta..hehe




2. Raya tahun ini kuih raya umah aku sangat sedap coz aku yang buat.haha. propa je lebih kan??? Padahal aku sebagai assistant je pun kat dapur tuh. ;p
Opss..picture di atas bukanlah kuih raya umah aku. Itu atas sumbangan mr. google!!




3. Ini dia yg ditunggu2.... REUNION! eh, kat atas tuh, bukan kawan aku.haha. Aku ada reunion raya ke3/ke4 nanti. reunion ex sekolah lama aku. Sek.Men.Keb.Komp.Gong Badak. Budak2 1,2,3 Al-ghazali. Kitorang dulu budak2 dari kelas arab. errr..caye x aku nih budak kelas arab? haha. sila percaya ok! Dulu, ada satu je kelas arab nih,so, dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 3 duk kelas sama la..muka orang sekeliling pun sama. hahaha. Sori, aku x dak gambar kawan2 aku dulu..almaklumlah dulu miskin, x mampu nak beli kamera/hp..bajet macam aku kaya je skang nih kan? =p




4. Raya tahun nih, lengkaplah anak2 perempuan Hj. Kamaruzaman dan Hjh. Sawiah. Tahun lepas, kakak aku yang pakai spek tuh raya kat kedah coz turn husband dia, so skang nih turn terengganu la plak. errr..dua2 kakak aku pakai spek kan?? korang pilih la yang mana satu dah kahwin.haha. Tapi yang x best, anak2 lelaki Hj. Kamaruzaman dan Hjh. Sawiah plak x cukup..abang aku yang sulung balik raya ke-2.




5. Dan yang paling terakhir, raya tahun nih aku daapt posting kat paediatric ward. :)
Sebelum dapat tahu posting kat mana, sibuk nak study la, tapi bila dah dapat tahu, malas ok! haha. takpelah, manfaatkan masa di rumah dengan sewajarnya sebelum bergelar student USM kembali =p


Bila dah nak dekat2 raya nih, janganlah 'tergelincir' puasa ye! puasa tetap puasa! ;D

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”


Thursday, August 18, 2011

LAILATULQADAR


SALAM RAMADHAN ke 18! dan malam ini malam ke 19! :)

Sekejap je dah nak sampai pun malam lailatulqadar.



Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "


Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "


Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "


Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "


Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?" Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "

*Sumber-Jais*

p/s: tp,korang janganlah duk ibadah 10 hari terakhir esp malam ke 27 tau je! ibadah kenalah berterusan.ALLAHUALAM :))

Mana mak?....


Lumrah hidup..seorang mak boleh jaga 10 orang anak..tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang mak~


"Mana Mak?"

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Wednesday, August 17, 2011

Pohon kekuatan

SALAM RAMADHAN ke 17! dan juga SALAM NUZUL QURAN...

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


*sumber: wikipedia*

Camne nak mulakan eh?? Aku x tahu aku nih ok ke x? hahaha.(gelak x ikhlas)

Bila dah terbaca blog tuh, aku agak terkejut..tapi aishh..ok2.aku speechless jap. >.<

Mungkin ayat2 hadis nih buat aku tenang ya ALLAH.

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

ya..aku akui itu.kesalahan terbesar dalam hidup aku adalah 4 tahun dahulu...

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

aku harus yakin dengan itu...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi

aku hambaMU yang amat lemah ya ALLAH...

p/s: aku pohon kekuatan dan ketabahan dalam diri aku.

Tuesday, August 16, 2011

1st posting-Paediatric ward :)

SALAM RAMADHAN ke 16!!

"Pediatrics or paediatrics is the branch of medicine that deals with the medical care of infants, children, and adolescents. A medical practitioner who specializes in this area is known as a pediatrician or paediatrician"

Mesti korang tertanya2 kan? kenapa la minah nih post pasal paediatric plak kat sini..in english plak tuh.(ok2..bajet cam orang tanye =p).

Ok. Dengan ini diumumkan bahawasanya jadual posting aku dah keluar hari ini bersamaan 16 Ramadhan..dengan itu, aku dapat 1st posting di PAEDIATRIC WARD!!! kekeke..

Aku happy? maybe coz bila tengok balik jadual tadi, aku dapat O&G (pasal orang beranak) last sekali.hehehe *muka bangga*


adakah aku dapat jumpa budak2 macam nih?? hahaha..ok2.aku bajet cam aku duk kat oversea kan? study local je cik fana weh! hohoho (err..maybe anak foreigner? ;p)

Apa2 pun, niat mesti betul ok! Hati biar ikhlas nak rawat orang nih. Pesanan untuk diri sendiri,sila banyak2 bersabar since aku nih panas baran.hahaha


Monday, August 15, 2011

Perempuan dihujung ramadhan

SALAM RAMADHAN ke 15!

Sabtu lepas, aku dengan mak aku ada tengok satu cerita cerekarama nih kat TV3. Best gak cerita dia. Best+geram=menyampah..hahaha. Tajuk 'PEREMPUAN DIHUJUNG RAMADHAN'. Mula2 cerita nih, kitorang buat andaian macam2. Itulah..inilah..dan akhirnya andaian kami terkena! haha :D

Opening cerita nih, si adik nih dah koma dengan ditemani dengan husband dia. Bila dah tersedar, si adik nih suruh husband dia cari kakak kandung dia.jeng..jeng..jeng..kekeke



Ok..ini si adik. Kenal x pelakon nih? ala..kelahiran AF2. Zarina. Dia nih, kalu berlakon, x pernah jadi baik kan? asyik jahat je. Tapi best lah dia berlakon *wink2*. Si adik nih (x ingat nama watak dia) duk tumpang rumah kakak dia. Kakak dia dah berkahwin dan ada sorang anak. Dia duk kat umah kakak dia coz nak cari kerja kat bandar KL tuh. Tapi, still x dapat lagi. Sementara nak dapat tuh, dia tolonglah si kakak jaga anak kakak dia. Satu hari tuh, kakak dia nih kena outstation kat Sabah 4 hari. Dan bermulalah..



Dan ini adalh si abang ipar yang gatai!!! (ok,emo jap). Satu hari tuh, dia balik rumah awal coz pening kepala. Masuk je dalam rumah, dia tengok si adik ipar dia nih x bertudung (dalam cerita nih,zarina bertudung) tengah main2 dengan anak dia. Dia pun tergamam la coz konon2 si adik ipar nih cantik x bertudung la..ala2 jatuh cinta gitu! eee...benci ok! (ok,emo agik). Lama2, diorang berdua nih bercinta!! Si adik ipar nak suh si abang ipar dia nih bertanggungjawab la kan, yela diorang dah terlanjur -_-"



Ini plak si kakak. OK,watak nih paling kesian. Satu hari balik dari kerja, husband dia nak ceraikan dia coz alasan si isteri nih busy. Dalam cerita nih, si isteri memang busy la kan, tapi lelaki..biasalah guna alasan itu untuk cerai (ok2,emo agik). Husband dia terus terang yang dah bercinta dengan si adik pempuan nih. Lepas tuh, boleh plak si husband berpakat dengan si adik ipar buat fitnah and cerita kat mak diorang yang si kakak nih curang kat luar. Mak si kakak nih halau dia keluar dari rumah. Start babak nih memang sedih giler. Kesian giler kat si kakak nih.hukhukhuk..

5 tahun berlalu, si adik ada kanser stage 5 (padan muka!) nak jumpa sangat2 dengan kakak dia coz nak mintak maaf la kan. Kakak dia dah lama maafkan adik dengan husband dia. On the way dia nak pergi hospital nak jumpa family dia, dia accident then mati...sedih betul coz mak dia nak sangat jumpa dia..yelah, mak dia baru je tau yang si adik fitnah si kakak.

Tapi aku happy gak coz padan muka si adik dengan husband dia. Biar diorang sesal seumur hidup!! hahahaha..ok2..aku kejam! =p

p/s: calon2 suami aku mesti penuhi kriteria ini...
1. Terima aku dan family aku dengan seadanya.
2. Dia nak kahwin dengan aku,bermakna di pun kahwin dengan family aku!
3. Yang nih penting..faham kerjaya aku sebagai doktor nanti. Yang selalu busy dengan oncall bagai. Nanti bila dah kahwin, jangan bagi alasan curang sebab aku busy ok!

Sunday, August 14, 2011

kepadamu JPA



Who are you : seorang baik hati? nge~~~
Your name in my phone : ada ka?
Whether I would go out with you : kalu u sudi, i lagilah sudi *wink2*
Who are you to me : kwn sejati sepanjang i bergelar student =p
What do I like best about you : tyme u 'masuk meminang' i kt bank :D
What do I dislike about you : u main2kan perasaan i bila i perlukan u saat 'kering'
My favorite memory of us : beli itu dan ini..weee~~~
My first impression of you : seorang..eh..sesuatu yg baik hati!!!
How close are we : a good friend!

Pages