Sunday, February 10, 2013

Berharap


Kita berbeza.

Jaun berbeza.

Sangat, sangat berbeza.

Kau suka A, aku suka B.

Kau pandai C, aku pandai D.

Kau alien, aku manusia.

Mana mungkin akan bersatu.

Lambat laun, kau akan pulang.

Ini bumi. Bukan rumah alien...

Aku patut sedar.

Ya. Sedar.

Aku patut bangun.

Ya. Bangun.

Bangun dari kelalaian ini.

Supaya tidak terluka lagi.

Kerana aku benci akan kesakitan itu.

Ya. Sangat benci.

Aku berharap.

Berharap agar kita perbaiki diri masing2.

Bersifat mahmudah la selagi mana mampu.

Jauhilah mazmumah itu.

Berdoalah supaya dipermudahkan segalanya.

Berdoalah yang terbaik.

Terbaik untuk kau dan juga aku.

Berharap agar fitnah itu jauh dari kita.

Ya. 

Fitnah itu yang menjarakkan kita.






-farhana,10 Feb 2013, 8.59pm-







Friday, February 8, 2013

Setia Hujung Nyawa


ASSALAMUALAIKUM!

USMKK makin hari, makin sunyi. Skang nih kan, cuti chinese new year, so semua orang balik. Cuti seminggu kot. Aku nih pun, terperangkap kat sini coz aku nak pergi kenduri kahwin kawan baik aku Isnin nih. Kalu tak, memang aku pelajar pertama blah kot dari USM nih after interview Rabu lepas.hahaha.

Ok. Plan sebenar aku nak stay la kat USM nih hingga Isnin, then balik umah Selasa pagi. So, bolehlah aku nak study2 sket.bajet! hahaha. Tapi kan, suasana yang makin hari makin sunyi nih, memang mencabar la. Dah letih study (kononla...) duk mengadap laptop sambil terpikir nak tengok cerita apa. Korea? memang tak la..tak terasa sangat nak tengok..kalu mood datang je, tengok.hahaha. Then, ber'fb', tengok orang duk kecoh dengan drama Setia Hujung Nyawa. Cerita nih dah habis kot Khamis lepas. Sebelum nih aku ada dengar gak pasal cerita nih. Dengar jelah, tak tengok pun...Ramai kot duk tergila2kan cerita nih. Diorang cakap hero dia sweet la, hensem la..tapi aku tengok macam biasa2 je. Aku nih pelik sket, bila orang lain cakap hensem, aku cakap biasa2 je. Bila orang cakap tak hensem aku cakap hensem. hahahahaha. hensem kan subjektif? ;p






So, dengan keyakinan yang agak tinggi mengatakan internet kat USM nih laju (ramai student dah blah), aku pun google la Setia Hujung Nyawa nih.. 1st episode, ok la..2nd episode, hmmm not bad, 3rd episode, aku dah cair dengan hero nih.hahaha. Heroin dia sweet. :)





Hero dia nih muka dia macam lelaki biasa je. Tapi suara dia..perrggghhh macho beb! hahaha. Memang cair. Heroin dia comel! Dia nih pernah berlakon banyak drama, tapi tak pernah jadi heroin, kalu tak salah akulah.. Dia nih muda lagi, lepasan SPM rasanya..tak sure. Drama nih ala-ala Vanilla Coklat. Dua2 comel dan sweet. Sinopsis? Semua orang dah tahu, so aku malas nak taip.muahahahaha XD



ok.sambung study =p


p/s: GILA! Aku boleh hidup tanpa handphone 2 minggu ++++. Tahniah untuk diri sendiri *clap.clap.clap*







Thursday, February 7, 2013

Thursday, January 31, 2013

Kisah semalam



Ini kisah semalam.
kisah lepas habis exam anaesth.
kitorang plan secara mengejut.
kumpul orang ramai2.
start kereta.
pergi KB Mall.


19th January + 31st January.
BEL n K.TQAH





Birthday girls 2 di tengah.
2 di tepi, abaikan.hahaha.





2 di tepi comel.
Tengah itu comot.hahaha.










Baru persan..muka diana n dayah sama....>.<
ok.fine.tudung aku membulat =.=







semua pakai tudung dan sorang ja yang 'free hair' di situ ;p




Selamat hari kematangan Bel n K.Tqah!
Semoga panjang umur, murah rezeki,
dan semoga berjaya di dunia mahupun akhirat :)

Gembira sakan lepas exam anaesth semalam.
Rasa lama tak keluar dari HUSM.hahaha.
Letih bergelak ketawa.
dan ya..saya akan rindu awak2 semua! :D



next week interview SPA..
semakin terasa bahang penuaan serta bahang PRO =.=











:)







senyum.
tidak menjejaskan kesihatan.
langsung tidak.






Tuesday, January 29, 2013

Kecil






Hati ini,semakin hari semakin mengecil..kecil...dan keciiiiiiillllllllll..


nah! ini semut 























.
kecil macam semut






Sunday, January 27, 2013

Mencari penyakit ;p


Hari ke2,minggu ke 2 Anaesth.
dan aku dah pun 'terjatuh hati' kat posting nih.hahaha.
Aaaaa...apa aku dah buat nih?
mana ortopedik aku? hahaha.
Tapi kan, kena pikir berulang kali untuk amik ortopedik.
Kalau amik anaest, boleh jaga anak2.heee~~~

Minggu nih suara aku hancus!
=.=
Penyakit selesema n batuk nih datang dengan tiba2.








Tak paham aku.
Tak menjemput kot?
Sudden gila onset dia.
Bangun pagi, terus tak ada suara.
Kalau ada pun suara cam Ramli Sarip tuh =.=
Berbiji2 gak la PCM aku telan.
Selera makan pun hancusss.=.=
Batuk2.
Muntah? perkara biasa.
Paling biasa time pagi.
Aishhh..macam morning sickness plak sebelum pegi kelas.
Tak pa. Practice make perfect.eh? hahaha :D
So, this week, aku awalkan diri aku untuk tidur.
Before 12am tuh, aku akan tidur.
Aku tahu, aku dapat penyakit nih sebab aku sendiri yang mencari penyakit.
Lately, kerap sangat ber'embun'.
So, stop dulu, sihat nanti sambung balik.
Al-maklumlah..saya budak final year yang terpaksa mencari sesuap ilmu.
hakhakhak XD


ok.sambung makan nasi ayam, minum ice blended(takpernahinsaf).;p

p/s: bimbang coz hari tuh duk sentuh TB patient.tapi dah tak bimbang sebab lepas makan PCM,kembali bertenaga.muahahhaha XD






Pages