Saturday, October 26, 2013

hidup kini









Inilah life aku sekarang.
pergi kerja 615am,balik after 8pm.
Heeeee~~~


Banyak benda dah berubah.
Hanya mampu berdoa.
Minta yang terbaik.


:)




Sunday, September 1, 2013

Tuesday, August 27, 2013

Friday, August 23, 2013

Kucing



Sejak bila aku suka kucing pun aku tak tahu. Kenapa aku suka kucing pun sukar untuk aku mengerti diri sendiri ini.hahaha.

Setahu aku, aku tak ada la obses sangat dengan makhluk ALLAH yang berbulu nih. I mean, dulu la..haha. Yang aku ingat, bila aku mula masuk matrikulasi, aku ada kawan yang suka kucing. So, dari situlah aku ter'obses' kat binatang berbulu tuh. Tapi mak aku pernah cakap yang time aku baby, aku suka tidur dengan kucing sampai aku ada lelah time tuh. Kirannya aku dan ter'obses' dengan kucing since aku baby lagi.haha.

Bila aku masuk USM nih, ada lah berekor-ekor kucing berkeliaran kat asrama aku. Diorang suka buang tinja-tinja mereka kat kasut kitorang dan juga kat bilik air. hahaha. Budak-budak asrama semuanya bengang dengan binatang berbulu nih.  Aku? Sepanjang aku duk kat USM, aku boleh bilang dengan jari je berapa kali aku marah kat binatang berbulu tuh sebab tinja mereka.hahaha. Aku tak kisah sangat sebab diorang kan kucing, so comel, so kesian plak nak maki hamun. Lagipun bila dah ada najis tuh yang terkena, amik kasut, basuhlah..dan taktiknya, korang jangan marah diorang depan diorang tahu. Dari pengalaman aku, kawan-kawan aku yang marah kucing depan-depan akan terima nasib mereka di kasut mahupun depan bilik masing-masing.hakhakhak XD

Aku suka kucing, tapi kucing tak pernah nak suka aku. Aku pun tak tahu apa sebab dia. Sedih oooo..semua kucing USM tak suka aku. Aku beru je lalu tepi diorang, zuuuuuuuppppp!!! diorang lari sekuat hati. Woii!! ingat aku hantu ka? Sampai hati. huhuhu. Tapi ada sekor je kucing USM yang suka menggesel kat orang. Kaler kelabu.





Yang nihla kucing tuh. Time nih kitorang duk study group waktu malam. Tiba-tiba je dia datang manja-manja dengan kitorang. Mula-mula mengiau, then panjat kerusi, panjat meja, last-last landing baik punya kat atas soalan MCQ. Muka kawan aku tuh walaupun nampak happy, sebenarnya agak bengang dengan kucing kelabu tuh sebab air liur si kelabu tuh tumpah kat atas kertas soalan dia.hahaha. Yang peliknya, kucing nih akan datang kat kitorang time malam je. Bila kitorang buat study group waktu siang, tak da la plak dia datang. So, aku membuat kesimpulan, si kelabu ini ada rabun siang. ok.noted! hahaha


Kucing paling best yang aku pernah jumpa mestilah Si Tom Pasir Mas. :)


Comel kan dia? Bulu best ooo..muka dia macam kuih pau. Oho! aku tak makan kuih pau sebab muka kucing macam kuih pau. kehkehkeh. Dia nih kan, tak pernah nak marah aku, cakar aku mahupun lari dari aku macam kucing lain. Kalau aku buat apa-apa pun dia ok je..buat derkk je.hahaha. Dia nih suka duk kat kenderaan orang ooo..lepas tuh buat muka derk..tak pun muka cute ala-ala tak bersalah gitu. So, sampai hati nak marah?  Tak da oooo..kehkehkeh.




Yang nih, time kitorang balik dari klinik kesihatan, nampak dia slumber gila duk atas kereta kawan aku.hahaha. Owner kereta nih siap suh aku amik si Tom tuh coz dia tak suka binatang berbulu. Aku plak, boleh je buat derk..siap ber'snap' gambar lagi dengan kawan aku nih.hahaha. Aku suka gambar nih. Lau yang comel. Kereta cun. Si Tom yang cool. Perghh..siap jilat bulu lagi tuh. Tak sedar yang owner tuh marah dia.hahaha..btw, aku rasa si Tom nih rabun kot..kalau aku buat mimik muka apa-apa depan dia, mesti dia buat derk je..ke dia taknak layan aku?? -__-"


p/s: kalau ada kucing yang menyombong dengan aku, aku akan tarik ekor mereka sambil bergelak ketawa.hahaha :p





Thursday, August 22, 2013

Mimpi






Semalam kan aku mimpi aku jadi gemok macam kucing nih.

Sejibik ok! 

Betul.tak tipu!





gila scary mimpi aku kali nih -___-"





Wednesday, August 21, 2013

Have fun!


ASSALAMUALAIKUM!

Haluuu!!! Salam 15 Syawal. Malam tadi kan, malam 15 Syawal, bulan penuh..cantik~~!!! Sepanjang aku tilik bulan antara Kelantan dengan Terengganu, bulan dekat Terengganu lagi cantik oooooo!!! hahaha.


Dah nak masuk bulan ke-2 dah aku 'menanam anggur' secara bertauliah nih.hahaha. Bahagia kot. Nak pergi bercuti, duit tak ada..sapa mau sponsor aku? kehkehkeh. Aku mau pegi Kundasang,Sabah! Aaaaahhh.nih sebab terpengaruh dengan novel Ramlee Awang Mursyid nih.hahaha. Dah lama bermalasan macam nih, nanti nak pergi kerja mesti liat nih.hahaha.


Dan menganggur macam nih, memang free je la kan masa aku. Stalk orang itu la, orang ini la.hihihi. Yang paling best, aku usha kawan2 aku yang kahwing sepanjang Syawal nih. Cantik pelamin diorang oooo..melting sekejap. hahaha. Tak ada keje betul la aku nih. Dah bosan stalk orang, baca komik berulang kali, tehn gelak sorang.kahkahkah.


Ok. dah habis buang masa kat blog nih lagi. Nak chow! sebenarnya aku duk sibuk on9 cari hotel kat penang nih. Nak sewa. Aku konvo bulan 9 nih.weeee~~!!! *senyumsampaitelinga*


Pakcik SPA, bila mau send itu surat induksi dan posting aaaa???? saya mau keje maaa..mau kumpul duit2, then mau pigi bercuti maaaaa..



p/s: Aku harap aku dapat posting kat dalam Malaysia je.eh? haha =p







Thursday, July 18, 2013

Huh.



Bila rakan baik terdahulu remove anda dari friend list FB....



sekali diri ini di'removed' tak akan sekali diri ini 'accept' semula.

Ya. Hati aku sangat keras bila ada orang yang mulakan.



Tuesday, July 16, 2013

Angan-angan


Korang ada angan-angan? Yup! angan-angan, bukan impian. Hahahaha. Mungkin bagi orang lain, angan-angan=impian. Tapi bagi aku tak. Impian macam cita-cita kita yang harus kita laksanakan untuk menjamin masa hadapan kita sebagai contoh nak jadi doktor, nak beli rumah besar nak beli kereta. Kalau angan-angan, ianya lebih kepada harapan kita yang umpama kepulan awan kata atas tuh. nampak best je kalau disentuh, tapi amatlah mustahil untuk disentuh. Secara ringkasnya angan-angan kalau tau kita laksanakan pun tak menjejaskan masa hadapan kita sangat. Eh? Apa aku cakap nih? hahaha. Oklah. Sukati lah. Sapa-sapa yang rasa angan-angan=impian, korang bolehlah baca post nih sebagai impian aku walaupun sebenarnya adalah angan-angan aku. Apa yang aku mengarut lagi nih? kehkehkeh =p


Aku tak pinta berbilllion-billion angan pun.


Hanya dua. Ya dua.


Angan-angan pertama:

GUNUNG KINABALU




Yup! Sejujurnya aku nak sangat-sangat-sangat pergi panjat Gunung Kinabalu nih. Nih semua gara-gara aku tengok cerita Hatiku di Kinabalu tuh.hahaha. Semangat lagi bertambah bila blogger Hanis Zalikha ada bercerita pasal dia pergi panjat gunung nih awal tahun 2013 kat blog dia. teruja beb~!! Aku pun bersemangat lah google info pasal Gunung Kinabalu nih. Survey punya survey, poket perlu ada sekurang-kurangnya RM3000 (tiket fly pergi-balik,panjat,shopping,makan). Aaaahhh. Aku dah aim. Satu hari nanti aku mesti pergi jugak kat sana. Nak panjat Gunung Kinabalu sambil nyanyi lagu nih

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh 
hati saya rindu..

Hehehe. Aku dah ingat dah lagu nih. Satu rangkap nih jela. Panjang lagi sebenarnya lagu nih. Cukup lah hafal satu nih je kan? hehehe. Orang cakap nak panjat gunung nih perlu ada stamina yang kuat meaning kita kena training berbulan-bulan naik turun bukit and jogging supaya keadaan kita okey di sana. huhuhu. Aku bab-bab exercise nih dah lah malas. Lebih-lebih lagi time 'tanam anggur' nih. Nanti dah keje, lagilah malas bertambah-tambah. *sigh*

Btw, dongeng Gunung Kinabalu nih ada pelbagai jenis tau. Ada yang cakap puncak dia jadi tajam macam tuh sebab ekor naga pukul. Story pasal naga nih aku kurang ingat sket. Kawan aku dah cerita dah pun tapi aku tak berapa nak ingat sebab aku lebih tertarik kat next dongeng dia. Asal-usul nama Gunung Kinabalu nih dari balu cina. Kisah dia tentang kesetiaan. Yeah~!!! that's why aku nak panjat sangat panjat gunung nih. Nak amik badi kesetiaan itu.hahahaha =p



Angan-angan kedua:

BULAN & BINTANG





Aku nak sangat, satu hari nanti aku akan ada peluang baring atas rumput di padang yang sangat luas, tengok bulan dan mengira bintang sambil makan aiskrim bersama yang tersayang. Kami akan bercerita itu ini, kisah suka, kisah lawak juga kisah sedih. Berjanji setia berbahagia bersama hingga ke syurga. :')


Btw, yang tersayang itu haruslah sudah halal untuk kami berdua, kalau tak, nanti kawen free.hahahaha.



wassalam. Salam Ramadhan ke-8 semua~!! :)







.

Thursday, July 11, 2013

Bebelan Ramadhan


Salam 3 Ramadhan~

Alhamdulillah, 3 Ramadhan suda..rutin harian aku berubah 270 degree time bulan puasa nih. hahaha. Lepas sahur, tidur, tapi untuk 2 hari nih(macam sekarang) tak tidur pun. Tak lena. So, alang2 tak boleh tidur, terus tunggu untuk subuh. After subuh, aku terus terjun atas katil and then ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.. Bangun2 jam menunjukkan pukul 1.00pm (ayat haruslah ikut seperti yang kita tulis dalam esei BM time sekolah.ahaks). Ok. Aku tak salah taip. Ya, 1.00pm. Bukan salah aku. Langsir tingkap bilik aku menutup sinaran matahari menerjah ke dalam bilik aku, lantas sel2 otak aku menafsirkan masih awal lagi jam tika itu.kehkehkeh. (well, BM aku A+.hahaha). Bangun je dari tidur aku rasa bersalah then janji kepada diri sendiri untuk bangun lagi awal untuk keesokannya tapi apakan daya, mata ini tak mampu ku melawannya. =p


Lepas zohor semua, aku duk lepak2. Nak tengok TV tak boleh sebab petang2 camtuh, TV mak aku punya. Tengok indon/filipina/korean drama dia. huhuhu..Aku lepak kat bilik la. Sambil baca novel. Banyak gila novel kat bilik aku nih.hahaha. Kalau malas nak baca novel, aku ulang balik komik Detective Conan. Kena baca banyak kali wehh sebab aku dah makin lupa watak2 dalam cerita tuh. Yang basic cam geng2 diorang aku ingat la. Yang latest nih, watak2 baru dah muncul wee..especially geng2 baju hitam tuh. Kalau tak tahu, susah aku nak baca untuk next episod................Woi Fana! ko ingat nak PRO Detective Conan ka? kahkahkah XD


Ok.sambung balik. Bila dah asar, solat semua. Then, masuk 'office' la aka dapur. Tolong mak memasak meh. Aku kan perempuan.ececeh.hahaha. 1st day Ramadhan hari tuh agak kelam kabut tau. Takut tak sempat memasak itu ini. Lagi tambah kelam kabut bila aku tanak nasik, then tengok2 tak ada perubahan pun kat beras tuh. Aku pelik lah. Dah nak dekat setengah jam kot aku tanak nasi. Pukul 7pm, mak aku tengok balik, rupa2nya aku terlupa nak tekan button jadi 'cook'. Aku duk biar dia 'warm' ja. hahahaha. Tapi nasib baik , nasi masak on time (time tengah azan). 2nd day semalam, ok lah. Ada lah pencapaian dia.hahaha.


Terawih kat rumah aku best gak sebab tok imam laji.eh? hahaha. Terasa jugaklah macam budak U aku nih sebab ada je budak2 UMT terawih kat surau rumah aku nih. Btw, rumah aku dekat giler dengan UMT, so suasana U tuh still ada la. Terawih, macam biasalah, awal2 nih ramai lagi. Dan mintak2 ianya berlanjutan hingga 30 Ramadahn. InsyaALLAH :)


After terawih kan, aku laju je salam dengan orang then menonong balik rumah. Sebab nak tengok cerita samarinda tajuk dia "Ra,adhan Yang Hilang". Try la tengok. Best jugak lah. Kisah anak angkat yang tak sedar diri.eeeee.geram aku. Ok.aku emo.hahahaha. Kalu aku rajin je aku tengok, kalu tak macam semalam aku sambung ulang kaji komik Detective Conan aku sambil melantak.yummy~~~ Kemudian, kroohhh..hahaha.


Ok. Subuh dah masuk. Nak solat then ZzzzzzzzZZzz. :)


p/s: tingkat kan amalan ibadah kita ye kawan-kawan :)



Friday, July 5, 2013

Wassapp


Assalamualaikum~!!

Minggu nih minggu ke-2 menjadi penganggur..ecece..dah abis belajar, siap bahasakan diri sendiri sebagai penganggur kan? ahaks..haruslah. Sebelum nih sebagai pelajar je time waktu cuti. So, skang nih secara rasminya sebagai penganggur tetap di rumah sendiri. hahaha. Untuk pengetahuan semua, aku dah pun selamat abis belajar 2 minggu lepas, dan alhamdulillah, berjaya memegang title Dr. Farhana. Time aku study weeks ari tuh, banyak benda aku nak share perit jerih(ada ke ayat nih?) sebagai medical student, sebelumnya bergelar Dr...tapi, aku tak ada mood. (sila rujuk previous post). Kat FB pun tak banyak sangat aku post gambar after result..maksud aku time white coat ceremony,gradnite n etc...ntahlah..sedih tuh masih terasa. Dan aku sedaya upaya menjaga hati semua pihak~ (ecece bajet cam retis ko fana ye.hakhak)


2 minggu kat rumah. 2 hari lepas aku baru je kemas bilik nih. Tambah barang aku dari USM ke dalam bilik nih. Punyalah pening kepala. Tak tahu yang mana penting yang mana tak. Tapi semua nampak penting. Tapi apakan daya aku, aku harus mebuang sebahagian daripadanya..wooii..ayat tak leh blah skema.hahaha. So, bilik aku skang nampak la macam bilik. Enak skali dong duk lepak dalam bilik nih. Bilikku,syurgaku~~


Bangun pagi, seperti biasa, makan, terlentang kat ruang tamu tengok TV, pegi dapur cari makanan, bawak makanan ke ruang tamu balik, sambung cerita dan pegi dapur balik cari makanan dan tengok TV dan sebegitulah seterusnya. Bosan? Nope~!! aku happy.hahaha. Sebab aku tahu lepas nih aku tak akan ada masa nak membuang masa macam nih.hahaha. Melancong? Malas. Lagi malas kalau time tengah sengkek skang nih.hahaha. Skang nih kan, nak turun tangga rumah pun malas. Betapa malasnya nak berjalan-jalan keluar rumah. Kalau keluar pun sebab teman mak ayah pegi beli barang dapur..tupun dipaksa.ahaks~


Aktiviti seterusnya adalah menonton korean drama yang lama2.hahaha. Tak da keje kan? Orang lain duk sibuk tengok yang baru, aku duk tengok yang lama punya.hahaha. Aku malas nak tengok yang baru sebab banyak sangat. Tak tahu yang mana best. Yang lama2, besenye best.kan? kan? kan? hahaha. Ala..aku bukannya kaki korea sangat. Saja nak tengok hilangkan stress. Aku kalau stress or rasa cam sedih, aku akan layan korean drama yang heroin dia clumsy giler then hero dia adalah jutawan yang jatuh cinta kat heroin. Lepas tuh aku duk positifkan diri bahawasanya seseorang yang clumsy seperti aku akan dapat jejaka idaman yang hensem lagi kaya raya.kuikuikuikui.


Ok.setakat nih je post aku. Permulaan berblogging untuk sepanjang cuti nih. Next entry mungkin lebih berfaedah sket.eheks~!!


p/s: 3 days to go for Ramadhan al-mubarak =)




Monday, June 24, 2013

Alhamdulillah



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 20/6/2013, khamis lepas, officially Dr. Farhana. Hanya ALLAh saja yang tahu apa perasaan aku. Gembira, terharu juga sedih. Selama 5 tahun bergelumang dengan buku-buku, notes, patients, air mata, akhirnya aku berjaya sampai ke tahap ini. Time aku 1st year, aku hampir2 nak tukar course. Aku fail 2x selanjar time 1st year. Aku rasa down gila2. Dan saat-saat aku hampir 'lemas', aku terjumpa ayat ini,

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." -Al Baqarah 216

Aku menangis lepas baca ayat nih. Aku kembali jadi kuat. Aku hanya yakin kepada kekuasaanNYA. Kalau Dia dah kata kun fayakun, maka jadilah ia. Sepanjang 5 tahun ini, kekuatan aku hanyalah berdoa. Ya. Berdoa. Dan alhamdulillah, selepas kegagalan 2x time 1st year, perjalanan aku menjadi mudah. Terima kasih Ya ALLAH. Usaha dan juga diiringi dengan doa dari mak n ayah, serta berkat keasabaran, insyaALLAH, pasti membuahkan hasil. :)

Tapi, kejayaan aku bukanlah kegembiraan sebenar2nya bila melihat rakan2 aku terkandas untuk 6 bulan lagi. Aku tak  tahu nak buat apa. Apa yang mampu, aku hanya berdoa. Mereka mengatakan aku tiada perasaan. Tapi mereka-mereka tidak tahu apa perasaan aku. Tidak tahu berapa banyak air mata ku dah jatuh. Hati aku kosong. Hanya aku, dia, dan DIA saja yang tahu kesakitan itu. Sepanjang 2 minggu kami berusaha bersama2, mengadu nasib sesama sendiri, bermotivasi sesama kami, tapi takdir mangatasi segala2nya. Sebak. Hanya ALLAH saja yang tahu. Tapi aku tak berdaya. Sungguh aku tak berdaya. Segala2nya dah tertulis. Mungkin ini ujianNYA. Aku harap dia & mereka jadi kuat. Kuat hati serta iman. :')

insyaALLAH, 6 bulan mendatang, cahaya akan muncul :)

insyaALLAH, kalau ada jodoh kita jumpa lagi :)

Berdoalah. Sesungguhnya doa adalah senjata utama untuk umat islam. Aku sentiasa berada di belakang :')

Semoga perpisahan jasad, tidak memisahkan hati kita. 


:)





Thursday, June 13, 2013

oldskool punya cerita~!


Assalamualaikum~!

PRO 3 dah pun bermula. Alhamdulillah, 3 paper teori dah habis. Betul atau tak jawapan tuh pun aku tak tahu. Tak apalah. Yang penting dah berusaha. Sekarang nih tugas aku hanya mampu berdoa dan yakin kepadaNYA. InsyaALLAH. Next week clinical examination. hukhuk.scary.doakan aku dan rakan2 taulan~!


Ok. Kali nih aku bukan nak becerita pasal PRO 3. Tapi aku nak bercerita pasal cerita lucu..bagi aku la kot? hakhakhak. Tiba-tiba teringat so rasa macam nak bercerita.hahaha.


Dulu, before aku masuk MRSM, aku sekolah kat sekolah harian biasa2 je. Ala, sekolah tak berasrama pun. Pergi ayah hantar, pulang berjemput. Aku satu sekolah dengan kakak yang atas aku. Sikap poyo dengan kawan2 tu adalah. Satu sekolah dengan kakak kot? kehkehkeh. Dah la kakak kau pengawas, garang plak tuh, so semua lelaki takut dengan dia sebab dia pernah tampar sorang budak lelaki. So, kalu aku lalu depan2 budak lelaki, diorang memang tak berani nak ganggu la. So, bolehlah aku berlagak di situ.hakhak XD


Eh, aku bukan nak cerita pasal kakak aku ponnnn~~~!!! haha. Ok. Time aku tingkatan 1 kan, aku ada kenal sorang mamat nih. Kiranya aku minat la kat dia. Mamat nih putih, hensem..jambu la kiranya.haha. Tapi dia nih duk kelas belakang. Aku duk kelas depan. Ala, time budak2 mana nak amik kisah kelas belakang ke depan ke janji suka kan? (gatai!) Dia nih pendiam je. Kalu kitorang berselisih ke, dia senyum je. Cair kot aku time tuh.hahaha. (serius kalau mak aku tau, kena pukul aku nih.haha).


Disebabkan aku dah lama usha2 dia kan, so aku pun nekad nak tulis kad untuk dia.(ini kerja gila). Aku siap lukis kot kad tuh. Lukian aku tuh aku lukis gambar kartun "Aku Dia & volkswagen"..ala komik femes dalam majalah gila-gila tuh..jap.aku google~!!






haaa yang nih la aku lukis. Klasik tak? kahkahkah. Siap buat teknik shadow kot? Tajuk kad tuh aku tulis "Salam perkenalan".. then aku tulis dalam kad tuh, kalau tak salah aku la...aku mention nama (full name kot..) dan kelas mana. Then, dah siap lukis tuh, keesokan aku pergi sekolah, aku suh kawan aku, Erni pergi pass surat tuh kat mamat tuh. Aku ingat lagi. Kejadian pass-mengepass surat tuh berlaku kat tangga.hahaha. Kelas aku atas, dia kat bawah.hahaha. Lepas tengok dia amik surat aku tuh, bahagia la~~!!!


Tapi orang2 tua cakap panas tak akan sampai ke petang tau tak? Rupanya hujan di tengah hari. Bukan hujan dah nih, kilat, ribut kot.. Surat yang aku bagi kat dia tuh, terlepas ke tangan cikgu Su. Kalau korang nak tau, cikgu Su nih memang garang kot? Aku lepas dapat berita tuh, memang cuak la. Gelabah tak tentu pasal. Tapi, yang lawaknya, cikgu Su salah panggil student kot. Dalam kelas aku, ada 2 orang Farhana. Aku dengan sorang lagi. Yang sorang tuh ada Nur kat depan, aku tak ada. Tapi cikgu Su tak saspek aku pun sebab aku nih kira pelajar baik dan contoh dan juga pelajar harapan la time tuh (harapan la sangat). hahaha. Kesian gila kawan aku tuh. hahaha.


So, dengan penuh rasa tanggung jawabnya, aku pun pergilah menyerah diri kat cikgu Su. Tapi dia tak marah pun..dia cuma bebel jela. Bebelan dia yang aku ingat sampai sekarang, "awak nih farhana bijak, awak jangan tengok orang hensem je awak jatuh hati. Hensem, kalu tak ada apa2, tak guna jugak" Perggghhhh. terasa di situ. Ala..tapi aku rasa cikgu Su tak kata mamat tuh hensem je lebih, tak da rupa, dia tengah perli aku kot? hahaha...


Tapi kan cikgu, saya masih seperti dulu..saya tetap minat yang hensem contohnya surgeon itu? Tapi dia berilmu cikgu..surgeon tuhhhhhh..kahkakahkah....tapi sayang, dah kahwin. -_-"


Ala, hensem kan subjektif... Tak perlu hensem rupa, hensem perbuatan suda~~!!!!



=p




Tuesday, June 11, 2013

:-)



Hati berbunga2 macam taman kat Istanbul tu..hahaha.

ok. Buat masa nih, focus Farhana! 2more days to go~~



Monday, June 3, 2013

4 hari lagi


Hari ini hari selasa, 4/6/2013.

4 hari lagi PRO 3.

Menentukan ada title DR. atau tidak.

Cuak.nervous.takut.mood tak stabil.

haha.semua ada.bercampur jadi SATU!. >.<

Banyak notes beratur untuk dibaca. =.='

List nama exam klinikal dah keluar.

Lagi cuak meh! =.='

Senior, doktor2 semua cakap kitorang tak payah risau klinikal, lebih baik risaukan paper theory katanya.

Tapi kan, sapa tak takut kalau exam depan2 2 SPECIALIST.

Kena tanya pasal diseases/management dan bla2...

Kalau jawab lebih kurang macam inferiority ja..lebih2 depan SPECIALIST.haha.

Entahlah.

Kalau diunudr masa pun sama ja aku rasa.

Bersenang lenang gak. Oleh itu eloklah kita menuju ke hadapan.

Apa yang aku ada sekarang hanyalah DOA dan KEYAKINAN padaNYA.

serta KUN FAYAKUN(ikut fynn jamal ;D).

Mintak2 dipermudahkan semua.

Segala2nya.

"kadang-kadang masalah itu tidaklah besar mana pun, tapi Allah campakkan kerisauan pada hati ini,sehingga tak tentu arah dan tujuannya supaya kita balik semula pada Allah"

ya. kita lupa yang kita ada DIA.

:)

All the best semua!

kita akan dapat title DR. 2 minggu lagi.

bertahanlah!

:')




Saturday, June 1, 2013

Paku & dinding.


Maaf. Maafkan.
Tapi, lupakan itu sangat susah. 
Macam paku pada dinding.
Bila kita dah cabut paku itu, lubang paku masih ada.
Sama.
Hati dah berlubang, susah nak ditampal.




Study week seminggu je lagi. Keep calm n tawakkal. Tawakkal buat hati kita hebat. Ya. Hebat. InsyaAllah. :)



Thursday, May 23, 2013

Minggu ini :)




terkedu ;p




terharu :')


Minggu terakhir untuk semua kelas.

Minggu terakhir bersama2 kawan.





ALL THE BEST SEMUA.

InsyaALLAH semua dapat title DR. bulan hadapan.

6th sense aku selalunya betul.hehehe.aminnn.. 

mood activate #pulunstudy #stayup #perahotak

mood deactivate #fb. eh? mana boleh! kekeke.

BYE!



Monday, May 20, 2013

OFFICIALLY.







OFFICIALLY, 24.

SEMOGA AKU DIPERKUATKAN & DITETAPKAN KEIMANAN.


AMINNN. :)




p/s: selamat menjadi matang Farhana :)

21051989



Sunday, May 19, 2013

untitled


Sedih.
teruk.
sendu sendan sorang2.
Kecewa.
semua ada.

tiba2 datang someone, datang pujuk.
mula terpikir.

dia, si pemujuk,
lagi banyak dugaan dari aku.
banyak kali kecewa.
kalau dia boleh lalui, kenapa tidak aku?

sabarlah wahai hati.
tabahkan hati.
kuatkan hati.

:'(

Monday, May 13, 2013

Bahagiamu, deritaku



Hafiz- Bahagiamu, deritaku
Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu


2-3 hari nih aku duk ulang dengar lagu nih ja.hahaha. 
23 hari lagi nak PRO 3.
dan 30++ lagi nak berpisah.
dengan dia, dia-dia, dia-dia-dia,
dengan mereka semua.
hahaha. mesti rindu gila kat semua orang nanti.
5 tahun bersama.
akhirnya dah sampai masa masing2 pulang ke ganggang.
:)



mengharapkan keajaiban akan berlaku.
keajaiban yang menggembirakan hati.


Wednesday, April 24, 2013

Rapuh



Posting terakhir.
Posting O&G.
Masuk kali nih, 3x aku menapak ke sini.


Minggu ini,
bukan, minggu-minggu lepas juga,
hati jadi rapuh.
Sangat.
Sangat.


Berdiam diri saja.
Kerna itu lebih baik.


Desas-desus sudah berdesing,
aku hanya buat bodoh.
Kerna, tiada kaitan dengan diri ini.
Fullstop.


















Walaupun dasar hati ini, aku kisah. 
Tapi, siapalah aku?



Yakinlah pada ALLAH. 
JanjiNYA.
Kun fayakun.



:) la Farhana.
Kuatkan hati.







Pages