Tuesday, August 28, 2012

Muara Hati


Lirik Lagu: Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza 

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..


Love, Adam & Hawa.
Second chances mean that she loves you too much to leave, 
don't do anything to change that. 
Return the favour.




Sunday, August 12, 2012

Day 6 - write 30 interesting facts about yourself


Day 6 - write 30 interesting facts about yourself

Okeh! Skang aku dah melompat ke hari ke 6 sebab aku tak sabar nak buat yang nih.hahaha. Tak kisah lah kan, rules dia tak suruh pun buat ikut turutan.hakhak :D


1. Nama penuh aku Farhana binti Kamaruzaman. Kat rumah panggil adik. Kawan panggil fana. Skang nih dah berleluasa kawan2 panggil aku nenda coz aku banyak cakap dalam kelas plus aku suka lelaki gangster (pengaruh KL Gangster)..so nenek + neneknda (bajet cam abang long) = nenda. Ada gak yang panggil aku doc peace. Diorang yang suka panggil aku doc peace bila jumpa kat jalan, sampai dah tak tahu nama aku apa sebenarnya. -___-"

2. Aku suka nombor 5. Sebab? Sebab aku lahir bulan 5, ada adik beradik 5 orang, aku anak yang ke 5 dan aku amik medic selama 5 tahun..insyaALLAH :)

3. Binatang paling aku benci adalah ULAR!

4. Aku takut hantu. Tapi aku suka tengok/dengar cerita hantu. 

5. Aku takut guruh dan kilat.

6. Aku suka kaler putih, purple dan hijau muda :)

7. Aku suka tom yam. Setiap kali balik rumah, mak aku mesti dah siapkan stok bahan2 nak buat tom yam dalam peti sejuk coz dia tahu yang anak bongsu dia nih hantu tom yam.hahaha.

8. Aku tak suka coklat. Bukan sebab nak diet, tapi aku rasa coklat itu amat muak. 

9. Kalu aku ke kedai makan, air yang aku order adalah sirap laici :)

10. Aku tak minum susu. Lebih2 lagi susu tepung. yak!!!

11. Cita-cita aku yang sebenar adalah arkitek. 

12. Aku kipas-susah-mati Detective Conan. Aku dah jatuh hati kat Shinichi.hahaha

13. Aku suka kucing aka segala binatang yang berbulu. Sebab mereka terlalu comel :)

14. Aku takut gemookk...dan kawan aku cakap yang aku ada penyakit anorexia. Bila berat badan aku turun, aku gembira tahap gaban.hohoho!

15. Aku seorang yang cengeng. hahaha ;p

16. Aku kuat merajuk tapi cepat dipujuk.

17. Aku seorang hot tempered. Kalu aku diam dengan tiba2, baik jangan tegur aku, biar aku yang tegur. hehehe

18. Artis perempuan yang aku suka Najwa Latiff! untuk dia! hey! hahaha

19. Artis lelaki yang aku suka Hazama dan Beto Kusyairi. Mereka tak glamer, tetapi mereka jujur dalam seni.eh? hahaha

20. Aku sangat suka Akademi Fantasia.hahaha

21. Walaupun aku adalah anak jurulatih sukan, tapi aku tak suka bersukan ;p

22. Tempat yang aku nak sangat pergi Korea. Ini impian biasa bagi seorang perempuan remaja macam aku kan? hahaha

23. Aku adalah bekas pelajar MRSM dan sampai sekarang aku masih tak paham sebab apa aku terpilih masuk kat situ coz aku tak pandai.

24. Aku suka baby! Tapi aku tak reti nak pegang -__-"

25. Aku fobia dengan Dr. P dan Dr. I. >.<

26. Aku selalu impikan seorang putera! Yang jujur dan ikhlas sayang aku, terima segala kekurangan aku dan keluarga aku. hehehe :D

27. Aku bekas student yang belajar bahasa Arab. Terkejut tak? hakhak XD

28. Aku seorang yang kuat tido!

29. Cita-cita aku nak jadi orthopaedic surgeon :)

30. Lagu yang aku suka giler dengar sekarang nih adalah dejavu-shila amzah.cool! :))

p/s: hari nih aku layan citer Boys Over Flower. Tak da keje kan? hahaha XD







Saturday, August 11, 2012

mood raya






Selamat Hari Raya Aildilfitri
Maaf zahir dan batin :)

p/s: nak dekat raya, semakin aku malas membaca ;p





Thursday, August 9, 2012

Day 3- Your views on drugs and alcohol.


Day 3- Your views on drugs and alcohol.

Dadah dan alkohol sebenarnya adalah halal di awal kegunaannya.


Semua ubat yang kita makan selama nih adalah dadah. Ya, dadah tetapi di dalam kuantiti yang kecil untuk membolehkan ia masih digunakan. Sebab itu, kat luar botol/paket ubat akan ada prescription yang sebetulnya tentang ubat tuh. Contohnya, 1 biji sekali, 2 biji sekali, 1 biji sehari dan bla bla. Tapi jika kita amik lebih dari sepatutnya, maka banyak penyakit yang tak diingini akan terjadi, seperti renal toxic/liver toxic sebab dah overdose, so kidney denagn liver dah tak boleh berfungsi denagn jayanya.


Tapi dunia sekarang ambil ubat seperti makanan harian mereka (for those bawah p[engaruh dadah). Mereka tidak tahu apa kesan mengambil dadah yang berlebihan. Apa yang diorang tahu hanyalah mendapat ketenangan after makan dadah...kononlah! Tapi agak betul, akan tenang selama-lamanya nanti...hohoho!


Alcohol. Bahasa kampung arak. Sah2lah kalu ditanya kepada kitorang yang beragama Islam nih, jawapan kami adalah HARAM! Sebab apa haram? sebab ia akan melalaikan kita dan membawa kita melakukan sesuatu tanpa disedari. Sebagai contoh, if korang minum, then mabuk2, then jumpa musuh, then 'terbunuh' dia tanpa disedari, then masuk penjara, then dihukum gantung! fuuuhhhh!!! kronologi aku! hahahaha. Alcohol nih pun akan rosakkan hati kita. Segala makanan/minuman yang masuk ke dalam badan kita, hati kita nih akan metabolise segala bagai untuk kegunaan badan kita. Tapi, tidak alchol coz dia adalah bahan yang boleh melukakan hati kita seperti kekasih hati melukakan hati kita.eh??? hahaha ;p


Ok, yang nih je pandangan aku kat dadah dengan alcohol.

p/s: skema tak penulisan aku? hakhak XD




Semalam bukak pose ramai2 dengan group aku!
yeay!


ok. aku nak struggle b4 balik raya coz after raya aku nak exam. 
Time raya haruslah aku dah tak study kan? hahaha
bye! :)





Day 2 - Where you'd like to be in 10 years



Day 2 - Where you'd like to be in 10 years



Memandangkan aku adalah anak kesayangan Jabatan Perkhidmatan Awam aka JPA, maka selama 10 tahun nih aku akan menjadi doktor under government. Aku punya course 5 tahun, so pinjaman JPA selama 5 tahun tuh kena bayar menjadi doktor kerajaan selama 10 tahun. Tapi, aku dah plan sket2. After 2 tahun aku habis HO, aku ingat nak sambung belajar dalam orthopaedic punya bahagian. Ala..bahagian tulang temulang nih.hehehe. InsyaALLAH, kalu ada rezeki lebih. Jadi, dalam masa 10 tahun nih, insyaALLAH orthopaedic surgeon dalam genggaman. Amiiinnnnn. =)




p/s: kasut raya tak beli lagi! huhuhu



Wednesday, August 8, 2012

Day 1 - your current relationship,if single discuss how single life.


Day 1 - your current relationship,if single discuss how single life.

Ok! aku baru je upload 30 day challenge dan skang aku dah nak start hari pertama.hahaha. Ok, maka eloklah kita mulakan kerja yang makin tak berfaedah ini.hohoho!!!


My current relationship? Single lah! So, sapa nak isi borang, sila bertaur elok2 dulu.hakhak. Ok.abaikan aku.


Motto aku senang. Double is troube, single is pringle. yummy! sedap kot pringle tuh. So, kenapa kita nak susahkan diri sendiri untuk mendapat trouble itu?


Hidup single sangat SIMPLE. Kalau korang nak minat kat sapa2 pun tak apa. Macam aku.hahaha. Pergi ward, kalu minat HO pun tak apa. Minat kat MO tak apa gak. Minat kat specialist lagilah tak apa.hahaha. Lepas dah aim aku minat sapa2, aku stalk dia kat fb. Kalu dah kawin tuh, minat dari jauh jelah. Sengih2 jelah kalu jumpa kat cafe/ward. Suami orang beb! hahaha. Kalu dah berpunya, maksud aku dah ada gf cam HO hensem tuh (Lokman bukan nama sebenar) aku sengih lebar sket! hahaha. mana tau, kalu tersangkut. Alaaa..rileks lah ada gf je pun baru.hahaha. kejam tak? ;p Kalu status masih tak diketahui macam Mr. Jogger, aku sengih lagilah makin lebar. Konon2 ada harapan lah. Seklai laki orang dah. Amik kau! hahaha. Kesimpulannya, hidup single boleh minat dan stalk crush kita tanpa rasa bersalah kat bf sebab dah memang tak ada bf.hehehe


Hidup single JIMAT. Ya! jimat kredit.jimat masa.jimat duit. Kredit aku hanyalah untuk call mak/kakak/rakan2 sekelas tanya ada kelas ke tak. Masa tak terluang dengan benda2 mengarut cam mesej/call lama2. Masa yang ada haruslah guna sebaik yang mungkin sebab mak dgn ayah hantar aku kat USM suh belajar, maka aku pun luangkan masa kau dengan belajar, tido, tengok citer dan pergi bazar.eh? hahaha. Dan yang penting jimat duit! Kredit tak yah beli banyak. Tak yah pening kepala nak cekau mana duit nak beli hadiah untuk bf. Tapi kan...aku single pun still duit x cukup? JPA..tiba2 rindu kat JPA.kehkehkeh ;p


Yang tu  jelah kot pasal hidup single aku. Meh, aku buat summary perjalanan seorang gadis single.cewah!

bangun pagi,solat,siap2 ke kelas --> ke kelas, belajar + main2 --> balik bilik, bukak fb, stalk sana sini, stduy, tengok citer --> petang sket, kol mak tanya masak lauk apa,mengadu hal itu dan ini --> malam, main fb, study sket, tido!

ok. sekian sahaja hidup sebagai seorang gadis single. Rasa kasihan? TAK PAYAH coz aku bahagia! Aku dah ada mak,ayah,kakak,abang dan calon suami yang namanya sudah tercatat di loh mahfuz untuk aku :))


30 day challenge!




JOM!
kita buat benda tak berfaedah ini!
:)



Raya



Raya 2010





Raya 2011




Homesick!
homesick!
homesick!!!!!!!

>.<

nak raya!
nak raya!
nak raya!!!!!!!

XD





Maaf


Maaf.
Jika aku selalu mengatakan aku tak suka  kau.

Maaf.
Jika aku marahkan kau.

Maaf.
Jika aku buat2 sombong.

Maaf.
Jika aku buat2 tak nampak kau.

Maaf.
Jika aku tak cakap dengan kau.

Maaf.
Jika aku tak senyum pada kau.

Maaf,
Jika aku 'ignore' kan kau.

Maaf.

Maaf.

dan maaf....

sebab aku dah 'terjatuh' suka kat kau.

Tapi aku cuba jauhi rasa suka tuh bertukar menjadi sayang. 

Sebab aku tahu, yang aku akan rasa kecewa suatu hari nanti.

Aku dan kau berbeza.

bye! 

p/s 1: skrip utk filem pendek aku.hakhakhak XD
p/s 2: next week balik! :)))))))




Saturday, August 4, 2012

-4kg


diarrhea 4 hari berturut2.

dehydration sudah..

dan hasilnya timbanh hari ini,

turun 4 kilo dalam masa 4 hari.

terima kasih kuman diarrhea yang masih tidak tahu asal usulmu!


-___-"


Thursday, August 2, 2012

Kesakitan


ASSALAMUALAIKUM dan Salam ramadhan ke 13! :)

Hari nih hari kesakitan untuk aku. Kesakitan? ayat apakah itu? abaikan. Kesakitan nih start semalam lagi.

After aku bukak puasa semalam, aku dah rasa cam lain macam. Rasa nak muntah. Loya. Tapi aku ingat sebab aku letih kot since kelmarin kelas hingga ke petang. After jemaah isyak kat surau, aku dah tak tertahan. Aku pergi toilet dan buwwwwwwwweeeeeeeekkkk.!!!! Ok.Muntah segala isi perut aku. Hilang nasi ayam aku juga jus tembikai -__-"

Lepas muntah, rasa lega sket, sambung berjemaah terawih. Tapi tak menyempat nak witir coz aku dah rasa mual balik. Sampai bilik, perut rasa pedih2 mungkin sebab perut kosong kot after muntah tadi. Aku bedal bihun sup segera 1 bungkus dan terus tido.

Dalam pukul 4am, aku bangun, ingat nak sahur dengan study sket. Tapi selera mati coz tekak still rasa mual2, perut plak still pedih. Sume makanan aku tak habis time sahur tadi. Membazir lagi. -__-"

After subuh, aku dah berulang alik ke toilet 3x. Diarrhea. Watery stool. Perut semakin mengada-ngada sakit dia. Mencucuk-cucuk cam pakai susuk.eh? hahaha. Aku siap2 nak pergi ward round, tapi otw nak pergi, aku dah tak tertahan. Aku pun terus ke A&E. Doktor tanya aku puasa ke. Aku jawab ya. Dan dia sarankan aku berbuka puasa suh makan ubat coz takut sakit aku makin melarat.

Sampai2 kat bilik, aku still degil tak nak bukak puasa coz sayang. Tapi makin aku degil, makin lagi mengada perut nih mencucuk buat hal. Memandangkan tadi masih awal pagi, aku pun terpaksalah bukak puasa makan ubat. Kalu makin ke petang, makin aku sayang nak bukak puasa dan makin sakit lah aku.

Lepas telan 2 bijik ubat, aku tidur dalam 4 jam gak lah. Dan skang nih pun masih terasa ketidakselesaan perut aku nih. Loya still ada. Diarrhea pun still tak hilang2. Selera makan mati. huhuhu.

Kesimpulannya aku dah fobia nak beli makanan untuk berbuka kat bazar ramadhan. Tapi, kalu tak beli kat situ, nak beli kat mana? -____-"

Kuman diarrhea dari gerai makcik manalah yang masuk ke dalam perut aku yang comel nih???



Wednesday, August 1, 2012

Rindu





rindu.
nak naik tahun 5 sama2!!!!
insyaALLAH.
aminnnn..


Pages